Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LANGUAGE

Soalan Lazim​—JW Language (Android)

Soalan Lazim​—JW Language (Android)

JW Language dapat digunakan dalam alat-alat Android berikut:

  • Tablet dan telefon yang menggunakan Android versi 5.0 atau yang lebih baharu

  • Kindle Fire

Sokongan tidak dirancang untuk alat-alat berikut:

  • Tablet dan telefon yang menggunakan Android versi 4.4 dan versi yang sebelumnya

 

Anda boleh muat turun bahan JW Language dengan menggunakan Wi-Fi atau data mudah alih. Dalam menu utama, tekan Tetapan. Kemudian, tekan bahagian bersebelahan Muat turun melalui data mudah alih untuk membuat pilihan anda.

 

Ciri-ciri untuk mengubah kelajuan audio hanya terdapat pada alat mudah alih yang menggunakan Android versi 6.0 atau yang lebih baharu. Tekan Tetapan pada menu utama, kemudian tekan menu yang terletak bersebelahan Tetapan Kelajuan Audio untuk memilih antara tiga kelajuan audio. Apabila melakukan suatu aktiviti, gunakan ikon kelajuan audio untuk mengubah kelajuan audio bagi aktiviti itu.

 

Tidak. Untuk mengurangkan penggunaan memori JW Language pada alat mudah alih anda:

  • Muat turun bahan yang diperlukan sahaja, bukannya semua bahan sekali gus

  • Muat turun video yang beresolusi rendah

 

Audio dalam ciri Tatabahasa menggunakan ciri teks-ke-ucapan (TTS, text-to-speech) dalam alat elektronik anda. Anda mungkin perlu memasang aplikasi TTS lain untuk mendengar audio yang lebih berkualiti dalam bahasa yang sedang anda pelajari. Kelajuan audio Tatabahasa boleh diubah daripada tetapan aplikasi JW Language.

 

Ciri-ciri tertentu, seperti pilihan kelajuan audio, hanya terdapat pada Android versi 6.0 atau versi yang lebih baharu.

Lihat juga: Dapatkah aplikasi ini digunakan dalam alat mudah alih saya?

 

Bahasa utama anda ialah bahasa yang anda fasih. Selepas aplikasi ini dimuat turun, tekan Bahasa Utama untuk memilih bahasa utama anda.

Lihat juga: Bagaimanakah saya dapat tukar bahasa utama?

 

Tekan Tetapan pada menu utama, dan pilihlah bahasa yang anda inginkan pada bahagian Bahasa Utama.

 

Bahasa yang ingin anda pelajari merupakan bahasa yang anda berhasrat untuk belajar. Setelah memuat turun aplikasi ini, anda akan diminta untuk memilih bahasa yang ingin dipelajari.

Lihat juga: Bagaimanakah saya boleh tukar bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Pilih bahasa yang ingin dipelajari daripada senarai bahasa yang tersedia.

Lihat juga: Bolehkah saya pilih lebih daripada satu bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Ya, anda boleh muat turun banyak bahasa yang ingin dipelajari. Tekan pada senarai bahasa yang tersedia, dan pilih bahasa tambahan yang ingin anda pelajari.

Lihat juga: Bagaimanakah saya boleh tukar bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Tekan bahagian menu pada perkataan, frasa atau gambar, kemudian tekan Simpan dalam Koleksi. Tekan Cipta Koleksi Sendiri untuk mewujudkan koleksi menurut pilihan anda, dan namakan koleksi anda. Apabila anda menambah frasa kepada koleksi semasa menggunakan Internet, audio akan muat turun secara automatik ke dalam alat elektronik anda dan boleh digunakan tanpa sambungan Internet.

 

Tekan butang menu bersebelahan bahan dalam koleksi anda untuk salin atau keluarkan bahan tersebut daripada koleksi. Anda juga boleh mengubah susunan bahan dalam koleksi dengan mengheret bahan itu.

 

Pada salah satu koleksi itu, tekan butang Mulakan Aktiviti untuk melihat senarai aktiviti:

  • Lihat: Teka terjemahan frasa yang dipaparkan daripada senarai pilihan

  • Padankan: Pilih perkataan dan gambar yang sepadan, atau perkataan dan terjemahan yang sepadan

  • Dengar: Mainkan audio bagi suatu frasa dan pilih terjemahan yang betul

  • Kad Imbasan: Teka terjemahan suatu frasa sebelum menekan butang Tunjukkan Jawapan. Tekan ikon kelajuan audio untuk menukar kelajuan audio. Tekan ikon audio untuk mendengar atau mematikan bunyi.

  • Pelajaran Audio: Dengar koleksi frasa. Tekan butang Edit untuk memilih turutan yang disyorkan atau susun turutan mengikut pilihan anda.

 

Ya. Tekan Tetapan pada menu utama, dan tekan butang bersebelahan Tunjukkan huruf Rumi untuk mematikan fungsi huruf Rumi.

 

Teks dalam aplikasi sentiasa dipaparkan, walaupun tanpa sambungan Internet. Semasa menggunakan Internet, tekan frasa untuk memainkan audio bagi frasa itu. Anda boleh tekan ikon muat turun pada bahan audio dan video, dan kemudian memainkannya tanpa sambungan Internet. Untuk muat turun semua bahan bagi bahasa tertentu, pergi ke senarai bahasa yang tersedia, tekan butang bersebelahan bahasa itu dan pilih Muat Turun Semua.

 

Ya. Anda boleh mencipta fail sandar untuk koleksi dan sejarah anda. Pada menu Tetapan, tekan salah satu pilihan di bawah tajuk Membuat dan Menggunakan Fail Sandar. Jika anda sudah membuat fail sandar, anda boleh gunakan fail itu untuk mendapat balik koleksi dan sejarah anda. Jika anda mempunyai koleksi dalam alat mudah alih anda yang mempunyai nama yang sama dengan koleksi dalam fail sandar, koleksi dalam fail sandar akan menggantikan koleksi dalam alat mudah alih anda.

 

Seorang kawan yang biasa menggunakan JW Language mungkin dapat membantu anda. Jika tidak, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.