9 JANUARI 2024 | DIKEMASKINIKAN: 7 OKTOBER 2024
BERITA GLOBAL
TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Bertekad untuk Bergantung pada Yehuwa
Pada 3 Oktober 2024, Mahkamah Agung Republik Crimea mengubah hukuman yang dijatuhkan atas Saudara Yuriy Gerashchenko dan Sergey Parfenovich. Hukuman asal mereka ialah hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Namun, hukuman ini telah digantikan dengan hukuman penjara selama enam tahun. Mereka ditahan selepas perbicaraan mahkamah.
Pada 1 Julai 2024, Mahkamah Daerah Krasnogvardeyskiy di Republik Crimea mensabitkan Saudara Yuriy Gerashchenko dan Saudara Sergey Parfenovich. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Kita tahu bahawa Yehuwa akan menyokong Yuriy, Sergey, dan semua yang tetap setia seraya mereka ‘berlindung di bawah naungan sayap-Nya.’—Mazmur 17:7, 8.
Garis Masa
19 September 2022
Kes jenayah dibuka terhadap Sergey
28 September 2022
Lapan buah rumah, termasuk rumah Sergey, digeledah oleh pegawai FSB. Dia dimasukkan ke pusat tahanan sementara
30 September 2022
Sergey dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
15 November 2022
Sergey dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah
22 Mac 2023
Kes jenayah dibuka terhadap Yuriy. Dia ditahan, disoal siasat, dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara
24 Mac 2023
Yuriy dibebaskan dan ditahan di rumah
12 Julai 2023
Sergey dan Yuriy tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan
28 Julai 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula. Pihak pendakwa raya menuduh bahawa Sergey dan Yuriy terus “melibatkan diri dalam kegiatan jenayah dan mengugut para saksi [bagi kes ini].” Walaupun tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong tuduhan itu, hakim tersebut telah membuat keputusan untuk menahan mereka di rumah sekali lagi