Lompat ke kandungan

18 JANUARI 2023
MACEDONIA UTARA

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Romany (Macedonia)

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Romany (Macedonia)

Pada 8 Januari 2023, Saudara Daniel Jovanovic, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Macedonia Utara, mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Romany (Macedonia). Bible ini disediakan dalam huruf Cyrillic dan Rumi.

Pengeluaran itu dibuat semasa perhimpunan istimewa di Skopje, Macedonia Utara. Semua sidang dan kumpulan bahasa Romany (Macedonia) di kawasan cawangan Eropah Tengah telah dijemput untuk menonton siaran langsung program ini melalui JW Stream–Studio. Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, para hadirin dapat memuat turun buku Matius dalam bentuk digital dan audio. Para hadirin di dewan perhimpunan juga telah menerima salinan buku Matius (huruf Cyrillic).

Terdapat beberapa jenis bahasa Romany serta banyak dialek yang berbeza-beza. a Sejak 2007, Saksi-Saksi Yehuwa telah menterjemahkan bahan bacaan Kristian ke dalam bahasa Romany (Macedonia) secara tetap. Sekarang, kumpulan penterjemah bahasa Romany (Macedonia) bekerja di pejabat cawangan di Skopje. Tempat ini mempunyai paling banyak penduduk yang menuturkan bahasa Romany (Macedonia) di Macedonia Utara.

Kumpulan penterjemah bahasa Romany (Macedonia) bekerja di pejabat cawangan Macedonia Utara yang terletak di Skopje

Seorang saudara berkata, “Semasa membaca terjemahan ini, saya rasa seperti Yehuwa sedang bercakap kepada saya kerana inilah bahasa ibunda saya.”

Seorang lagi saudara berkata, “Apabila saya baca terjemahan ini, saya terus dapat bayangkan apa yang Yesus sedang beritahu pendengarnya.”

Kita berdoa agar saudara saudari kita dapat menggunakan pengeluaran baharu ini untuk terus “menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan.”—Matius 9:35.

a Lihat rencana Orang Rom—Seribu Tahun Suka dan Duka dalam bahasa Indonesia.