8 MAC 2022
UKRAINE
TERKINI #1 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan
Kehidupan semakin susah bagi saudara saudari kita di bandar Mariupol, Kharkiv, Hostomel, dan bandar lain kerana pengeboman yang berterusan di Ukraine. Ada antara mereka yang harus tetap berada di tingkat bawah tanah atau tempat perlindungan untuk kira-kira seminggu. Mereka tidak mempunyai banyak makanan dan oleh sebab bekalan elektrik, Internet, dan talian mudah alih hanya berfungsi kadangkala, adalah susah untuk menghubungi saudara saudari.
Sedih sekali, Saudara Dmytro Rozdorskyi, penatua di Myrnohrad yang berumur 28 tahun, meninggal akibat kecederaan selepas terpijak periuk api. Kita berdoa untuk mereka yang kehilangan orang tersayang serta saudara saudari di kawasan yang mengalami banyak pengeboman.—2 Tesalonika 3:1.
Setakat 7 Mac 2022, berikut ialah jumlah yang dilaporkan dari Ukraine:
Kesan terhadap Saudara Saudari
2 penyiar meninggal
8 penyiar tercedera
20,617 penyiar melarikan diri dari rumah ke tempat yang lebih selamat dalam negara itu
25 rumah musnah
29 rumah alami kerosakan besar
173 rumah alami kerosakan kecil
5 Dewan Perjumpaan alami kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) sedang beroperasi
6,548 penyiar dibantu secara langsung oleh DRC untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat
7,008 penyiar melarikan diri ke negara lain dan dibantu oleh saudara saudari Kristian
1 Dewan Perhimpunan dan kira-kira 30 Dewan Perjumpaan di Ukraine barat, seperti di wilayah Chernevtsi, Ivano-Frankivsk, Lviv, dan Transcarpathian telah bersedia untuk menyambut pelarian