Apakah Pandangan Anda terhadap Bible?
Adakah Bible sebuah buku . . .
-
tentang ilmu manusia?
-
tentang cerita dongeng?
-
daripada Tuhan?
JAWAPAN BIBLE
“Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.”—2 Timotius 3:16, Terjemahan Dunia Baharu.
BIBLE MEMBANTU ANDA
Mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang penting dalam hidup.—Amsal 2:1-5.
Memiliki panduan hidup yang boleh dipercayai.—Mazmur 119:105.
Mempunyai harapan sejati untuk masa depan.—Roma 15:4.
BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?
Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:
-
Isinya selaras dan harmoni. Kerja menulis Bible memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Kira-kira 40 orang menulisnya dan ada di antara mereka yang tidak pernah bertemu. Biarpun begitu, seluruh Bible adalah selaras dan menjunjung nama Tuhan serta pemerintahan-Nya!
-
Catatan sejarah yang jujur. Ahli sejarah selalunya menutupi kegagalan bangsa mereka. Tetapi penulis Bible jujur. Mereka mencatatkan kesilapan bangsa sendiri, serta menulis tentang kelemahan sendiri.—2 Tawarikh 36:15, 16; Mazmur 51:1-4.
-
Ramalan yang tepat. Bible memberitahu tentang kejatuhan sebuah kota kuno, iaitu Babilon, 200 tahun sebelum kejadian itu berlaku. (Yesaya 13:17-22) Bible tidak hanya menyatakan bagaimana kota itu akan ditawan, tetapi juga nama orang yang menaklukinya!—Yesaya 45:1-3.
Banyak ramalan Bible yang lain juga terjadi dengan tepat sekali. Hal ini tidak luar biasa kerana Bible ialah Firman Tuhan.—2 Petrus 1:21.
CUBA FIKIRKAN
Bagaimanakah Bible membantu anda menjalani hidup yang lebih baik?
Bible memberikan jawapannya di YESAYA 48:17, 18 dan 2 TIMOTIUS 3:16, 17.