Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Bersyukur atas Ciptaan Tuhan

Bersyukur atas Ciptaan Tuhan

Muat Turun:

  1. 1. Bunga-bunga mekar harum mewangi,

    Gunung-ganang indah yang tersergam tinggi,

    Dedaunan dibelai sang bayu,

    Burung berkicau sungguh merdu.

    (PRA-KORUS)

    Memang indah

    Ciptaan Tuhan.

    Ya memang indah

    Menyentuh jiwaku.

    (KORUS)

    Ku perlu bersyukur;

    Berdoa pada Yah.

    Ku bersyukur

    Kerana kasih-Nya.

    Hai lihatlah,

    Selamilah dan hargailah semuanya.

    Jangan melupakan karya-Nya,

    Ku perlu bersyukur;

    Aku bersyukur.

  2. 2. Langit diserikan seribu warna,

    Deruan arus sungai membuai telinga,

    Rembulan mengambang menerangi alam,

    Kelipan bintang menghiasi malam.

    (PRA-KORUS)

    Memang indah

    Ciptaan Tuhan.

    Ya indah sekali

    Menyentuh jiwaku.

    (KORUS)

    Ku perlu bersyukur;

    Berdoa pada Yah.

    Ku bersyukur

    Kerana kasih-Nya.

    Hai lihatlah,

    Selamilah dan hargailah semuanya.

    Jangan melupakan karya-Nya,

    Ku perlu bersyukur;

    (BRIDGE)

    Engkau berkuasa dan bijak,

    Penuh dengan kebaikan,

    Dan kasih sayang.

    Aku bersyukur;

    Ku perlu bersyukur.

    (KORUS)

    Ku perlu bersyukur;

    Berdoa pada Yah.

    Ku bersyukur

    Kerana kasih-Nya.

    Hai lihatlah,

    Selamilah dan hargailah semuanya.

    Jangan melupakan karya-Nya,

    Ku perlu bersyukur;

    Ku perlu bersyukur;

    Ya kita bersyukur.