Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kawan Palsu

Kawan Palsu

Kawan Palsu

Semasa muda, anda berkenalan dengan “kawan” yang buat anda kelihatan hebat dan matang. Apabila anda stres, anda dapat cari dia untuk dapatkan kelegaan. Tidak kira apa pun cabaran yang timbul, dia sentiasa di sisi anda.

Lama-kelamaan, anda sedar dia sedang meracuni hidup anda. Dia enggan meninggalkan anda dan membuat anda dihalau dari sesetengah tempat. Dia juga menjejaskan kesihatan anda dan bahkan mencuri gaji anda.

Anda mahu memutuskan persahabatan dengannya, tetapi dia tidak mahu. Anda terikat kepadanya dan seolah-olah menjadi hambanya. Anda menyesal berkenalan dengannya.

INILAH pengalaman kebanyakan perokok. Seorang wanita bernama Earline yang telah merokok selama 50 tahun berkata, “Saya lebih suka ditemani rokok daripada kawan. Kadang-kadang, rokok ialah satu-satunya kawan saya.” Tetapi, Earline akhirnya sedar bahawa rokok ialah kawan yang palsu dan kejam. Setelah mengetahui bahawa Tuhan membenci perbuatan merokok kerana tabiat itu mencemari tubuh, dia berhenti merokok.​—2 Korintus 7:1.

Seorang lelaki bernama Frank juga berusaha untuk berhenti merokok agar dapat menyenangkan hati Tuhan. Tetapi, lebih kurang sehari selepas dia menghisap rokoknya yang terakhir, dia begitu terdesak sehingga mencari-cari puntung rokok di antara celah lantai rumahnya. Selepas kejadian ini, Frank kata, “Saya rasa jijik dengan diri sendiri. Sejak itu, saya tidak merokok lagi.”

Mengapakah begitu susah untuk berhenti merokok? Para penyelidik menyenaraikan beberapa sebab berikut: (1) Ketagihan bahan tembakau adalah sekuat ketagihan dadah. (2) Nikotina yang disedut dapat sampai otak dalam tujuh saat. (3) Tabiat merokok menjadi sebahagian daripada hidup seseorang kerana sering dilakukan sambil makan, minum, berbual, buang stres, dan sebagainya.

Namun, pengalaman Earline dan Frank menunjukkan bahawa tabiat merokok dapat diatasi. Jika anda ingin berhenti merokok, bacalah rencana berikut.