Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anda Boleh Berjaya!

Anda Boleh Berjaya!

Anda Boleh Berjaya!

SUDAH tiba masanya bagi anda untuk bertindak dengan “berani dan teguh.” (1 Tawarikh 28:10) Apakah langkah-langkah lain yang perlu anda ambil?

Tetapkan tarikh. Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat, selepas anda memutuskan untuk berhenti merokok, jangan tunggu lebih daripada dua minggu untuk berhenti sepenuhnya. Tetapkan tarikh anda mahu berhenti dan catatkannya pada kalendar. Beritahu sahabat-sahabat anda dan jangan ubah tarikh itu meskipun ada hal yang tidak diduga berlaku.

Buat nota dalam bentuk kad kecil. Kad ini boleh mengandungi maklumat berikut, termasuk hal-hal lain yang dapat menguatkan tekad anda:

● Sebab-sebab untuk berhenti merokok

● Nombor orang yang boleh dihubungi apabila anda tergoda untuk menyerah

● Kata-kata galakan, seperti ayat Bible di Galatia 5:22, 23

Bawalah kad ini bersama anda pada setiap masa dan bacanya beberapa kali sehari. Walaupun anda sudah berjaya berhenti, tinjaulah kad ini apabila keinginan untuk merokok timbul semula.

Mengambil langkah drastik. Sebelum tibanya tarikh yang ditetapkan, cuba ubah rutin anda. Sebagai contoh, jika anda selalu merokok sebaik sahaja anda bangun, cuba tangguhkannya selama satu jam. Jika anda sering merokok semasa atau selepas makan, cuba elakkan daripada berbuat demikian. Jauhi tempat orang merokok. Semasa bersendirian, berlatihlah untuk kata, “Saya tidak mahu. Saya sudah berhenti merokok.” Langkah-langkah ini dapat mempersiapkan anda dan mengingatkan anda bahawa anda akan menjadi bekas perokok.

Buat persiapan lain. Apabila tarikh itu semakin mendekat, sediakan benda-benda untuk dikunyah seperti kacang, lobak, atau gula-gula getah. Ingatkan ahli keluarga dan kawan-kawan anda tentang tarikh anda mahu berhenti merokok dan cara mereka dapat menyokong anda. Buanglah bekas abu, pemetik api, dan benda lain yang dapat menggoda anda untuk merokok. Pastikan tiada rokok di rumah, kereta, tempat kerja, poket baju, dan sebagainya. Hal ini mencegah anda daripada merokok semula. Yang penting sekali, terus berdoa untuk meminta bantuan Tuhan. Berdoalah dengan lebih bersungguh-sungguh agar anda tidak tergoda lagi untuk merokok.​—Lukas 11:13.

Ramai orang telah berjaya memutuskan hubungan dengan “kawan” toksik mereka. Anda juga pasti dapat berjaya. Jangan lupa kesihatan dan kebebasan sejati menantikan anda!

[Gambar pada muka surat 9]

Bawalah kad ini bersama anda pada setiap masa dan bacanya beberapa kali sehari