Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

5 Adakah Penderitaan Akan Berakhir?

5 Adakah Penderitaan Akan Berakhir?

Mengapa Penting

Jika kita mempunyai sebab untuk percaya bahawa penderitaan akan berakhir, harapan ini akan mengubah pandangan kita terhadap kehidupan dan Tuhan.

Fikirkan

Banyak orang ingin melenyapkan penderitaan, tetapi kebolehan mereka sangat terhad. Sebagai contoh:

Meskipun bidang perubatan semakin canggih . . .

  • Penyakit jantung masih merupakan punca utama kematian.

  • Jutaan orang mati setiap tahun kerana kanser.

  • “Dunia ini masih diancam banyak penyakit yang tidak dapat diubati, penyakit yang baharu, dan penyakit lama yang muncul semula,” kata Dr. David Bloom dalam majalah Frontiers in Immunology.

Meskipun keadaan ekonomi sesetengah negara berkembang maju . . .

  • Jutaan kanak-kanak mati setiap tahun, khususnya di kawasan yang berpenduduk miskin.

  • Berbilion-bilion orang tidak diberikan kemudahan penjagaan kebersihan yang mencukupi.

  • Ratusan juta orang tidak mempunyai bekalan air yang bersih.

Meskipun kesedaran tentang hak manusia semakin meningkat . . .

  • Pemerdagangan manusia masih berlaku di banyak negara. Menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di sesetengah negara, para penjenayah tidak dikenakan tindakan kerana pihak berkuasa “tidak menyedari isu ini atau tidak mampu menanganinya.”

    MAKLUMAT LANJUT

    Lihat video Apa Itu Kerajaan Tuhan? di jw.org/ms.

Jawapan Bible

Tuhan mengambil berat terhadap kita.

Dia mengetahui kesusahan dan kesedihan kita.

“[Tuhan] tidak menghina orang yang menderita atau membenci orang yang ditindas; Dia tidak menyembunyikan diri daripada mereka, tetapi Dia mendengarkan seruan mereka meminta tolong.”​MAZMUR 22:24.

“Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​1 PETRUS 5:7.

Penderitaan tidak akan berlanjutan.

Bible menyatakan bahawa tujuan Tuhan bagi kita pasti tercapai.

“[Tuhan] akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​WAHYU 21:3, 4.

Tuhan akan melenyapkan semua punca penderitaan.

Dia akan berbuat demikian menerusi Kerajaan-Nya.

“Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak dapat dimusnahkan. Kerajaan ini tidak akan diserahkan kepada bangsa lain. . . . Hanya kerajaan ini yang akan kekal buat selama-lamanya.”​DANIEL 2:44.