Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ketahuilah Faktanya

Ketahuilah Faktanya

Masalahnya

Prasangka sering kali disebabkan oleh maklumat yang tidak benar. Perhatikan contoh berikut:

  • Sesetengah majikan percaya bahawa kaum wanita tidak layak diberikan pekerjaan yang memerlukan kemahiran saintifik atau teknikal.

  • Banyak orang tempatan berpandangan bahawa pendatang asing sering menimbulkan masalah.

  • Banyak orang berfikir bahawa orang kelainan upaya semuanya murung dan berfikiran negatif.

Orang yang mempercayai maklumat palsu sebegini mungkin mengemukakan contoh atau bukti yang nampaknya menyokong pandangan mereka, dan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka akan dianggap berfikiran cetek.

Prinsip Bible

“Tidak baik jika seseorang tiada pengetahuan.”​—AMSAL 19:2.

Apakah maksudnya? Jika kita tidak mengetahui faktanya, kita akan membuat keputusan yang buruk. Jika kita mempercayai maklumat palsu, kita akan mempunyai tanggapan yang salah terhadap orang lain.

Pentingnya Mengetahui Fakta

Jika kita mengetahui fakta tentang orang lain, kita tidak akan mudah mempercayai maklumat palsu yang disebarkan tentang mereka, biarpun kebanyakan orang mempercayainya. Apabila kita sedar bahawa apa yang kita dengar tentang golongan tertentu tidak benar, kita tidak akan cepat mempercayai maklumat yang disebarkan tentang golongan lain.

Apa yang Dapat Anda Lakukan

  • Ingatlah bahawa biarpun banyak orang mengatakan bahawa suatu golongan memiliki sifat buruk tertentu, bukan semua orang dalam golongan tersebut memiliki sifat buruk itu.

  • Ingatlah bahawa anda mungkin tidak mempunyai maklumat yang secukupnya tentang orang lain.

  • Dapatkanlah maklumat daripada sumber yang dapat dipercayai.