Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nasihat Bijak untuk Hidup Bahagia

Nasihat Bijak untuk Hidup Bahagia

“Saya mempunyai harapan walaupun saya berasa sedih semasa melihat dunia penuh dengan kejahatan seperti peperangan, kemiskinan, penyakit, dan layanan yang tidak adil terhadap kanak-kanak.”​—RANI. *

Rani menemui kebahagiaan sejati semasa dia mempelajari tentang Pencipta kita, Tuhan Yang Maha Kuasa, Sumber segala kebijaksanaan. Apabila anda membaca rencana-rencana berikut, perhatikan bagaimana ajaran-Nya dapat membantu anda untuk . . .

  • menikmati keluarga yang bahagia

  • mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain

  • berasa gembira dan berpuas hati

  • memahami mengapa kita menderita dan mati

  • yakin terhadap harapan pada masa depan

  • mengenali Pencipta kita dan menghampiri-Nya

Anda akan belajar bahawa Pencipta kita bukan sahaja memberikan kebijaksanaan kepada sekumpulan orang yang diperkenankan-Nya, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang mencari kebijaksanaan.

^ per. 2 Nama-nama dalam majalah ini telah diubah.