Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anda Boleh Menjadi Bijak!

Anda Boleh Menjadi Bijak!

“Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.” (2 Timotius 3:16) Dalam ayat ini, perkataan “diilhami” bermaksud Tuhan Yang Maha Kuasa menyampaikan fikiran-Nya kepada penulis Bible.

Tuhan Menjemput Anda Meraih Manfaat daripada Kebijaksanaan-Nya

“Aku, Yehuwa, . . . mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu. Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh. Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku! Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai, dan perbuatan baik kamu akan menjadi seperti ombak laut.”​—YESAYA 48:17, 18.

Anggaplah kata-kata ini sebagai jemputan peribadi daripada Tuhan. Dia mahu anda mempunyai ketenangan jiwa dan menikmati kebahagiaan sejati buat selama-lamanya, dan Dia akan membantu anda untuk memperolehnya.

Anda Dapat Mempelajari Kebijaksanaan Tuhan

“Berita baik harus disebarkan kepada semua bangsa.”​—MARKUS 13:10.

“Berita baik” ini merangkumi janji-janji Yehuwa untuk mengakhiri penderitaan, menjadikan bumi sebuah Firdaus, dan membangkitkan orang tersayang kita. Saksi-Saksi Yehuwa sedang menyebarkan mesej yang berdasarkan Bible itu di serata dunia.