Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 1

Penciptaan hingga Banjir

Penciptaan hingga Banjir

Dari manakah datangnya langit dan bumi? Bagaimanakah matahari, bulan, bintang-bintang, dan segala-gala yang ada di bumi dihasilkan? Bible memberikan jawapan yang tepat dengan menyatakan bahawa semua benda diciptakan oleh Tuhan. Oleh itu, buku ini bermula dengan cerita-cerita tentang penciptaan.

Ciptaan Tuhan yang pertama ialah makhluk-makhluk roh yang mempunyai tubuh seperti diri-Nya. Mereka dipanggil malaikat. Tetapi, bumi diciptakan untuk manusia. Jadi, Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan yang bernama Adam dan Hawa. Dia telah menempatkan mereka di sebuah taman yang indah. Malangnya, mereka tidak patuh kepada Tuhan dan mereka kehilangan peluang untuk terus hidup.

Selama 1,656 tahun berlalu dari masa Adam diciptakan hingga Banjir besar pada zaman Nuh. Banyak orang jahat hidup sepanjang masa ini. Di syurga terdapat roh-roh jahat yang tidak dapat dilihat. Roh-roh jahat ini ialah Syaitan dan malaikat-malaikatnya. Di bumi pula terdapat Kain dan banyak orang jahat yang lain termasuklah beberapa orang manusia yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Namun begitu, di bumi juga ada orang yang baik—Habel, Henokh, dan Nuh. Dalam Bahagian PERTAMA, kita akan membaca tentang orang-orang ini dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ini.

 

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 1

Tuhan Menciptakan Segala Sesuatu

Cerita penciptaan dalam buku Kejadian mudah difahami dan sangat menarik, malah untuk kanak-kanak.

CERITA 2

Sebuah Taman yang Indah

Menurut buku Kejadian, Tuhan menjadikan Taman Eden sebuah tempat yang sangat istimewa. Tuhan ingin seluruh bumi menjadi cantik seperti taman yang indah ini.

CERITA 3

Lelaki dan Perempuan Pertama

Tuhan mencipta Adam dan Hawa lalu meletakkan mereka di Taman Eden. Mereka menjadi pasangan manusia pertama yang berkahwin.

CERITA 4

Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus

Buku Kejadian menceritakan bagaimana manusia kehilangan firdaus.

CERITA 5

Bermulalah Kehidupan yang Susah

Kehidupan di luar Taman Eden sangat susah bagi Adam dan Hawa. Jika mereka mematuhi Tuhan, mereka sekeluarga pasti menikmati kehidupan yang gembira.

CERITA 6

Anak yang Baik dan Anak yang Jahat

Cerita Kain dan Habel dalam buku Kejadian mengajar kita sifat-sifat yang harus dipupuk dan sikap yang harus diubah sebelum terlambat.

CERITA 7

Seorang Lelaki yang Berani

Teladan Henokh menunjukkan bahawa anda boleh melakukan apa yang benar walaupun orang lain berbuat jahat.

CERITA 8

Gergasi di Bumi

Kejadian bab 6 mengisahkan gergasi-gergasi, atau Nefilim, yang suka membuli orang. Mereka ialah anak-anak malaikat yang telah meninggalkan syurga dan datang ke bumi.

CERITA 9

Nuh Membina Sebuah Bahtera

Nuh sekeluarga selamat mengharungi Banjir kerana mereka mentaati Tuhan walaupun orang lain enggan mendengar.

CERITA 10

Banjir yang Besar

Banyak orang ketawakan amaran Nuh tentang banjir yang akan melanda. Tetapi, mereka tidak lagi ketawakannya apabila hujan turun! Ketahui bagaimana bahtera Nuh menyelamatkan Nuh sekeluarga serta banyak binatang.