Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 5

Menjadi Tawanan di Babilon hingga Pembinaan Semula Tembok Yerusalem

Menjadi Tawanan di Babilon hingga Pembinaan Semula Tembok Yerusalem

Semasa orang Israel menjadi tawanan di Babilon, mereka telah menghadapi banyak dugaan yang menguji kepercayaan mereka. Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dicampakkan ke dalam sebuah relau berapi yang bernyala-nyala, tetapi Tuhan telah menyelamatkan mereka. Kemudian, selepas Babilon dikalahkan oleh orang Media dan Persia, Daniel dicampakkan ke dalam lubang singa. Namun begitu, Tuhan telah menyelamatkan Daniel dengan menutup mulut singa-singa itu.

Akhirnya, raja Persia yang bernama Kores membebaskan orang Israel. Mereka kembali ke tanah air mereka 70 tahun selepas mereka dibawa ke Babilon sebagai tawanan. Perkara pertama yang dilakukan oleh mereka apabila mereka pulang ke Yerusalem adalah membina Rumah Yehuwa. Tetapi, tidak lama kemudian musuh-musuh mereka berjaya menghentikan kerja ini. Maka mereka siap membina Rumah Tuhan kira-kira 22 tahun selepas mereka kembali ke Yerusalem.

Seterusnya, kita akan belajar tentang perjalanan Ezra ke Yerusalem untuk mencantikkan Rumah Tuhan. Dia pulang ke Yerusalem kira-kira 47 tahun selepas Rumah Tuhan siap dibina. Kemudian, 13 tahun selepas perjalanan Ezra ke Yerusalem, Nehemia membantu orang Israel di sana untuk membina semula tembok Yerusalem yang telah roboh. Bahagian KELIMA meliputi sejarah selama 152 tahun.

 

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 77

Mereka Enggan Bersujud

Adakah Tuhan akan menyelamatkan tiga pemuda yang taat ini daripada relau api?

CERITA 78

Tulisan Pada Dinding

Nabi Daniel menjelaskan makna empat perkataan yang membingungkan itu.

CERITA 79

Daniel di dalam Lubang Singa

Daniel dijatuhkan hukuman mati, tetapi dapatkah dia mengelakkannya?

CERITA 80

Umat Tuhan Meninggalkan Babilon

Satu nubuat menjadi kenyataan semasa Raja Kores dari Persia menakluki Babilon. Sekarang, satu lagi nubuat menjadi kenyataan kerana dia.

CERITA 81

Percaya akan Bantuan Tuhan

Orang Israel melanggar hukum manusia untuk mentaati Tuhan. Adakah Tuhan akan memberkati mereka?

CERITA 82

Mordekhai dan Ester

Permaisuri Wasti yang cantik digantikan oleh Ester. Mengapakah Raja Ahasyweros berbuat demikian?

CERITA 83

Tembok Yerusalem

Semasa membina semula tembok, para pekerja perlu membawa pedang dan tombak dan bersiap sedia siang dan malam.