BAHAGIAN 8
Nubuat-nubuat dalam Bible Menjadi Kenyataan
Bible bukan sahaja menceritakan apa yang telah berlaku pada masa lampau, malah Bible juga memberitahu kita apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh sebab manusia tidak dapat memberitahu kita tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kita tahu bahawa Bible adalah daripada Tuhan. Apakah yang diceritakan dalam Bible tentang masa hadapan kita?
Bible memberitahu kita tentang perang besar Tuhan. Dalam perang ini, Tuhan akan melenyapkan orang jahat dan membasmi segala kejahatan di bumi, tetapi Dia akan melindungi umat-Nya. Yesus Kristus, raja yang dilantik oleh Tuhan, akan memastikan bahawa umat Tuhan akan hidup aman dan bahagia, dan mereka tidak akan jatuh sakit lagi atau mati.
Tuhan akan menjadikan bumi sebuah firdaus yang baru. Tidakkah hal ini menggembirakan kita? Tetapi kita harus melakukan sesuatu supaya kita dapat hidup di dalam firdaus ini. Dalam cerita terakhir dalam buku ini, kita akan belajar tentang apa yang harus kita lakukan supaya kita dapat menikmati berkat-berkat yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada umat-Nya. Marilah kita baca Bahagian KELAPAN untuk mengetahui apa yang dinubuatkan dalam Bible tentang masa hadapan kita.
DALAM BAHAGIAN INI
CERITA 114
Segala Kejahatan Berakhir
Mengapakah Tuhan menghantar askar-askarnya yang diketuai Yesus untuk berlawan dalam perang Armagedon?
CERITA 115
Firdaus Baru di Bumi
Manusia pernah hidup di bumi firdaus pada masa dahulu, dan hal ini akan berlaku lagi pada masa depan.
CERITA 116
Bagaimana Kita Dapat Hidup Selama-lamanya
Adakah memadai untuk mengenali Yehuwa dan Yesus? Jika tidak, apakah yang perlu kita buat?