Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Soalan Pembelajaran untuk Buku Cerita Bible Saya

Soalan Pembelajaran untuk Buku Cerita Bible Saya

Cerita 1

Tuhan Menciptakan Segala Sesuatu

  1. Segala sesuatu yang baik datang dari mana? Berikan satu contoh.

  2. Apakah ciptaan Tuhan yang pertama?

  3. Mengapakah malaikat yang pertama merupakan malaikat yang istimewa?

  4. Ceritakan keadaan bumi pada mulanya. (Lihat gambar.)

  5. Bagaimanakah Tuhan mula menyediakan bumi untuk didiami oleh binatang dan manusia?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yeremia 10:12.

    Apakah sifat-sifat Tuhan yang boleh kita pelajari dengan memerhatikan ciptaan-Nya? (Yes. 40:26; Rm. 11:33)

  2. Baca Kolose 1:16, 17.

    Apakah peranan Yesus dalam penciptaan, dan bagaimanakah hal ini patut mempengaruhi pandangan kita terhadapnya? (Kol. 1:16, 17)

  3. Baca Kejadian 1:1-10.

    1. Apakah asal mula bumi kita? (Kej. 1:1)

    2. Apakah yang berlaku pada hari penciptaan yang pertama? (Kej. 1:3-5)

    3. Gambarkan apa yang telah berlaku pada hari penciptaan yang kedua. (Kej. 1:6-8)

Cerita 2

Sebuah Taman yang Indah

  1. Bagaimanakah Tuhan menyediakan bumi sebagai tempat kediaman kita?

  2. Ceritakan tentang binatang-binatang yang diciptakan oleh Tuhan. (Lihat gambar.)

  3. Mengapakah Taman Eden sebuah taman yang istimewa?

  4. Tuhan mahu seluruh bumi menjadi seperti apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 1:11-25.

    1. Apakah yang diciptakan oleh Tuhan pada hari penciptaan yang ketiga? (Kej. 1:12)

    2. Apakah yang berlaku pada hari penciptaan yang keempat? (Kej. 1:16)

    3. Apakah jenis-jenis binatang yang diciptakan oleh Tuhan pada hari penciptaan kelima dan hari penciptaan keenam? (Kej. 1:20, 21, 24, 25)

  2. Baca Kejadian 2:8, 9.

    Tuhan telah menempatkan dua batang pokok yang istimewa di Taman Eden. Apakah pokok-pokok itu? Apakah yang dilambangkan oleh pokok-pokok itu?

Cerita 3

Lelaki dan Perempuan Pertama

  1. Bandingkan gambar dalam Cerita 3 dengan gambar dalam Cerita 2. Apakah yang berbeza?

  2. Siapakah yang menciptakan lelaki pertama? Siapakah nama lelaki pertama itu?

  3. Apakah kerja yang diberikan oleh Tuhan kepada Adam?

  4. Mengapakah Tuhan membuat Adam tidur nyenyak?

  5. Yehuwa mahu Adam dan Hawa hidup berapa lama? Apakah kerja yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 2:4, nota kaki dan Mazmur 83:19.

    Siapakah nama Tuhan, dan apakah kedudukan-Nya yang istimewa di seluruh bumi? (Yer. 16:21; Dan. 4:17)

  2. Baca Kejadian 1:26-31.

    1. Apakah ciptaan istimewa Tuhan pada hari keenam? Mengapakah ciptaan ini berbeza daripada binatang-binatang? (Kej. 1:26)

    2. Apakah yang telah diberikan oleh Tuhan kepada manusia dan binatang-binatang? (Kej. 1:30)

  3. Baca Kejadian 2:7-25.

    1. Adam ditugaskan untuk memberikan nama kepada binatang-binatang. Tugasan ini melibatkan apa? (Kej. 2:19)

    2. Bagaimanakah Kejadian 2:24 membantu kita memahami pandangan Yehuwa terhadap perkahwinan, perpisahan, dan perceraian? (Mat. 19:4-6, 9)

Cerita 4

Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang berlaku kepada Adam dan Hawa?

  2. Mengapakah Yehuwa menghukum mereka?

  3. Seekor ular telah memberitahu Hawa apa?

  4. Siapakah yang membolehkan ular itu untuk bercakap dengan Hawa?

  5. Mengapakah Adam dan Hawa kehilangan Firdaus?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 2:16, 17 dan 3:1-13, 24.

    1. Bagaimanakah soalan yang ditanyakan oleh ular kepada Hawa memberi gambaran yang salah tentang Yehuwa? (Kej. 3:1-5; 1 Yoh. 5:3)

    2. Bagaimanakah perbuatan Hawa boleh dijadikan peringatan kepada kita? (Flp. 4:8; Yak. 1:14, 15; 1 Yoh. 2:16)

    3. Mengapakah Adam dan Hawa boleh dikatakan gagal mengaku bertanggungjawab terhadap tindakan mereka? (Kej. 3:12, 13)

    4. Bagaimanakah kerub-kerub yang ditempatkan di bahagian timur Taman Eden mendukung kedaulatan Yehuwa? (Kej. 3:24)

  2. Baca Penyingkapan 12:9.

    Sejauh manakah Syaitan berjaya dalam usahanya untuk membuat manusia menolak pemerintahan Tuhan? (1 Yoh. 5:19)

Cerita 5

Bermulalah Kehidupan yang Susah

  1. Bagaimanakah keadaan hidup Adam dan Hawa di luar Taman Eden?

  2. Apakah yang mula berlaku kepada Adam dan Hawa? Mengapa?

  3. Mengapakah anak-anak Adam dan Hawa menjadi tua dan akhirnya mati?

  4. Jika Adam dan Hawa telah mematuhi perintah Yehuwa, hidup yang bagaimanakah mungkin dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka?

  5. Hawa tidak mentaati Yehuwa. Oleh itu, apakah yang dialami olehnya?

  6. Siapakah nama anak lelaki sulung dan nama anak lelaki kedua Adam dan Hawa?

  7. Siapakah budak-budak yang lain dalam gambar ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 3:16-23 dan 4:1, 2.

    1. Sumpahan Tuhan ke atas tanah memberikan kesan apa pada hidup Adam? (Kej. 3:17-19; Rm. 8:20, 22)

    2. Mengapakah nama Hawa yang bermaksud “Dia yang Hidup” sesuai baginya? (Kej. 3:20)

    3. Walaupun Adam dan Hawa telah berdosa, bagaimanakah Tuhan menunjukkan bahawa Dia masih mengambil berat terhadap mereka? (Kej. 3:7, 21)

  2. Baca Penyingkapan 21:3, 4.

    Apakah antara “perkara-perkara lama” yang anda harap akan dilenyapkan daripada dunia ini?

Cerita 6

Anak yang Baik dan Anak yang Jahat

  1. Apakah pekerjaan Kain dan Habel?

  2. Apakah yang telah dipersembahkan oleh Kain dan Habel kepada Yehuwa?

  3. Mengapakah Yehuwa gembira dengan pemberian Habel? Mengapakah Yehuwa tidak gembira dengan pemberian Kain?

  4. Apakah sifat yang ditunjukkan oleh Kain? Apakah nasihat Yehuwa kepadanya?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Kain apabila hanya dia dan adiknya berada di padang?

  6. Jelaskan apa yang telah berlaku kepada Kain selepas dia membunuh adiknya.

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 4:2-26.

    1. Bagaimanakah Yehuwa menggambarkan situasi berbahaya yang bakal menjerat Kain? (Kej. 4:7)

    2. Bagaimanakah Kain memperlihatkan apa yang tersirat dalam hatinya? (Kej. 4:9)

    3. Apakah pandangan Yehuwa terhadap pembunuhan orang yang tidak bersalah? (Kej. 4:10; Yes. 26:21)

  2. Baca 1 Yohanes 3:11, 12.

    1. Mengapakah Kain naik marah? Bagaimanakah hal ini boleh dijadikan sebagai peringatan bagi kita hari ini? (Kej. 4:4, 5; Ams. 14:30; Yak. 3:16)

    2. Walaupun semua anggota keluarga kita menentang penyembahan kita kepada Yehuwa, bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa kita masih dapat mengekalkan integriti kita? (Mzm. 27:10; Mat. 10:21, 22)

  3. Baca Yohanes 11:25.

    Apakah jaminan Yehuwa kepada mereka yang telah mati demi keadilbenaran? (Yoh. 5:24)

Cerita 7

Seorang Lelaki yang Berani

  1. Mengapakah Henokh berbeza daripada orang di sekelilingnya?

  2. Mengapakah orang yang hidup pada zaman Henokh melakukan banyak hal yang jahat?

  3. Apakah perkara-perkara jahat yang dilakukan oleh orang pada zaman Henokh? (Lihat gambar.)

  4. Mengapakah Henokh mesti memberanikan diri?

  5. Berapa lamakah manusia dapat hidup pada zaman Henokh? Tetapi, berapakah umur Henokh ketika dia mati?

  6. Apakah yang berlaku selepas Henokh mati?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 5:21-27.

    1. Bagaimanakah hubungan antara Henokh dengan Yehuwa? (Kej. 5:24)

    2. Menurut Bible, siapakah lelaki yang hidup paling lama di bumi? Berapakah umurnya apabila dia mati? (Kej. 5:26, 27)

  2. Baca Kejadian 6:5.

    Bagaimanakah keadaan di bumi selepas kematian Henokh? Bagaimanakah keadaan di bumi sekarang berbanding dengan keadaan di bumi pada masa itu? (2 Tim. 3:13)

  3. Baca Ibrani 11:5.

    Apakah sifat Henokh yang menyenangkan hati Tuhan dan apakah berkat yang diterima olehnya? (Kej. 5:22)

  4. Baca Yudas 14, 15.

    Hari ini, bagaimanakah orang Kristian dapat meniru keberanian Henokh semasa memberi amaran kepada orang lain tentang perang Armagedon yang akan datang? (2 Tim. 4:2; Ibr. 13:6)

Cerita 8

Gergasi di Bumi

  1. Apakah yang telah berlaku apabila sesetengah malaikat Tuhan mendengar kata-kata Syaitan?

  2. Mengapakah sesetengah malaikat turun ke bumi dan berhenti melakukan kerja mereka di syurga?

  3. Sesetengah malaikat turun ke bumi dan membuat tubuh manusia bagi diri mereka. Mengapakah tindakan ini salah?

  4. Apakah yang menjadikan anak-anak malaikat ini berbeza daripada anak-anak yang biasa?

  5. Berdasarkan gambar, apakah yang telah dilakukan oleh anak-anak malaikat apabila mereka menjadi gergasi?

  6. Selepas Henokh mati, terdapat seorang lagi lelaki yang baik di bumi. Siapakah dia? Mengapakah Tuhan suka akan dia?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 6:1-8.

    Seperti yang disingkapkan di Kejadian 6:6, bagaimanakah kelakuan kita boleh menggembirakan atau menyedihkan hati Yehuwa? (Mzm. 78:40, 41; Ams. 27:11)

  2. Baca Yudas 6.

    Bagaimanakah perbuatan malaikat-malaikat jahat yang “meninggalkan tempat kediaman mereka” pada zaman Nuh menjadi peringatan kepada kita hari ini? (1 Kor. 3:5-9; 2 Ptr. 2:9, 10)

Cerita 9

Nuh Membina Sebuah Bahtera

  1. Berapakah jumlah ahli keluarga Nuh? Siapakah nama ketiga-tiga orang anak lelakinya?

  2. Seperti yang disuruh oleh Tuhan, apakah perkara ganjil yang perlu dibuat oleh Nuh? Mengapa?

  3. Apakah yang dilakukan oleh jiran-jiran Nuh apabila dia memberitahu mereka tentang bahtera yang sedang dibina olehnya?

  4. Apakah perintah Tuhan kepada Nuh berkenaan binatang-binatang di bumi?

  5. Selepas Tuhan menutup pintu bahtera, apakah yang dilakukan oleh Nuh dan keluarganya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 6:9-22.

    1. Apakah yang menjadikan Nuh seorang penyembah Tuhan yang istimewa? (Kej. 6:9, 10, 22)

    2. Apakah pandangan Yehuwa terhadap keganasan? Bagaimanakah pengetahuan akan hal ini mempengaruhi kita semasa memilih hiburan? (Kej. 6:11, 12; Mzm. 11:5)

    3. Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Nuh apabila kita mendapat arahan daripada organisasi Yehuwa? (Kej. 6:22; 1 Yoh. 5:3)

  2. Baca Kejadian 7:1-9.

    Pada pandangan Yehuwa, Nuh seorang lelaki yang adil benar walaupun dia tidak sempurna. Bagaimanakah hakikat ini menggalakkan kita? (Kej. 7:1; Ams. 10:16; Yes. 26:7)

Cerita 10

Banjir yang Besar

  1. Mengapakah tidak ada sesiapa pun yang dapat masuk ke dalam bahtera apabila hujan mula turun?

  2. Yehuwa telah menyebabkan hujan turun untuk berapa hari dan berapa malam? Berapa tinggikah paras air banjir?

  3. Apakah yang telah berlaku pada bahtera apabila air membanjiri bumi?

  4. Selepas Banjir, adakah gergasi-gergasi masih hidup? Apakah yang telah berlaku kepada bapa-bapa mereka?

  5. Apakah yang berlaku pada bahtera selepas lima bulan?

  6. Mengapakah Nuh melepaskan seekor burung gagak?

  7. Bagaimanakah Nuh tahu bahawa air banjir telah surut?

  8. Selepas Nuh dan keluarganya berada di dalam bahtera untuk lebih daripada satu tahun, apakah yang telah dikatakan oleh Tuhan kepada Nuh?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 7:10-24.

    1. Gambarkan pemusnahan nyawa yang berlaku di bumi. (Kej. 7:21-23)

    2. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk air Banjir surut? (Kej. 7:24)

  2. Baca Kejadian 8:1-17.

    Bagaimanakah Kejadian 8:17 menunjukkan bahawa tujuan asal Yehuwa bagi bumi kita masih tidak berubah? (Kej. 1:22)

  3. Baca 2 Petrus 2:9.

    1. Apabila malaikat-malaikat yang memberontak menentang Yehuwa kembali ke syurga, apakah hukuman yang telah dijatuhkan ke atas mereka? (Yud. 6)

    2. Bagaimanakah kisah Nuh dan keluarganya dapat mengukuhkan keyakinan kita dalam kebolehan Yehuwa untuk menyelamatkan umat-Nya? (Ibr. 11:7)

Cerita 11

Pelangi yang Pertama

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang dilakukan oleh Nuh sebaik sahaja dia keluar dari bahtera?

  2. Apakah arahan Tuhan kepada Nuh dan keluarganya selepas Banjir?

  3. Apakah janji Tuhan?

  4. Apakah yang patut kita ingat apabila kita melihat pelangi di langit?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 8:18-22.

    1. Hari ini, bagaimanakah kita dapat mempersembahkan “bau harum korban” kepada Yehuwa? (Kej. 8:21; Ibr. 13:15, 16)

    2. Apakah pemerhatian Yehuwa tentang hati manusia? Jadi, kita harus berwaspada tentang apa? (Kej. 8:21; Mat. 15:18, 19)

  2. Baca Kejadian 9:9-17.

    1. Apakah perjanjian Yehuwa dengan semua makhluk hidup di bumi? (Kej. 9:10, 11)

    2. Perjanjian pelangi ini berkuat kuasa untuk berapa lama? (Kej. 9:16)

Cerita 12

Manusia Membina Menara Besar

  1. Siapakah Nimrod? Adakah Tuhan suka akan Nimrod?

  2. Mengapakah orang di dalam gambar sedang membuat batu bata?

  3. Mengapakah Yehuwa tidak gembira dengan kerja pembinaan mereka?

  4. Bagaimanakah Tuhan menghentikan kerja pembinaan menara tersebut?

  5. Apakah nama kota tersebut dan apakah maksud nama kota itu?

  6. Apakah yang berlaku kepada mereka selepas Tuhan mengelirukan bahasa mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Amsal 3:31.

    Apakah sifat-sifat yang telah diperlihatkan oleh Nimrod? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Nimrod? (Mzm. 11:5)

  2. Baca Kejadian 11:1-9.

    Apakah tujuan sebenar di sebalik pembinaan menara ini? Mengapakah projek pembinaan ini tidak berjaya? (Kej. 11:4; Ams. 16:18; Yoh. 5:44)

Cerita 13

Abraham—Sahabat Tuhan

  1. Ceritakan tentang penduduk di kota Ur.

  2. Siapakah lelaki dalam gambar ini? Bilakah dia dilahirkan, dan di manakah dia tinggal?

  3. Tuhan telah menyuruh Abraham membuat apa?

  4. Mengapakah Abraham dipanggil sahabat Tuhan?

  5. Siapakah yang mengikut Abraham apabila dia meninggalkan Ur?

  6. Apakah yang diberitahu oleh Tuhan kepada Abraham apabila dia sampai di Kanaan?

  7. Apakah janji Tuhan kepada Abraham semasa dia berumur 99 tahun?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 11:27-32.

    1. Apakah tali persaudaraan antara Abraham dengan Lot? (Kej. 11:27)

    2. Siapakah yang bertanggungjawab atas perpindahan Abraham dan keluarganya ke negeri Kanaan—Terah atau Abraham? Mengapakah Abraham dan keluarganya pergi ke Kanaan? (Kej. 11:31; Kis. 7:2-4)

  2. Baca Kejadian 12:1-7.

    Bagaimanakah janji Yehuwa dengan Abraham diperluaskan apabila dia tiba di Kanaan? (Kej. 12:7)

  3. Baca Kejadian 17:1-8, 15-17.

    1. Apabila Abram berumur 99 tahun, namanya telah ditukarkan kepada apa? Mengapa? (Kej. 17:5)

    2. Apakah berkat-berkat yang bakal dinikmati oleh Sara seperti yang dijanjikan oleh Yehuwa? (Kej. 17:15, 16)

  4. Baca Kejadian 18:9-19.

    1. Apakah tanggungjawab-tanggungjawab seorang bapa seperti yang dinyatakan di Kejadian 18:19? (Ul. 6:6, 7; Ef. 6:4)

    2. Apakah yang telah berlaku kepada Sara yang menunjukkan bahawa kita tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada Yehuwa? (Kej. 18:12, 15; Mzm. 44:22)

Cerita 14

Kepercayaan Abraham Diuji

  1. Apakah janji Tuhan kepada Abraham, dan bagaimanakah Tuhan menunaikan janji-Nya?

  2. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini, bagaimanakah Tuhan menguji kepercayaan Abraham?

  3. Tuhan telah memberi perintah kepada Abraham untuk membunuh anaknya. Apakah yang telah dilakukan oleh Abraham walaupun dia tidak faham sebab di sebalik perintah ini?

  4. Apakah yang berlaku apabila Abraham mengeluarkan sebilah pisau untuk membunuh anaknya?

  5. Berapa kuatkah kepercayaan Abraham terhadap Tuhan?

  6. Apakah yang disediakan oleh Tuhan untuk dikorbankan oleh Abraham? Bagaimana?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 21:1-7.

    Mengapakah anak lelaki Abraham disunat pada hari kelapan? (Kej. 17:10-12; 21:4)

  2. Baca Kejadian 22:1-18.

    Bagaimanakah Ishak memperlihatkan ketaatan kepada bapanya? Apakah peristiwa penting yang bakal berlaku pada masa hadapan yang digambarkan oleh ketaatan Ishak? (Kej. 22:7-9; 1 Kor. 5:7; Ibr. 5:8; 1 Kor. 15:28)

Cerita 15

Isteri Lot Menoleh ke Belakang

  1. Mengapakah Abraham dan Lot berpisah?

  2. Mengapakah Lot membuat keputusan untuk hidup di Sodom?

  3. Apakah sifat penduduk Sodom?

  4. Apakah arahan yang diberikan oleh kedua-dua malaikat itu kepada Lot?

  5. Mengapakah isteri Lot menjadi tiang garam?

  6. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah isteri Lot?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 13:5-13.

    Berhubung dengan usaha menyelesaikan masalah antara individu-individu, apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada contoh Abraham? (Kej. 13:8, 9; Rm. 12:10; Flp. 2:3, 4)

  2. Baca Kejadian 18:20-33.

    Bagaimanakah cara Yehuwa berurusan dengan Abraham memberi kita keyakinan bahawa Yehuwa dan Yesus akan menghakimi orang dengan adil benar? (Kej. 18:25, 26; Mat. 25:31-33)

  3. Baca Kejadian 19:1-29.

    1. Apakah yang dikatakan dalam Bible mengenai pandangan Tuhan terhadap hubungan homoseksual? (Kej. 19:5, 13; Im. 20:13)

    2. Apakah reaksi Lot terhadap arahan yang diberikan oleh Tuhan? Bagaimana pula dengan reaksi Abraham? Apakah yang boleh kita pelajari daripada mereka? (Kej. 19:15, 16, 19, 20; 22:3)

  4. Baca Lukas 17:28-32.

    Bagaimanakah sikap isteri Lot terhadap harta benda menunjukkan keinginan yang tersirat di hatinya? Bagaimanakah hal ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada kita? (Luk. 12:15; 17:31, 32; Mat. 6:19-21, 25)

  5. Baca 2 Petrus 2:6-8.

    Dengan meniru teladan Lot, sikap apakah yang patut kita ada terhadap dunia yang fasiq ini? (Yeh. 9:4; 1 Yoh. 2:15-17)

Cerita 16

Ishak Mendapat Isteri yang Baik

  1. Siapakah lelaki dan wanita di dalam gambar ini?

  2. Apakah yang dilakukan oleh Abraham untuk mendapatkan seorang isteri bagi anaknya? Mengapa?

  3. Bagaimanakah doa yang diucapkan oleh hamba Abraham dijawab?

  4. Apakah jawapan Ribka apabila dia ditanya sama ada dia mahu mengahwini Ishak?

  5. Apakah yang membuat Ishak berasa gembira semula?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 24:1-67.

    1. Apakah sifat-sifat baik yang diperlihatkan oleh Ribka apabila dia bertemu dengan hamba Abraham di sebuah perigi? (Kej. 24:17-20; Ams. 31:17, 31)

    2. Dalam soal perkahwinan, apakah teladan baik yang telah disediakan oleh Abraham untuk orang Kristian hari ini? (Kej. 24:37, 38; 1 Kor. 7:39; 2 Kor. 6:14)

    3. Mengapakah kita perlu mencari masa untuk membuat perenungan seperti yang dilakukan oleh Ishak? (Mzm. 77:13; Flp. 4:8)

Cerita 17

Sepasang Kembar yang Berlainan

  1. Siapakah Esau dan Yakub? Apakah yang menjadikan mereka berlainan?

  2. Berapakah umur Esau dan Yakub semasa datuk mereka, Abraham meninggal?

  3. Apakah yang telah dilakukan oleh Esau yang membuat ibu bapanya sangat sedih?

  4. Mengapakah Esau sangat marah kepada Yakub?

  5. Apakah arahan yang diberikan oleh Ishak kepada Yakub?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 25:5-11, 20-34.

    1. Apakah yang telah dinubuatkan oleh Yehuwa berkenaan kedua-dua orang anak lelaki Ribka? (Kej. 25:23)

    2. Berhubungan dengan hak anak sulung, apakah yang berbeza antara sikap Yakub dengan sikap Esau? (Kej. 25:31-34)

  2. Baca Kejadian 26:34, 35; 27:1-46; dan 28:1-5.

    1. Bagaimanakah kita tahu bahawa Esau tidak menghargai perkara-perkara rohani? (Kej. 26:34, 35; 27:46)

    2. Seperti yang dikatakan oleh ayahnya, apakah yang perlu dibuat oleh Yakub jika dia hendak menerima berkat Tuhan? (Kej. 28:1-4)

  3. Baca Ibrani 12:16, 17.

    Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang memandang hina akan perkara-perkara rohani, seperti yang kita pelajari daripada pengalaman Esau?

Cerita 18

Yakub Pergi ke Haran

  1. Siapakah gadis dalam gambar, dan bagaimanakah Yakub membantunya?

  2. Apakah yang sanggup dibuat oleh Yakub agar dia boleh mengahwini Rahel?

  3. Apakah yang dibuat oleh Laban apabila tiba masanya bagi Yakub untuk mengahwini Rahel?

  4. Yakub bersetuju untuk membuat apa supaya dia dapat menjadikan Rahel isterinya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 29:1-30.

    1. Walaupun Yakub diperdayakan oleh Laban, bagaimanakah Yakub menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang mulia? Apakah yang boleh kita pelajari daripada contohnya? (Kej. 29:26-28; Mat. 5:37)

    2. Apakah erti cinta sejati seperti yang ditunjukkan dalam kisah Yakub? (Kej. 29:18, 20, 30; Kid. 8:6)

    3. Siapakah empat orang wanita yang menjadi sebahagian daripada keluarga Yakub dan yang melahirkan anak-anak lelakinya? (Kej. 29:23, 24, 28, 29)

Cerita 19

Keluarga Yakub yang Besar

  1. Siapakah nama keenam-enam orang anak lelaki Yakub yang dilahirkan oleh Lea, isteri pertamanya?

  2. Siapakah nama kedua-dua orang anak lelaki Yakub yang dilahirkan oleh Zilpa, hamba perempuan Lea?

  3. Siapakah nama kedua-dua orang anak lelaki Yakub yang dilahirkan oleh Bilha, hamba perempuan Rahel?

  4. Siapakah nama kedua-dua orang anak lelaki yang dilahirkan oleh Rahel? Apakah yang berlaku apabila anak kedua Rahel dilahirkan?

  5. Berdasarkan gambar ini, Yakub mempunyai berapa orang anak lelaki? Mereka menjadi nenek moyang kepada bangsa apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 29:32-35; 30:1-26; dan 35:16-19.

    Berdasarkan cara anak-anak lelaki Yakub dinamakan, bagaimanakah budak lelaki Ibrani dinamakan pada masa kuno?

  2. Baca Kejadian 37:35.

    Walaupun hanya nama seorang anak perempuan Yakub disebut dalam Bible, bagaimana kita tahu bahawa Yakub mempunyai anak-anak perempuan yang lain? (Kej. 37:34, 35)

Cerita 20

Dina Mengundang Masalah

  1. Mengapakah Abraham dan Ishak tidak mahu anak-anak mereka mengahwini wanita Kanaan?

  2. Dina berkawan dengan gadis-gadis Kanaan. Adakah Yakub gembira dengan perbuatan anaknya?

  3. Dalam gambar, siapakah lelaki yang sedang memerhatikan Dina? Apakah perkara buruk yang dilakukan oleh lelaki ini?

  4. Apakah yang telah dilakukan oleh Simeon dan Lewi apabila mereka mengetahui apa yang telah berlaku kepada Dina?

  5. Adakah Yakub setuju dengan apa yang dilakukan oleh Simeon dan Lewi?

  6. Bagaimanakah semua masalah keluarga Yakub bermula?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 34:1-31.

    1. Adakah Dina berjumpa dengan gadis-gadis Kanaan sekali sahaja? Jelaskan. (Kej. 34:1, New World Translation of the Holy Scriptures—“Dina anak perempuan Lea, yang dilahirkannya bagi Yakub, sering keluar menemui wanita-wanita dari tempat itu.”)

    2. Mengapakah Dina juga dipertanggungjawabkan atas kehilangan daranya? (Gal. 6:7)

    3. Bagaimanakah kaum muda hari ini dapat menunjukkan bahawa mereka telah mengambil pengajaran daripada perbuatan buruk Dina? (Ams. 13:20; 1 Kor. 15:33; 1 Yoh. 5:19)

Cerita 21

Abang-abang Yusuf Membencinya

  1. Mengapakah abang-abang Yusuf cemburu akan Yusuf? Apakah yang telah dilakukan oleh mereka?

  2. Apakah yang hendak dilakukan oleh abang-abang Yusuf terhadapnya, tetapi apakah yang dikatakan oleh Ruben?

  3. Apakah yang berlaku apabila pedagang-pedagang Ismael berlalu di depan mereka?

  4. Apakah yang dilakukan oleh abang-abang Yusuf supaya ayah mereka fikir bahawa Yusuf sudah mati?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 37:1-35.

    1. Bagaimanakah orang Kristian boleh meniru contoh Yusuf dengan melaporkan kesalahan yang serius kepada penatua-penatua sidang? (Kej. 37:2; Im. 5:1; 1 Kor. 1:11)

    2. Apakah yang menyebabkan abang-abang Yusuf berlaku kejam terhadapnya? (Kej. 37:11, 18; Ams. 27:4; Yak. 3:14-16)

    3. Apakah yang dilakukan oleh Yakub yang merupakan reaksi biasa bagi seseorang yang telah kehilangan orang tersayang? (Kej. 37:35; Yoh. 11:33-36)

Cerita 22

Yusuf Dipenjarakan

  1. Berapakah umur Yusuf apabila dia dibawa ke Mesir? Apakah yang berlaku apabila dia sampai di sana?

  2. Mengapakah Yusuf dipenjarakan?

  3. Apakah kerja yang telah diberikan kepada Yusuf semasa dia berada di dalam penjara?

  4. Di dalam penjara, bagaimanakah Yusuf membantu pengurus minuman dan pengurus roti Firaun?

  5. Apakah yang berlaku selepas pengurus minuman dibebaskan daripada penjara?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 39:1-23.

    Apakah yang menggerakkan Yusuf untuk melarikan diri daripada isteri Potifar walaupun tidak ada hukum bertulis daripada Tuhan yang mengutuk perzinaan pada masa itu? (Kej. 2:24; 20:3; 39:9)

  2. Baca Kejadian 40:1-23.

    1. Ceritakan secara ringkas tentang mimpi pengurus minuman Firaun dan tafsiran yang diberikan oleh Yehuwa kepada Yusuf tentang mimpi itu. (Kej. 40:9-13)

    2. Apakah yang dimimpikan oleh pengurus roti dan apakah erti mimpinya? (Kej. 40:16-19)

    3. Hari ini, bagaimanakah hamba yang setia dan bijaksana meniru sikap Yusuf? (Kej. 40:8; Mzm. 36:10; Yoh. 17:17; Kis. 17:2, 3)

    4. Bagaimanakah Kejadian 40:20, 22 menunjukkan pandangan seorang Kristian sejati terhadap sambutan hari jadi? (Pkh. 7:1; Mrk. 6:21-28)

Cerita 23

Mimpi-mimpi Firaun

  1. Apakah yang berlaku kepada Firaun pada suatu malam?

  2. Mengapakah pengurus minuman Firaun akhirnya teringat akan Yusuf?

  3. Seperti yang adik nampak dalam gambar, apakah dua mimpi yang telah dimimpikan oleh Firaun?

  4. Menurut Yusuf, apakah erti kedua-dua mimpi Firaun?

  5. Bagaimanakah Yusuf menjadi orang yang kedua penting di Mesir?

  6. Mengapakah abang-abang Yusuf datang ke Mesir? Mengapakah mereka tidak mengenal Yusuf?

  7. Mimpi apakah yang diingat oleh Yusuf? Mimpi ini membantunya untuk menyedari apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 41:1-57.

    1. Apakah yang dilakukan oleh Yusuf untuk membantu orang lain mengarahkan perhatian mereka kepada Yehuwa? Bagaimanakah orang Kristian hari ini boleh meniru teladannya? (Kej. 41:16, 25, 28; Mat. 5:16; 1 Ptr. 2:12)

    2. Mesir mengalami kelimpahan makanan selama tujuh tahun diikuti dengan kebuluran selama tujuh tahun. Bagaimanakah keadaan ini dengan tepatnya menggambarkan keadaan rohani umat Yehuwa berbanding dengan keadaan rohani mereka yang mengatakan bahawa mereka ialah orang Kristian? (Kej. 41:29-31; Am. 8:11, 12)

  2. Baca Kejadian 42:1-8 dan 50:20.

    Di sesetengah negara, perbuatan bersujud di hadapan seseorang pemerintah sebagai tanda hormat untuk pangkatnya merupakan satu kebiasaan. Adakah perbuatan sedemikian salah bagi seorang penyembah Yehuwa? (Kej. 42:6)

Cerita 24

Yusuf Menguji Abang-abangnya

  1. Mengapakah Yusuf menuduh abang-abangnya sebagai pengintip?

  2. Mengapakah Yakub membenarkan Benyamin, anak lelakinya yang bongsu, untuk pergi ke Mesir?

  3. Mengapakah cawan perak Yusuf dijumpai di dalam beg Benyamin?

  4. Apakah yang sanggup dibuat oleh Yehuda agar Benyamin dibebaskan?

  5. Bagaimanakah abang-abang Yusuf menunjukkan bahawa mereka telah mengubah sikap?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 42:9-38.

    Bagaimanakah kata-kata Yusuf di Kejadian 42:18 boleh dijadikan peringatan kepada saudara-saudara yang mempunyai tanggungjawab dalam organisasi Yehuwa? (Neh. 5:15; 2 Kor. 7:1, 2)

  2. Baca Kejadian 43:1-34.

    1. Walaupun Ruben ialah anak sulung Yakub, bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuda merupakan jurucakap adik-beradiknya? (Kej. 43:3, 8, 9; 44:14, 18; 1 Taw. 5:2)

    2. Bagaimanakah Yusuf menguji abang-abangnya, dan mengapa? (Kej. 43:33, 34)

  3. Baca Kejadian 44:1-34.

    1. Apakah yang telah dilakukan oleh Yusuf untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar daripada abang-abangnya? (Kej. 44:5, 15; Im. 19:26)

    2. Bagaimanakah abang-abang Yusuf membuktikan bahawa mereka tidak lagi cemburu terhadap adik mereka? (Kej. 44:13, 33, 34)

Cerita 25

Keluarga Yakub Berpindah ke Mesir

  1. Apakah yang terjadi apabila Yusuf memberitahu adik-beradiknya tentang siapa dirinya yang sebenar?

  2. Apakah yang telah dikatakan oleh Yusuf untuk menenangkan hati adik-beradiknya?

  3. Apakah yang dikatakan oleh Firaun apabila dia mendapat berita tentang kedatangan adik-beradik Yusuf?

  4. Berapakah jumlah ahli keluarga Yakub semasa mereka berpindah ke Mesir?

  5. Keluarga Yakub juga dipanggil apa? Mengapa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kejadian 45:1-28.

    Bagaimanakah kisah Yusuf dalam Bible menunjukkan kebolehan Yehuwa untuk menukarkan keadaan buruk yang menimpa hamba-hambanya kepada suatu keadaan yang dapat membawa kebaikan? (Kej. 45:5-8; Yes. 8:10; Flp. 1:12-14)

  2. Baca Kejadian 46:1-27.

    Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa yang telah menguatkan semangat Yakub dalam perjalanannya ke Mesir? (Kej. 46:1-4)

Cerita 26

Ayub Setia kepada Tuhan

  1. Siapakah Ayub?

  2. Syaitan berusaha untuk melakukan apa? Tetapi adakah dia berjaya?

  3. Yehuwa membenarkan Syaitan untuk membuat apa? Mengapa?

  4. Mengapakah isteri Ayub menyuruh Ayub untuk mengutuk Tuhan dan mati? (Lihat gambar.)

  5. Seperti yang adik dapat lihat dalam gambar kedua, bagaimanakah Ayub diberkati oleh Yehuwa? Mengapa?

  6. Berkat apakah yang akan kita terima jika kita meniru Ayub yang setia kepada Yehuwa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Ayub 1:1-22.

    Bagaimanakah orang Kristian hari ini boleh meniru teladan Ayub? (Ayb. 1:1; Flp. 2:15, 16; 2 Ptr. 3:14)

  2. Baca Ayub 2:1-13.

    Apakah yang berbeza antara reaksi Ayub dengan reaksi isterinya terhadap penganiayaan yang disebabkan oleh Syaitan? (Ayb. 2:9, 10; Ams. 19:3; Mi. 7:7; Mal. 3:14)

  3. Baca Ayub 42:10-17.

    1. Yesus dan Ayub menerima berkat-berkat daripada Tuhan kerana mereka setia kepada Tuhan sepanjang hidup mereka. Apakah persamaan di antara berkat-berkat yang diterima oleh mereka? (Ayb. 42:12; Flp. 2:9, 10)

    2. Ayub diberkati kerana dia mengekalkan integritinya kepada Tuhan. Bagaimanakah hal ini boleh menggalakkan kita? (Ayb. 42:10, 12; Ibr. 6:10; Yak. 1:2-4, 12; 5:11)

Cerita 27

Raja yang Jahat Memerintah Mesir

  1. Berdasarkan gambar, siapakah lelaki yang sedang memegang cambuk? Dia sedang memukul siapa dengan cambuk itu?

  2. Selepas Yusuf meninggal, apakah yang berlaku kepada orang Israel?

  3. Mengapakah orang Mesir takut akan orang Israel?

  4. Apakah perintah Firaun kepada wanita-wanita yang membantu ibu berbangsa Israel melahirkan anak?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 1:6-22.

    1. Bagaimanakah Yehuwa memenuhi janji-Nya kepada Abraham? (Kel. 1:7; Kej. 12:2; Kis. 7:17)

    2. Bagaimanakah bidan-bidan Ibrani menunjukkan bahawa mereka menganggap nyawa sebagai sesuatu yang suci? (Kel. 1:17; Kej. 9:6)

    3. Bagaimanakah bidan-bidan orang Israel diberkati oleh Yehuwa untuk kesetiaan mereka kepada-Nya? (Kel. 1:20, 21; Ams. 19:17)

    4. Bagaimanakah Syaitan berusaha untuk menghalang Yehuwa daripada menjayakan tujuan-Nya berhubung dengan Benih yang telah dijanjikan kepada Abraham? (Kel. 1:22; Mat. 2:16)

Cerita 28

Bagaimana Seorang Bayi Diselamatkan

  1. Siapakah bayi di dalam gambar ini? Bayi itu sedang memegang jari siapa?

  2. Apakah yang dilakukan oleh ibu Musa agar Musa tidak dibunuh?

  3. Siapakah budak perempuan di dalam gambar ini? Apakah yang telah dilakukan olehnya?

  4. Apakah yang dicadangkan oleh Miryam apabila anak perempuan Firaun menjumpai bayi itu?

  5. Apakah yang dikatakan oleh puteri itu kepada ibu Musa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 2:1-10.

    Peluang apakah yang terbuka kepada ibu Musa untuk melatih dan mendidik Musa semasa dia masih kecil lagi? Bagaimanakah ibu bapa hari ini dapat meniru teladan baik ibu Musa? (Kel. 2:9, 10; Ul. 6:6-9; Ams. 22:6; Ef. 6:4; 2 Tim. 3:15)

Cerita 29

Mengapa Musa Melarikan Diri

  1. Di manakah Musa dibesarkan? Apakah yang diketahui oleh Musa tentang ibu bapa kandungnya?

  2. Apakah yang dilakukan oleh Musa apabila dia berumur 40 tahun?

  3. Apakah yang dikatakan oleh Musa kepada seorang lelaki Israel yang sedang bergaduh? Apakah jawapan yang diberikan oleh lelaki itu?

  4. Mengapakah Musa melarikan diri dari Mesir?

  5. Ke manakah Musa melarikan diri? Di sana, Musa bertemu dengan siapa?

  6. Selepas Musa melarikan diri dari Mesir, apakah yang dilakukan olehnya selama 40 tahun?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 2:11-25.

    Walaupun Musa dididik mengikut kebijaksanaan orang Mesir untuk bertahun-tahun lamanya, bagaimanakah Musa menunjukkan kesetiaannya kepada Yehuwa dan kepada orang Israel? (Kel. 2:11, 12; Ibr. 11:24)

  2. Baca Kisah 7:22-29.

    Apakah yang boleh kita belajar daripada Musa yang bergantung kepada dirinya dalam usahanya untuk menyelamatkan bangsa Israel daripada orang Mesir? (Kis. 7:23-25; 1 Ptr. 5:6, 10)

Cerita 30

Pokok Kecil yang Bernyala

  1. Apakah nama gunung yang adik nampak dalam gambar?

  2. Ceritakan kejadian aneh yang dilihat oleh Musa semasa dia membawa biri-birinya ke gunung itu.

  3. Apakah yang dikatakan oleh suatu suara dari pokok kecil yang bernyala itu? Sebenarnya, siapakah yang sedang bercakap?

  4. Apakah yang dikatakan oleh Musa apabila Tuhan menyuruh Musa membawa umat-Nya keluar dari Mesir?

  5. Jika Musa ditanya siapa yang telah menghantarnya, apakah jawapan yang patut diberikan olehnya?

  6. Bagaimanakah Musa dapat membuktikan bahawa Tuhanlah yang telah menghantarnya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 3:1-22.

    Jika kita rasa kita tidak layak untuk memenuhi tugas teokratik yang telah diamanahkan kepada kita, bagaimanakah pengalaman Musa dapat memberi kita keyakinan bahawa Yehuwa akan membantu kita? (Kel. 3:11, 13; 2 Kor. 3:5, 6)

  2. Baca Keluaran 4:1-20.

    1. Musa fikir bahawa dia dapat menjadi penyelamat orang Israel. Walau bagaimanapun, setelah dia berada di Midian selama 40 tahun, bagaimanakah sikapnya yang terlalu yakin pada diri sendiri berubah? Daripada pengalaman Musa, apakah pengajaran yang boleh diambil oleh mereka yang sedang berusaha melayakkan diri untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang? (Kel. 2:11, 12; 4:10, 13; Mi. 6:8; 1 Tim. 3:1, 6, 10)

    2. Walaupun kita didisiplinkan oleh Yehuwa melalui organisasi-Nya, bagaimanakah pengalaman Musa memberi kita keyakinan bahawa Yehuwa masih mengasihi kita? (Kel. 4:12-14; Mzm. 103:14; Ibr. 12:4-11)

Cerita 31

Musa dan Harun Menemui Firaun

  1. Apakah perasaan orang Israel apabila mereka melihat mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Musa dan Harun?

  2. Apakah yang diberitahu oleh Musa dan Harun kepada Firaun? Apakah jawapan Firaun?

  3. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, apakah yang berlaku apabila Harun mencampakkan tongkatnya ke tanah?

  4. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa Dia lebih berkuasa daripada Firaun? Apakah yang dilakukan oleh Firaun selepas itu?

  5. Apakah yang berlaku selepas tulah yang kesepuluh?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 4:27-31 dan 5:1-23.

    Apakah yang dimaksudkan oleh Firaun apabila dia berkata, “Beta langsung tidak kenal akan Yehuwa”? (Kel. 5:2; 1 Sam. 2:12; Rm. 1:21)

  2. Baca Keluaran 6:1-12, 25-29.

    1. Walaupun Abraham, Ishak, dan Yakub tahu akan nama Tuhan, dalam cara apakah Yehuwa tidak memperkenalkan diri-Nya kepada mereka? (Kel. 3:13, 14; 6:2; Kej. 12:8)

    2. Apakah perasaan kita selepas kita mengetahui bahawa Yehuwa masih menggunakan Musa untuk melaksanakan kehendak-Nya walaupun Musa tidak berasa layak untuk berbuat demikian? (Kel. 6:11, 29; Luk. 21:13-15)

  3. Baca Keluaran 7:1-13.

    1. Musa dan Harun menyampaikan berita penghakiman Yehuwa kepada Firaun dengan berani. Apakah pola yang telah disediakan oleh mereka untuk hamba-hamba Tuhan hari ini? (Kel. 7:2, 3, 6; Kis. 4:29-31)

    2. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa dia lebih agung daripada tuhan-tuhan palsu di Mesir? (Kel. 7:12; 1 Taw. 29:12)

Cerita 32

Sepuluh Tulah

  1. Dengan menggunakan gambar-gambar dalam cerita ini, terangkan tiga tulah yang mula-mula didatangkan oleh Yehuwa ke atas Mesir.

  2. Apakah yang berbeza antara tiga tulah yang pertama berbanding dengan tulah-tulah yang lain?

  3. Apakah tulah yang keempat, kelima, dan keenam?

  4. Ceritakan tulah ketujuh, kelapan, dan kesembilan.

  5. Sebelum tulah yang kesepuluh terjadi, orang Israel disuruh oleh Yehuwa untuk melakukan apa?

  6. Apakah tulah yang kesepuluh? Apakah yang berlaku selepas tulah ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 7:19–8:23.

    1. Walaupun ahli-ahli sihir dari Mesir dapat meniru tulah yang pertama dan yang kedua yang didatangkan oleh Yehuwa, apakah yang terpaksa diakui oleh mereka selepas tulah ketiga? (Kel. 8:18, 19; Mat. 12:24-28)

    2. Bagaimanakah tulah yang keempat memperlihatkan kemampuan Yehuwa untuk melindungi umat-Nya? Bagaimanakah hakikat ini membantu umat Tuhan untuk menghadapi “kesengsaraan besar” yang telah dinubuatkan dalam Bible? (Kel. 8:22, 23; Pny. 7:13, 14; 2 Taw. 16:9)

  2. Baca Keluaran 8:24; 9:3, 6, 10, 11, 14, 16, 23-25; dan 10:13-15, 21-23.

    1. Sepuluh Tulah yang didatangkan oleh Yehuwa mendedahkan identiti dua kumpulan yang mana? Bagaimanakah pengetahuan tentang kedua-dua kumpulan ini mempengaruhi pandangan kita terhadap mereka? (Kel. 8:10, 18, 19; 9:14)

    2. Bagaimanakah Keluaran 9:16 membantu kita memahami sebabnya Yehuwa membenarkan Syaitan untuk wujud hingga kini? (Rm. 9:21, 22)

  3. Baca Keluaran 12:21-32.

    Bagaimanakah Paska yang pertama memungkinkan ramai orang untuk memperoleh penyelamatan? Paska ini mengarahkan perhatian kita kepada apa? (Kel. 12:21-23; Yoh. 1:29; Rm. 5:18, 19, 21; 1 Kor. 5:7)

Cerita 33

Menyeberangi Laut Merah

  1. Tanpa mengira wanita dan kanak-kanak, berapakah jumlah lelaki Israel yang meninggalkan Mesir? Siapakah yang meninggalkan Mesir bersama-sama mereka?

  2. Apakah perasaan Firaun selepas dia membenarkan orang Israel pergi? Apakah yang telah dilakukan olehnya?

  3. Apakah yang dilakukan oleh Yehuwa untuk menghalang orang Mesir daripada menyerang umat-Nya?

  4. Apakah yang telah berlaku apabila Musa menghulurkan tongkatnya ke arah Laut Merah? Selepas itu, apakah yang dilakukan oleh orang Israel?

  5. Apakah yang telah berlaku kepada orang Mesir apabila mereka meluru ke dalam laut untuk mengejar orang Israel?

  6. Selepas mereka diselamatkan oleh Yehuwa, bagaimanakah orang Israel melahirkan rasa terima kasih mereka kepada-Nya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 12:33-36.

    Bagaimanakah Yehuwa memastikan bahawa umat-Nya mendapat balasan yang baik setelah mereka menjadi hamba orang Mesir untuk sekian lama? (Kel. 3:21, 22; 12:35, 36)

  2. Baca Keluaran 14:1-31.

    Bagaimanakah kata-kata Musa yang dicatatkan di Keluaran 14:13, 14 dapat membantu hamba-hamba Yehuwa hari ini seraya mereka berhadapan dengan pertempuran Armagedon yang bakal berlaku? (2 Taw. 20:17; Mzm. 91:8)

  3. Baca Keluaran 15:1-8, 20, 21.

    1. Mengapakah hamba-hamba Yehuwa harus menyanyikan lagu pujian kepada-Nya? (Kel. 15:1, 2; Mzm. 105:2, 3; Pny. 15:3, 4)

    2. Bagaimanakah perbuatan Miryam dan wanita-wanita lain yang memuji Yehuwa di Laut Merah menjadi contoh yang baik bagi wanita Kristian hari ini? (Kel. 15:20, 21; Mzm. 68:12)

Cerita 34

Makanan yang Baru

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang dipungut oleh orang Israel dan apakah rupa benda itu?

  2. Apakah arahan yang telah diberikan oleh Musa tentang pemungutan manna?

  3. Pada hari keenam, Yehuwa menyuruh orang Israel membuat apa? Mengapa?

  4. Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yehuwa apabila manna disimpan sehingga hari ketujuh?

  5. Untuk berapa lamakah Yehuwa memberikan manna sebagai makanan kepada orang Israel?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 16:1-36 dan Bilangan 11:7-9.

    1. Apakah yang dikatakan di Keluaran 16:8 tentang pentingnya menghormati pelantikan teokratik di dalam sidang? (Ibr. 13:17)

    2. Apabila orang Israel berada di padang belantara, bagaimanakah mereka diingatkan setiap hari bahawa mereka perlu bergantung pada Yehuwa? (Kel. 16:14-16, 35; Ul. 8:2, 3)

    3. Apakah erti simbolik manna? Bagaimanakah kita boleh memperoleh manfaat daripada “roti dari syurga” ini? (Yoh. 6:31-35, 40)

  2. Baca Yosua 5:10-12.

    Orang Israel makan manna selama berapa tahun dan bagaimanakah hal ini menjadi suatu dugaan kepada mereka? Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? (Kel. 16:35; Bil. 11:4-6; 1 Kor. 10:10, 11)

Cerita 35

Yehuwa Memberikan Hukum-hukum-Nya

  1. Kira-kira dua bulan selepas orang Israel meninggalkan Mesir, mereka berkhemah di mana?

  2. Yehuwa mahu orang Israel membuat apa? Apakah jawapan mereka?

  3. Mengapakah Yehuwa memberi Musa dua keping batu yang leper?

  4. Selain daripada Sepuluh Hukum, apakah hukum-hukum lain yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel?

  5. Menurut Yesus Kristus, dua hukum yang manakah merupakan hukum-hukum yang terpenting?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 19:1-25; 20:1-21; 24:12-18; dan 31:18.

    Bagaimanakah kata-kata yang tercatat di Keluaran 19:8 membantu kita untuk memahami apa yang terlibat apabila seseorang membaktikan dirinya untuk menjadi seorang Kristian? (Mat. 5:37; 1 Ptr. 4:1-3)

  2. Baca Ulangan 6:4-6; Imamat 19:18; dan Matius 22:36-40.

    Bagaimanakah orang Kristian memperlihatkan kasih terhadap Tuhan dan jiran? (Mrk. 6:34; Kis. 4:20; Rm. 15:2)

Cerita 36

Anak Lembu Emas

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang dilakukan oleh orang Israel? Mengapa?

  2. Mengapakah Yehuwa berasa sangat marah? Apakah yang dilakukan oleh Musa apabila dia nampak apa yang sedang dilakukan oleh orang Israel?

  3. Apakah arahan yang diberikan oleh Musa kepada beberapa orang lelaki?

  4. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 32:1-35.

    1. Bagaimanakah cerita ini menunjukkan pandangan Yehuwa terhadap usaha mencampuradukkan agama palsu dengan agama benar? (Kel. 32:4-6, 10; 1 Kor. 10:7, 11)

    2. Apakah yang harus dipertimbangkan semasa seseorang Kristian memilih hiburan, contohnya semasa memilih lagu atau tarian? (Kel. 32:18, 19; Ef. 5:15, 16; 1 Yoh. 2:15-17)

    3. Bagaimanakah suku Lewi memberikan teladan yang baik dalam hal mempertahankan keadilbenaran? (Kel. 32:25-28; Mzm. 18:26)

Cerita 37

Khemah untuk Menyembah Tuhan

  1. Binaan di dalam gambar dipanggil apa? Binaan ini digunakan untuk apa?

  2. Mengapakah Yehuwa menyuruh Musa membina khemah ini supaya dapat diceraikan dengan mudah?

  3. Apakah nama kotak yang terdapat di dalam bilik kecil di hujung khemah? Apakah yang disimpan di dalam kotak itu?

  4. Siapakah yang dipilih oleh Yehuwa untuk menjadi penghentar agung? Apakah tugas seorang penghentar agung?

  5. Namakan ketiga-tiga benda yang terdapat di dalam bilik besar dalam khemah ini.

  6. Apakah dua benda yang terdapat di halaman khemah suci? Apakah kegunaan benda-benda ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Keluaran 25:8-40; 26:1-37; 27:1-8; dan 28:1.

    Apakah yang diwakili oleh kerub yang terletak di atas penutup tabut perjanjian? (Kel. 25:19, 20, 22; Bil. 7:89; 2 Raj. 19:15)

  2. Baca Keluaran 30:1-10, 17-21; 34:1, 2; dan Ibrani 9:1-5.

    1. Mengapakah Yehuwa mengatakan bahawa para penghentar yang berkhidmat di khemah suci mesti mengekalkan kebersihan fizikal mereka? Apakah yang dapat kita pelajari daripada hal ini? (Kel. 30:18-21; 40:30, 31; Ibr. 10:22)

    2. Semasa hawari Paulus menulis surat kepada orang Kristian Ibrani, bagaimanakah dia menunjukkan bahawa khemah suci dan Hukum Musa tidak digunakan lagi? (Ibr. 9:1, 9; 10:1)

Cerita 38

Dua Belas Orang Pengintip

  1. Apakah yang boleh adik perhatikan tentang gugusan anggur dalam gambar ini? Dari manakah datangnya gugusan anggur ini?

  2. Mengapakah Musa menghantar 12 orang pengintip ke negeri Kanaan?

  3. Apakah yang dikatakan oleh sepuluh orang pengintip kepada Musa apabila mereka kembali?

  4. Bagaimanakah dua orang pengintip menunjukkan bahawa mereka percaya pada Yehuwa? Siapakah nama mereka?

  5. Mengapakah Yehuwa menjadi marah? Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepada Musa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 13:1-33.

    1. Siapakah yang telah dipilih untuk mengintip negeri Kanaan dan apakah peluang istimewa yang terbuka kepada mereka? (Bil. 13:2, 3, 18-20)

    2. Mengapakah pandangan Yosua dan Kaleb berbeza daripada pandangan pengintip-pengintip yang lain? Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada hal ini? (Bil. 13:28-30; Mat. 17:20; 2 Kor. 5:7)

  2. Baca Bilangan 14:1-38.

    1. Apakah amaran yang harus kita ingat berhubung dengan perbuatan bersungut menentang wakil-wakil Yehuwa di bumi? (Bil. 14:2, 3, 27; Mat. 25:40, 45; 1 Kor. 10:10)

    2. Bagaimanakah Bilangan 14:24 membuktikan bahawa Yehuwa menunjukkan minat peribadi terhadap setiap hamba-Nya? (1 Raj. 19:18; Ams. 15:3)

Cerita 39

Tongkat Harun Berbunga

  1. Siapakah yang menentang Musa dan Harun? Apakah yang dikatakan oleh mereka kepada Musa?

  2. Musa menyuruh Korah dan 250 orang pengikutnya membuat apa?

  3. Apakah yang dikatakan oleh Musa kepada umat Israel? Apakah yang berlaku sebaik sahaja dia berhenti bercakap?

  4. Apakah yang berlaku kepada Korah dan 250 orang pengikutnya?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Eleazar dengan bekas-bekas api kepunyaan lelaki yang telah mati? Mengapa?

  6. Mengapakah Yehuwa menyebabkan tongkat Harun berbunga? (Lihat gambar.)

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 16:1-49.

    1. Apakah yang telah dilakukan oleh Korah dan pengikut-pengikutnya? Bagaimanakah perbuatan mereka menunjukkan bahawa mereka menentang Yehuwa? (Bil. 16:9, 10, 18; Im. 10:1, 2; Ams. 11:2)

    2. Apakah pandangan salah yang telah dipupuk oleh Korah dan 250 orang pemimpin umat Israel? (Bil. 16:1-3; Ams. 15:33; Yes. 49:7)

  2. Baca Bilangan 17:1-11 dan 26:10.

    1. Tongkat Harun yang berbunga menunjukkan apa? Mengapakah Yehuwa memberikan arahan supaya tongkat ini disimpan di dalam tabut? (Bil. 17:5, 8, 10; Ibr. 9:4)

    2. Apakah pengajaran penting yang boleh kita ambil daripada kisah tongkat Harun yang berbunga secara mukjizat? (Bil. 17:10; Kis. 20:28; Flp. 2:14; Ibr. 13:17)

Cerita 40

Musa Memukul Tebing Batu

  1. Bagaimanakah Yehuwa menjaga umat-Nya semasa mereka berada di padang belantara?

  2. Semasa orang Israel berkhemah di Kades, mereka mengadu tentang apa?

  3. Bagaimanakah Yehuwa menyediakan air untuk orang Israel dan ternakan mereka?

  4. Berdasarkan gambar, siapakah lelaki yang sedang menudingkan jari kepada dirinya? Mengapakah dia berbuat demikian?

  5. Mengapakah Yehuwa marah kepada Musa dan Harun? Apakah hukuman yang dijatuhkan oleh Yehuwa ke atas mereka?

  6. Apakah yang berlaku di Gunung Hor? Selepas itu, siapakah yang menjadi penghentar agung Israel?

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 20:1-13, 22-29 dan Ulangan 29:5.

    1. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Yehuwa menjaga orang Israel semasa mereka berada di padang belantara? (Ul. 29:5; Mat. 6:31; Ibr. 13:5; Yak. 1:17)

    2. Apakah pandangan Yehuwa terhadap perbuatan Musa dan Harun yang gagal memuliakan-Nya di hadapan umat Israel? (Bil. 20:12; 1 Kor. 10:12; Pny. 4:11)

    3. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Musa menyambut disiplin yang diberikan oleh Yehuwa? (Bil. 12:3; 20:12, 27, 28; Ul. 32:4; Ibr. 12:7-11)

Cerita 41

Ular Tembaga

  1. Apakah yang terdapat pada tiang yang ditunjukkan di dalam gambar? Mengapakah Yehuwa menyuruh Musa meletakkannya di situ?

  2. Bagaimanakah orang Israel menunjukkan bahawa mereka tidak berterima kasih kepada Tuhan untuk segala-gala yang telah dilakukan oleh-Nya bagi mereka?

  3. Selepas Yehuwa menghantar ular-ular berbisa untuk menghukum orang Israel, mereka meminta Musa membuat apa?

  4. Mengapakah Yehuwa menyuruh Musa membuat seekor ular tembaga?

  5. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 21:4-9.

    1. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perbuatan orang Israel yang bersungut-sungut tentang pemberian Yehuwa? (Bil. 21:5, 6; Rm. 2:4)

    2. Pada abad-abad yang berikutnya, bagaimanakah ular tembaga ini digunakan oleh orang Israel? Apakah tindakan yang telah diambil oleh Raja Hizkia? (Bil. 21:9; 2 Raj. 18:1-4)

  2. Baca Yohanes 3:14, 15.

    Musa telah menggantungkan ular tembaga pada sebatang tiang. Bagaimanakah hal ini menggambarkan kematian Yesus Kristus? (Gal. 3:13)

Cerita 42

Seekor Keldai Bercakap

  1. Siapakah Balak? Mengapakah Balak menghantar orang untuk mendapatkan Bileam?

  2. Mengapakah keldai Bileam duduk di tengah jalan dan enggan bergerak?

  3. Apakah yang dikatakan oleh keldai itu kepada Bileam?

  4. Apakah yang dikatakan oleh malaikat Tuhan kepada Bileam?

  5. Apakah yang berlaku apabila Bileam mencuba mengutuk orang Israel?

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 21:21-35.

    Mengapakah orang Israel mengalahkan Raja Sihon dari negeri Amori dan Raja Og dari Basan? (Bil. 21:21, 23, 33, 34)

  2. Baca Bilangan 22:1-40.

    Apakah sebabnya Bileam mencuba mengutuk orang Israel? Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? (Bil. 22:16, 17; Ams. 6:16-19; 2 Ptr. 2:15; Yud. 11)

  3. Baca Bilangan 23:1-30.

    Walaupun Bileam bercakap seolah-olah dia seorang penyembah Yehuwa, bagaimanakah perbuatannya membuktikan hal yang sebaliknya? (Bil. 23:3, 11-14; 1 Sam. 15:22)

  4. Baca Bilangan 24:1-25.

    Bagaimanakah kisah Bible ini boleh mengukuhkan kepercayaan kita terhadap pelaksanaan tujuan Yehuwa? (Bil. 24:10; Yes. 54:17)

Cerita 43

Yosua Menjadi Pemimpin

  1. Berdasarkan gambar, siapakah kedua-dua orang lelaki yang berdiri di sebelah Musa?

  2. Apakah yang diberitahu oleh Yehuwa kepada Yosua?

  3. Mengapakah Musa mendaki Gunung Nebo? Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepadanya di situ?

  4. Berapakah umur Musa ketika dia mati?

  5. Mengapakah orang Israel berasa sedih? Namun demikian, apakah yang menyebabkan mereka berasa gembira?

Soalan tambahan:

  1. Baca Bilangan 27:12-23.

    Apakah tugas penting yang diberikan oleh Yehuwa kepada Yosua? Hari ini, bagaimanakah kita dapat melihat cara Yehuwa menjaga umat-Nya? (Bil. 27:15-19; Kis. 20:28; Ibr. 13:7)

  2. Baca Ulangan 3:23-29.

    Mengapakah Yehuwa tidak mengizinkan Musa dan Harun memasuki tanah yang dijanjikan? Apakah yang boleh kita pelajari daripada apa yang telah berlaku kepada mereka? (Ul. 3:25-27; Bil. 20:12, 13)

  3. Baca Ulangan 31:1-8, 14-23.

    Bagaimanakah kata-kata Musa yang terakhir kepada orang Israel menunjukkan bahawa dia menerima disiplin yang diberikan oleh Yehuwa dengan rendah hati? (Ul. 31:6-8, 23)

  4. Baca Ulangan 32:45-52.

    Bagaimanakah Firman Tuhan patut mempengaruhi kehidupan kita? (Ul. 32:47; Im. 18:5; Ibr. 4:12)

  5. Baca Ulangan 34:1-12.

    Walaupun Musa tidak pernah bersemuka dengan Yehuwa, Ulangan 34:10 menunjukkan apa tentang hubungannya dengan Yehuwa? (Kel. 33:11, 20; Bil. 12:8)

Cerita 44

Rahab dan Pengintip-pengintip

  1. Di manakah Rahab tinggal?

  2. Siapakah kedua-dua orang lelaki dalam gambar ini? Mengapakah mereka berada di Yerikho?

  3. Raja Yerikho memerintahkan Rahab untuk melakukan apa? Apakah yang dikatakan oleh Rahab?

  4. Bagaimanakah Rahab membantu kedua-dua orang lelaki ini? Apakah yang diminta oleh Rahab daripada mereka?

  5. Apakah yang telah dijanjikan oleh kedua-dua orang pengintip ini kepada Rahab?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 2:1-24.

    Bagaimanakah janji Yehuwa, seperti yang tercatat di Keluaran 23:28, menjadi kenyataan apabila orang Israel menyerang Yerikho? (Yos. 2:9-11)

  2. Baca Ibrani 11:31.

    Bagaimanakah teladan Rahab menekankan pentingnya bagi seseorang untuk mempunyai kepercayaan? (Rm. 1:17; Ibr. 10:39; Yak. 2:25)

Cerita 45

Menyeberangi Sungai Yordan

  1. Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yehuwa supaya orang Israel dapat menyeberangi Sungai Yordan?

  2. Untuk menyeberangi Sungai Yordan, apakah yang mesti dilakukan oleh orang Israel untuk menunjukkan bahawa mereka menaruh kepercayaan kepada Tuhan?

  3. Mengapakah Yehuwa menyuruh Yosua untuk mengumpulkan 12 ketul batu yang besar dari dasar Sungai Yordan?

  4. Apakah yang berlaku sebaik sahaja penghentar-penghentar keluar dari Sungai Yordan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 3:1-17.

    1. Seperti apa yang digambarkan dalam cerita ini, apakah yang perlu kita lakukan untuk menerima bantuan dan berkat Yehuwa? (Yos. 3:13-15; Ams. 3:5; Yak. 2:22, 26)

    2. Apakah keadaan Sungai Yordan semasa orang Israel menyeberanginya untuk memasuki Tanah yang Dijanjikan? Bagaimanakah peristiwa ini memuliakan nama Yehuwa? (Yos. 3:14, 15; 4:18; Mzm. 66:5-7)

  2. Baca Yosua 4:1-18.

    Mengapakah 12 ketul batu diambil dari Sungai Yordan dan diletakkan di Gilgal? (Yos. 4:4-7)

Cerita 46

Tembok Yerikho

  1. Selama enam hari berturut-turut, Yehuwa menyuruh askar-askar Israel serta para penghentar untuk membuat apa?

  2. Apakah yang harus dibuat oleh askar-askar Israel pada hari ketujuh?

  3. Seperti yang adik boleh nampak dalam gambar, apakah yang sedang berlaku pada tembok Yerikho?

  4. Mengapakah seutas tali merah tergantung pada sebuah tingkap?

  5. Seperti yang disuruh oleh Yosua, apakah yang harus dilakukan oleh askar-askar Israel ke atas kota Yerikho dan penduduk-penduduk kota itu? Tetapi apakah yang harus dilakukan dengan benda-benda yang diperbuat daripada perak, emas, tembaga, dan besi?

  6. Kedua-dua orang pengintip disuruh untuk membuat apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 6:1-25.

    1. Bagaimanakah perbuatan orang Israel yang mengelilingi kota Yerikho pada hari ketujuh mirip dengan aktiviti penyebaran yang dijalankan oleh Saksi-Saksi Yehuwa pada hari-hari terakhir? (Yos. 6:15, 16; Yes. 60:22; Mat. 24:14; 1 Kor. 9:16)

    2. Bagaimanakah nubuat yang tercatat di Yosua 6:26 menjadi kenyataan kira-kira 500 tahun kemudian? Daripada nubuat yang telah menjadi kenyataan ini, apakah yang boleh kita pelajari tentang firman Yehuwa? (1 Raj. 16:34; Yes. 55:11)

Cerita 47

Seorang Pencuri di Israel

  1. Dalam gambar, siapakah lelaki yang sedang menyembunyikan barang-barang yang telah diambil dari kota Yerikho? Siapakah yang sedang membantunya?

  2. Mengapakah kesalahan Akhan dan keluarganya begitu serius?

  3. Apakah jawapan Yehuwa apabila Yosua menanya Yehuwa mengapa orang Israel dikalahkan dalam pertempuran di kota Ai?

  4. Selepas Akhan dan keluarganya dibawa untuk berjumpa dengan Yosua, apakah yang berlaku kepada mereka?

  5. Apakah yang boleh kita pelajari daripada hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Akhan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 7:1-26.

    1. Doa-doa yang diucapkan oleh Yosua memperlihatkan apa tentang hubungannya dengan Penciptanya? (Yos. 7:7-9; Mzm. 119:145; 1 Yoh. 5:14)

    2. Apakah yang boleh kita belajar daripada perbuatan buruk Akhan? Bagaimanakah hal ini menjadi amaran kepada kita? (Yos. 7:11, 14, 15; Ams. 15:3; 1 Tim. 5:24; Ibr. 4:13)

  2. Baca Yosua 8:1-29.

    Apakah tanggungjawab kita terhadap sidang Kristian dewasa ini? (Yos. 7:13; Im. 5:1; Ams. 28:13)

Cerita 48

Orang Gibeon yang Bijak

  1. Apakah yang berbeza antara sikap orang Gibeon dengan sikap orang Kanaan yang tinggal di kota-kota yang berhampiran?

  2. Berdasarkan gambar, apakah yang dilakukan oleh orang Gibeon? Mengapa?

  3. Apakah janji Yosua dan ketua-ketua orang Israel kepada orang Gibeon? Apakah yang didapati oleh mereka selepas tiga hari?

  4. Apakah yang berlaku apabila raja-raja di kota yang lain mengetahui bahawa orang Gibeon telah berdamai dengan orang Israel?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 9:1-27.

    1. Walaupun Yehuwa telah memberi arahan kepada bangsa Israel untuk menghapuskan semua penduduk Kanaan, orang Gibeon dibiarkan hidup. Hal ini menonjolkan sifat apa yang dipunyai oleh Yehuwa? (Yos. 9:22, 24; Mat. 9:13; Kis. 10:34, 35; 2 Ptr. 3:9)

    2. Bagaimanakah Yosua memberi teladan yang baik kepada orang Kristian hari ini dengan menepati janji yang telah dibuatnya dengan orang Gibeon? (Yos. 9:18, 19; Mat. 5:37; Ef. 4:25)

  2. Baca Yosua 10:1-5.

    Hari ini, bagaimanakah kumpulan besar manusia meniru teladan orang Gibeon? Dengan berbuat demikian, mereka menjadi sasaran siapa? (Yos. 10:4; Za. 8:23; Mat. 25:35-40; Pny. 12:17)

Cerita 49

Matahari Berhenti Bergerak

  1. Di dalam gambar ini, apakah yang sedang dikatakan oleh Yosua? Mengapa?

  2. Bagaimanakah Yehuwa membantu Yosua dan askar-askarnya?

  3. Berapa orang rajakah yang telah dikalahkan oleh Yosua? Berapa lamakah masa yang diambil oleh Yosua untuk mengalahkan raja-raja ini?

  4. Mengapakah Yosua membahagikan tanah negeri Kanaan?

  5. Berapakah umur Yosua semasa dia meninggal? Apakah yang berlaku kepada orang Israel selepas kematiannya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yosua 10:6-15.

    Hari ini, keyakinan apakah yang boleh kita peroleh daripada tindakan Yehuwa yang menyebabkan matahari dan bulan berhenti bergerak? (Yos. 10:8, 10, 12, 13; Mzm. 18:4; Ams. 18:10)

  2. Baca Yosua 12:7-24.

    Sebanyak 31 orang raja Kanaan telah dikalahkan oleh Yosua dan askar-askar Israel. Siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab atas kemenangan-kemenangan yang diraih, dan mengapakah hal ini penting bagi kita hari ini? (Yos. 12:7; 24:11-13; Ul. 31:8; Luk. 21:9, 25-28)

  3. Baca Yosua 14:1-5.

    Bagaimanakah tanah negeri Kanaan dibahagikan antara suku-suku bangsa Israel? Daripada cerita ini, apakah yang boleh kita ketahui tentang pewarisan kita di Firdaus? (Yos. 14:2; Yes. 65:21, 22; Yeh. 47:21-23; 1 Kor. 14:33)

  4. Baca Hakim-Hakim 2:8-14.

    Seperti Yosua, siapakah yang berperanan untuk menghalang kemurtadan hari ini? (Hak. 2:8, 10-14; Mat. 24:45-47; 2 Tes. 2:6; Tit. 1:7-9; Pny. 1:1; 2:1, 2)

Cerita 50

Dua Wanita yang Berani

  1. Apakah tugas seorang hakim? Berikan nama beberapa orang hakim.

  2. Apakah peluang istimewa yang telah diberikan kepada Debora dan apakah tanggungjawabnya?

  3. Apabila orang Israel diancam oleh Raja Yabin dan Sisera, apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepada Hakim Barak melalui Debora? Menurut Debora, siapakah yang akan diberi penghormatan atas apa yang akan berlaku?

  4. Bagaimanakah Yael menunjukkan bahawa dia seorang wanita yang berani?

  5. Apakah yang berlaku selepas kematian Raja Yabin?

Soalan tambahan:

  1. Baca Hakim-Hakim 2:11-22.

    Apakah yang dilakukan oleh orang Israel yang menjadikan Yehuwa murka terhadap mereka? Apakah yang boleh kita pelajari daripada hal ini? (Hak. 2:20; Ams. 3:1, 2; Yeh. 18:21-23)

  2. Baca Hakim-Hakim 4:1-24.

    Apakah yang boleh dipelajari oleh wanita Kristian hari ini daripada contoh Debora dan Yael berhubung dengan kepercayaan dan keberanian? (Hak. 4:4, 8, 9, 14, 21, 22; Ams. 31:30; 1 Kor. 16:13)

  3. Baca Hakim-Hakim 5:1-31.

    Bagaimanakah lagu kemenangan yang dinyanyikan oleh Barak dan Debora boleh digunakan sebagai doa berhubung dengan perang Har–​­Magedon yang bakal berlaku? (Hak. 5:​3, 31; 1 Taw. 16:​8-​10; Pny. 7:​9, 10; 16:16; 19:19-​21

Cerita 51

Rut dan Naomi

  1. Mengapakah Naomi berada di negeri Moab?

  2. Siapakah Rut dan Orpa?

  3. Apabila Naomi menyuruh Rut dan Orpa pulang ke rumah ibu mereka, apakah jawapan Rut? Apakah jawapan Orpa?

  4. Siapakah Boas? Bagaimanakah dia membantu Rut dan Naomi?

  5. Siapakah nama anak yang dilahirkan kepada Boas dan Rut? Mengapakah kita patut mengingatinya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Rut 1:1-17.

    1. Apakah ungkapan indah yang diluahkan oleh Rut yang memperlihatkan kasihnya yang setia kepada Naomi? (Rut 1:16, 17)

    2. Bagaimanakah sikap Rut mencerminkan sikap yang ditunjukkan oleh biri-biri lain terhadap kaum terurap di bumi hari ini? (Yoh. 10:16; Za. 8:23)

  2. Baca Rut 2:1-23.

    Bagaimanakah Rut memberi teladan yang baik kepada wanita-wanita muda hari ini? (Rut 2:17, 18; Ams. 23:22; 31:15)

  3. Baca Rut 3:5-13.

    1. Apakah pandangan Boas terhadap Rut yang rela berkahwin dengannya dan bukan dengan lelaki yang muda?

    2. Apakah yang boleh kita pelajari daripada teladan Rut tentang kasih yang setia? (Rut 3:10; 1 Kor. 13:4, 5)

  4. Baca Rut 4:7-17.

    Bagaimanakah lelaki Kristian hari ini boleh mencontohi Boas? (Rut 4:9, 10; 1 Tim. 3:1, 12, 13; 5:8)

Cerita 52

Gideon dan 300 Orang Askarnya

  1. Mengapakah orang Israel menghadapi banyak kesukaran? Apakah yang telah berlaku kepada mereka?

  2. Mengapakah Yehuwa memberitahu Gideon bahawa bilangan askar Israel adalah terlalu ramai?

  3. Berapakah bilangan askar yang tertinggal selepas Gideon menyuruh semua lelaki yang takut untuk pulang?

  4. Berdasarkan gambar ini, jelaskan bagaimana Yehuwa mengurangkan bilangan askar Gideon kepada 300 orang.

  5. Bagaimanakah Gideon membahagikan 300 orang askarnya? Bagaimanakah orang Israel mendapat kemenangan dalam pertempuran ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Hakim-Hakim 6:36-40.

    1. Bagaimanakah Gideon memastikan bahawa apa yang dilakukan olehnya merupakan kehendak Yehuwa?

    2. Hari ini, bagaimanakah kita dapat mengetahui kehendak Yehuwa? (Ams. 2:3-6; Mat. 7:7-11; 2 Tim. 3:16, 17)

  2. Baca Hakim-Hakim 7:1-25.

    1. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada 300 orang askar Gideon yang peka kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka berbanding dengan askar-askar lain yang cuai? (Hak. 7:3, 6; Rm. 13:11, 12; Ef. 5:15-17)

    2. Tiga ratus orang askar Gideon telah meniru gerak-geri Gideon dengan memerhatikannya. Dengan cara yang sama, bagaimanakah kita dapat meniru teladan Gideon yang lebih Besar, iaitu Yesus Kristus? (Hak. 7:17; Mat. 11:29, 30; 28:19, 20; 1 Ptr. 2:21)

    3. Bagaimanakah ayat di Hakim-Hakim 7:21 membantu kita untuk berkhidmat dengan gembira di mana sahaja kita ditugaskan dalam organisasi Yehuwa? (1 Kor. 4:2; 12:14-18; Yak. 4:10)

  3. Baca Hakim-Hakim 8:1-3.

    Apabila kita mengendalikan perselisihan peribadi yang wujud antara kita dengan seorang saudara atau saudari kita, apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Gideon menyelesaikan pertikaiannya dengan orang Efraim? (Ams. 15:1; Mat. 5:23, 24; Luk. 9:48)

Cerita 53

Janji Yefta

  1. Siapakah Yefta? Bagaimanakah hubungan orang Israel dengan Yehuwa pada masa itu?

  2. Apakah janji Yefta kepada Yehuwa?

  3. Mengapakah Yefta berasa sedih apabila dia pulang ke rumahnya selepas kemenangannya ke atas orang Amon?

  4. Apakah yang dikatakan oleh anak perempuan Yefta apabila dia mendapat tahu tentang janji ayahnya?

  5. Mengapakah orang Israel mengasihi anak perempuan Yefta?

Soalan tambahan:

  1. Baca Hakim-Hakim 10:6-18.

    Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah orang Israel yang tidak setia kepada Yehuwa? (Hak. 10:6, 15, 16; Rm. 15:4; Pny. 2:10)

  2. Baca Hakim-Hakim 11:1-11, 29-40.

    1. Bagaimanakah kita tahu bahawa “korban bakar” yang dipersembahkan oleh Yefta kepada Yehuwa tidak bererti bahawa anak perempuannya telah dibakar hidup-hidup dan dipersembahkan kepada Yehuwa? (Hak. 11:31, nota kaki; Im. 16:24; Ul. 18:10, 12)

    2. Dalam cara apakah Yefta mempersembahkan anak perempuannya sebagai korban?

    3. Apakah yang boleh kita pelajari daripada sikap Yefta terhadap ikrarnya kepada Yehuwa? (Hak. 11:35, 39; Pkh. 5:3, 4; Mat. 5:37)

    4. Bagaimanakah anak perempuan Yefta boleh menjadi teladan yang baik kepada pemuda-pemudi Kristian yang ingin menjadikan khidmat sepenuh masa sebagai kerjaya mereka? (Hak. 11:36; Mat. 6:33; Flp. 3:8)

Cerita 54

Lelaki yang Paling Kuat

  1. Siapakah nama lelaki yang paling kuat yang pernah hidup di bumi? Siapakah yang memberikan kekuatan kepadanya?

  2. Seperti apa yang boleh adik lihat dalam gambar ini, apakah yang dilakukan oleh Simson pada seekor singa yang besar?

  3. Apakah rahsia yang sedang diberitahu oleh Simson kepada Delila di dalam gambar ini? Bagaimanakah tindakan ini menyebabkan Simson ditawan oleh orang Filistin?

  4. Apakah yang telah dilakukan oleh Simson yang menyebabkan 3,000 orang Filistin mati bersama-samanya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Hakim-Hakim 13:1-14.

    Bagaimanakah ibu bapa boleh mengikut teladan Manoah dan isterinya dalam hal membesarkan anak-anak mereka? (Hak. 13:8; Mzm. 127:3; Ef. 6:4)

  2. Baca Hakim-Hakim 14:5-9 dan 15:9-16.

    1. Simson telah membunuh seekor singa, memutuskan tali-tali baru yang digunakan untuk mengikatnya, dan menggunakan tulang rahang seekor keldai jantan untuk membunuh 1,000 orang lelaki. Apakah yang dapat kita pelajari tentang daya aktif Tuhan daripada kisah-kisah ini?

    2. Hari ini, bagaimanakah daya aktif Tuhan membantu kita? (Hak. 14:6; 15:14; Za. 4:6; Kis. 4:31)

  3. Baca Hakim-Hakim 16:18-31.

    Apakah kesan pergaulan buruk ke atas Simson? Apakah yang boleh kita pelajari daripada pengalamannya? (Hak. 16:18, 19; 1 Kor. 15:33)

Cerita 55

Budak yang Berkhidmat kepada Tuhan

  1. Siapakah nama budak lelaki dalam gambar? Siapakah mereka yang ada bersamanya?

  2. Apakah yang didoakan oleh Hana semasa dia berada di khemah suci Yehuwa? Bagaimanakah Yehuwa menjawab doanya?

  3. Berapakah umur Samuel sewaktu dia dibawa ke khemah suci untuk berkhidmat kepada Yehuwa? Tiap-tiap tahun, apakah yang dilakukan oleh Hana bagi Samuel?

  4. Siapakah nama-nama anak lelaki Eli? Bagaimanakah perangai mereka?

  5. Bagaimanakah Yehuwa memanggil Samuel? Apakah yang diberitahu oleh Yehuwa kepadanya?

  6. Apabila Samuel dewasa, apakah tugasnya? Apabila Samuel sudah tua, apakah yang berlaku?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 1:1-28.

    1. Kepala-kepala keluarga perlu mengambil pimpinan dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyembahan sejati. Apakah teladan baik yang diberikan oleh Elkana untuk mereka? (1 Sam. 1:3, 21; Mat. 6:33; Flp. 1:10)

    2. Apakah yang boleh kita pelajari daripada contoh Hana dalam menangani masalah yang membingungkan? (1 Sam. 1:9-11; Mzm. 55:23; Rm. 12:12)

  2. Baca 1 Samuel 2:11-36.

    Bagaimanakah Eli menunjukkan bahawa dia menghormati anak-anak lelakinya lebih daripada Yehuwa? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pengalamannya? (1 Sam. 2:22-24, 27, 29; Ul. 21:18-21; Mat. 10:36, 37)

  3. Baca 1 Samuel 4:16-18.

    Apakah empat buah berita buruk yang diterima dari barisan pertempuran? Apakah kesannya terhadap Eli?

  4. Baca 1 Samuel 8:4-9.

    Bagaimanakah orang Israel menyakiti hati Yehuwa? Hari ini, bagaimanakah kita boleh memberi sokongan yang setia kepada Kerajaan Tuhan? (1 Sam. 8:5, 7; Yoh. 17:16; Yak. 4:4)

Cerita 56

Saul—Raja Pertama Israel

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang dilakukan oleh Samuel? Mengapa?

  2. Mengapakah Yehuwa suka akan Saul? Ceritakan perihal Saul.

  3. Siapakah nama anak lelaki Saul? Apakah yang dilakukan oleh anak lelakinya?

  4. Mengapakah Saul mempersembahkan korban kepada Yehuwa tanpa menunggu ketibaan Samuel?

  5. Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah Saul?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 9:15-21 dan 10:17-27.

    Bagaimanakah sikap rendah hati menghindari Saul daripada bertindak dengan melulu apabila sesetengah orang bercakap tentangnya dalam cara yang tidak memperlihatkan hormat? (1 Sam. 9:21; 10:21, 22, 27; Ams. 17:27)

  2. Baca 1 Samuel 13:5-14.

    Apakah dosa yang dilakukan oleh Saul di Gilgal? (1 Sam. 10:8; 13:8, 9, 13)

  3. Baca 1 Samuel 15:1-35.

    1. Apakah dosa serius yang telah dilakukan oleh Saul berhubung dengan Agag, raja orang Amalek? (1 Sam. 15:2, 3, 8, 9, 22)

    2. Bagaimanakah Saul berdalih dan menyalahkan orang lain bagi tindakannya? (1 Sam. 15:24)

    3. Dewasa ini, apakah yang harus kita ingat apabila kita ditegur? (1 Sam. 15:19-21; Mzm. 141:5; Ams. 9:8, 9; 11:2)

Cerita 57

Tuhan Memilih Daud

  1. Siapakah nama budak lelaki di dalam gambar? Bagaimanakah kita tahu bahawa dia seorang budak yang berani?

  2. Daud tinggal di mana? Siapakah nama bapanya dan siapakah nama datuknya?

  3. Mengapakah Yehuwa menyuruh Samuel pergi ke rumah Isai di Betlehem?

  4. Apakah yang berlaku apabila Isai membawa tujuh orang anak lelakinya untuk bertemu dengan Samuel?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepada Samuel apabila Daud dibawa untuk menemuinya?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 17:34, 35.

    Bagaimanakah peristiwa-peristiwa ini memperlihatkan keberanian dan kebergantungan Daud pada Yehuwa? (1 Sam. 17:37)

  2. Baca 1 Samuel 16:1-14.

    1. Bagaimanakah kata-kata Yehuwa di 1 Samuel 16:7 membantu kita supaya tidak berat sebelah dan tidak berprasangka terhadap seseorang berdasarkan rupa dan perawakannya? (Kis. 10:34, 35; 1 Tim. 2:4)

    2. Bagaimanakah pengalaman Saul menunjukkan bahawa seseorang boleh dipenuhi dengan kecenderungan untuk berbuat jahat jika Yehuwa menarik balik daya aktif atau roh suci-Nya daripada orang itu? (1 Sam. 16:14; Mat. 12:43-45; Gal. 5:16)

Cerita 58

Daud dan Goliat

  1. Goliat mencabar tentera Israel membuat apa?

  2. Berapa besarkah saiz Goliat? Apakah yang akan diberikan oleh Raja Saul kepada lelaki yang membunuh Goliat?

  3. Apabila Saul memberitahu Daud bahawa dia tidak berupaya melawan Goliat kerana dia masih seorang budak, apakah jawapan Daud?

  4. Bagaimanakah jawapan Daud kepada Goliat menunjukkan kepercayaannya pada Yehuwa?

  5. Seperti yang adik boleh lihat di dalam gambar, apakah yang digunakan oleh Daud untuk membunuh Goliat? Apakah yang berlaku kepada orang Filistin selepas Goliat dibunuh?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 17:1-54.

    1. Apakah rahsia di sebalik keberanian Daud? Bagaimanakah kita dapat meniru keberaniannya? (1 Sam. 17:37, 45; Ef. 6:10, 11)

    2. Mengapakah orang Kristian patut menghindari sikap suka bersaing, sepertimana yang diperlihatkan oleh Goliat, semasa bersukan atau beriadah? (1 Sam. 17:8; Gal. 5:26; 1 Tim. 4:8)

    3. Bagaimanakah kata-kata Daud menunjukkan bahawa dia yakin Yehuwa akan membantunya? (1 Sam. 17:45-47; 2 Taw. 20:15)

    4. Bagaimanakah kita tahu bahawa kisah ini bukan sekadar menggambarkan pertempuran antara dua pasukan tentera yang berlawanan tetapi menggambarkan pertempuran antara tuhan-tuhan palsu dengan Tuhan yang benar, Yehuwa? (1 Sam. 17:43, 46, 47)

    5. Bagaimanakah saki-baki kaum yang terurap meniru teladan Daud yang menaruh kepercayaan pada Yehuwa? (1 Sam. 17:37; Yer. 1:17-19; Pny. 12:17)

Cerita 59

Daud Melarikan Diri

  1. Mengapakah Saul cemburu akan Daud tetapi bagaimanakah anak lelakinya, Yonatan menunjukkan sikap yang berbeza?

  2. Pada suatu hari, apakah yang berlaku semasa Daud sedang memainkan kecapi untuk Saul?

  3. Menurut Saul, apakah yang mesti dilakukan oleh Daud sebelum dia boleh menjadikan Mikhal isterinya? Mengapakah Saul berkata sedemikian?

  4. Berdasarkan gambar, apakah yang berlaku kepada Daud untuk kali ketiga semasa dia memainkan kecapi untuk Saul?

  5. Bagaimanakah Mikhal membantu Daud untuk melarikan diri? Apakah yang perlu dilakukan oleh Daud selama tujuh tahun yang seterusnya?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 18:1-30.

    1. Bagaimanakah kasih setia yang diperlihatkan antara Yonatan dengan Daud membayangkan kasih yang ditunjukkan antara “biri-biri lain” dengan “kawanan kecil”? (1 Sam. 18:1; Yoh. 10:16; Luk. 12:32; Za. 8:23)

    2. ) Yonatan sepatutnya mewarisi takhta Saul. Namun begitu, menurut 1 Samuel 18:4, bagaimanakah Yonatan menunjukkan ketaatan yang luar biasa kepada raja yang telah dipilih oleh Yehuwa?

    3. Bagaimanakah kisah Saul menunjukkan bahawa rasa cemburu boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah dosa yang serius? Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah Saul? (1 Sam. 18:7-9, 25; Yak. 3:14-16)

  2. Baca 1 Samuel 19:1-17.

    Bagaimanakah Yonatan mempertaruhkan nyawanya apabila dia berhadapan dengan Saul? (1 Sam. 19:1, 4-6; Ams. 16:14)

Cerita 60

Abigail dan Daud

  1. Dalam gambar ini, siapakah nama wanita yang sedang menemui Daud? Ceritakan perihal wanita ini.

  2. Siapakah Nabal?

  3. Mengapakah Daud menghantar beberapa orang pengikutnya untuk meminta bantuan daripada Nabal?

  4. Apakah yang dikatakan oleh Nabal kepada orang yang dihantar oleh Daud? Apakah yang dilakukan oleh Daud?

  5. Bagaimanakah Abigail menunjukkan bahawa dia seorang wanita yang bijak?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 22:1-4.

    Berdasarkan teladan baik keluarga Daud, bagaimanakah kita menyokong satu sama lain dalam kalangan persaudaraan Kristian kita? (Ams. 17:17; 1 Tes. 5:14)

  2. Baca 1 Samuel 25:1-43.

    1. Mengapakah Nabal digambarkan sebagai seorang lelaki yang hina? (1 Sam. 25:2-5, 10, 14, 21, 25)

    2. Apakah yang boleh dipelajari oleh isteri-isteri Kristian hari ini daripada teladan Abigail? (1 Sam. 25:32, 33; Ams. 31:26; Ef. 5:24)

    3. Abigail menghalang Daud daripada melakukan dua perkara yang buruk. Apakah perkara-perkara buruk yang dimaksudkan itu? (1 Sam. 25:31, 33; Rm. 12:19; Ef. 4:26)

    4. Bagaimanakah reaksi Daud terhadap kata-kata Abigail membantu kaum lelaki hari ini untuk mendapatkan pandangan yang sama seperti pandangan Yehuwa terhadap kaum wanita? (Kis. 21:8, 9, lihat nota kaki; Rm. 2:11; 1 Ptr. 3:7)

Cerita 61

Daud Dijadikan Raja

  1. Apakah yang dilakukan oleh Daud dan Abisai semasa Saul sedang tidur di dalam khemahnya?

  2. Apakah yang ditanyakan oleh Daud kepada Saul?

  3. Ke manakah Daud pergi selepas dia meninggalkan Saul?

  4. Apakah yang menyebabkan Daud berasa begitu sedih sehingga dia menulis sebuah lagu yang menyentuh hati?

  5. Berapakah umur Daud semasa dia menjadi raja di Hebron? Berikan nama beberapa orang anak lelakinya.

  6. Selepas itu, Daud mula memerintah sebagai raja di mana?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Samuel 26:1-25.

    1. Apakah sikap Daud terhadap aturan teokratik berdasarkan kata-katanya yang tercatat di 1 Samuel 26:11? (Mzm. 37:7; Rm. 13:2)

    2. Walaupun kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan kasih yang setia, bagaimanakah kata-kata Daud yang tercatat di 1 Samuel 26:23 membantu kita untuk mengekalkan pandangan yang betul apabila usaha kita tidak disambut dengan baik? (1 Raj. 8:32; Mzm. 18:21)

  2. Baca 2 Samuel 1:26.

    Bagaimanakah orang Kristian hari ini boleh “saling mengasihi dengan sepenuh hati” seperti Daud dan Yonatan? (1 Ptr. 4:8; Kol. 3:14; 1 Yoh. 4:12)

  3. Baca 2 Samuel 5:1-10.

    1. Daud memerintah sebagai raja untuk berapa lama? Bagaimanakah tempoh pemerintahannya dibahagikan? (2 Sam. 5:4, 5)

    2. Apakah yang menyumbang kepada keagungan Daud? Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada kisahnya dewasa ini? (2 Sam. 5:10; 1 Sam. 16:13; 1 Kor. 1:31; Flp. 4:13)

Cerita 62

Masalah dalam Rumah Tangga Daud

  1. Dengan bantuan Yehuwa, apakah yang akhirnya terjadi pada negeri Kanaan?

  2. Pada suatu petang, apakah yang berlaku apabila Daud berada di atas bumbung istananya?

  3. Mengapakah Yehuwa sangat marah kepada Daud?

  4. Berdasarkan gambar, siapakah yang dihantar oleh Yehuwa untuk memberitahu Daud tentang dosanya? Menurut lelaki itu, apakah yang akan berlaku kepada Daud?

  5. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Daud?

  6. Siapakah yang menjadi raja Israel selepas Daud?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Samuel 11:1-27.

    1. Bagaimanakah seseorang yang sentiasa sibuk dalam khidmatnya kepada Yehuwa dilindungi?

    2. Apakah yang menyebabkan Daud tergoda sehingga terjerumus ke dalam kancah dosa? Apakah peringatan yang boleh diambil oleh hamba-hamba Yehuwa hari ini daripada pengalaman Daud? (2 Sam. 11:2; Mat. 5:27-29; 1 Kor. 10:12; Yak. 1:14, 15)

  2. Baca 2 Samuel 12:1-18.

    1. Apakah pengajaran yang boleh diambil oleh para penatua dan ibu bapa daripada cara Natan memberikan nasihat kepada Daud? (2 Sam. 12:1-4; Ams. 12:18; Mat. 13:34)

    2. Mengapakah Yehuwa menunjukkan belas kasihan kepada Daud? (2 Sam. 12:13; Mzm. 32:5; 2 Kor. 7:9, 10)

Cerita 63

Raja Salomo yang Bijak

  1. Apakah yang ditanyakan oleh Yehuwa kepada Salomo? Apakah jawapan Salomo?

  2. Oleh sebab Yehuwa gembira dengan permintaan Salomo, apakah yang dijanjikan oleh Yehuwa kepadanya?

  3. Apakah masalah rumit yang dihadapi oleh dua orang wanita yang datang menghadap Salomo?

  4. Seperti apa yang adik nampak dalam gambar ini, bagaimanakah Salomo menyelesaikan masalah mereka?

  5. Apakah keadaan hidup rakyat Israel di bawah pemerintahan Salomo? Mengapa?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Raja-Raja 3:3-28.

    1. Berdasarkan kata-kata Salomo di 1 Raja-Raja 3:7, apakah yang boleh dipelajari oleh saudara-saudara yang diberikan tanggungjawab dalam organisasi Yehuwa hari ini? (Mzm. 119:105; Ams. 3:5, 6)

    2. Berdasarkan doa Salomo, apakah yang boleh kita pelajari tentang perkara-perkara yang sesuai didoakan? (1 Raj. 3:9, 11; Ams. 30:8, 9; 1 Yoh. 5:14)

    3. Cara Salomo menangani masalah antara kedua-dua orang wanita yang menghadapnya memberi kita keyakinan apa terhadap pemerintahan Salomo Yang Lebih Besar, iaitu Yesus Kristus? (1 Raj. 3:28; Yes. 9:5, 6; 11:2-4)

  2. Baca 1 Raja-Raja 4:29-34.

    1. Salomo berdoa supaya dia menjadi seorang raja yang taat kepada Yehuwa. Bagaimanakah Yehuwa menjawab doanya? (1 Raj. 4:29)

    2. Banyak masa dan tenaga telah dicurahkan oleh orang untuk mendengar kata-kata Salomo yang bijaksana. Memandangkan hal ini, apakah sikap yang patut kita ada terhadap pembelajaran Firman Tuhan? (1 Raj. 4:29, 34; Yoh. 17:3; 2 Tim. 3:16)

Cerita 64

Salomo Membina Rumah Tuhan

  1. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Salomo untuk membina Rumah Yehuwa? Mengapakah pembinaan Rumah Tuhan memerlukan begitu banyak wang?

  2. Berapa buah bilik utamakah yang didapati di dalam Rumah Tuhan? Apakah yang didapati di dalam bilik yang terletak di bahagian belakang Rumah Tuhan?

  3. Apakah yang diucapkan oleh Salomo dalam doanya apabila Rumah Tuhan siap dibina?

  4. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa Dia gembira dengan doa Salomo?

  5. Isteri-isteri Salomo berjaya memujuk Salomo untuk membuat apa? Apakah yang berlaku kepada Salomo?

  6. Mengapakah Yehuwa marah kepada Salomo? Dan apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepadanya?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Tawarikh 28:9, 10.

    Bagaimanakah kata-kata Daud di 1 Tawarikh 28:9, 10 harus mempengaruhi cara hidup kita? (Mzm. 19:15; Flp. 4:8, 9)

  2. Baca 2 Tawarikh 6:12-21, 32-42.

    1. Bagaimanakah Salomo menunjukkan bahawa bangunan yang dibina oleh manusia tidak dapat menampung Tuhan Yang Maha Kuasa? (2 Taw. 6:18; Kis. 17:24, 25)

    2. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Yehuwa daripada kata-kata Salomo di 2 Tawarikh 6:32, 33? (Kis. 10:34, 35; Gal. 2:6)

  3. Baca 2 Tawarikh 7:1-5.

    Hati orang Israel tergerak untuk memuji Yehuwa setelah melihat kemuliaan-Nya. Seperti mereka, bagaimanakah kita patut dipengaruhi apabila kita merenungkan berkat yang telah dicurahkan oleh Yehuwa ke atas umat-Nya? (2 Taw. 7:3; Mzm. 22:23; 34:2; 96:2)

  4. Baca 1 Raja-Raja 11:9-13.

    Bagaimanakah riwayat hidup Salomo menunjukkan pentingnya untuk setia kepada Yehuwa sampai akhir hayat kita? (1 Raj. 11:4, 9, 10; Mat. 10:22; Pny. 2:10)

Cerita 65

Sebuah Kerajaan Dibahagikan

  1. Siapakah nama kedua-dua orang lelaki di dalam gambar? Siapakah mereka?

  2. Apakah yang dilakukan oleh Ahia dengan jubah yang dipakainya? Perbuatannya itu melambangkan apa?

  3. Apakah yang cuba dilakukan oleh Salomo terhadap Yerobeam?

  4. Mengapakah orang Israel menjadikan Yerobeam raja kerajaan sepuluh suku bangsa Israel?

  5. Mengapakah Yerobeam membuat dua buah patung anak lembu emas? Kemudian, apakah yang berlaku di wilayah itu?

  6. Apakah yang berlaku kepada kerajaan dua suku bangsa Israel? Apakah yang berlaku pada Rumah Yehuwa di Yerusalem?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Raja-Raja 11:26-43.

    Ceritakan perihal Yerobeam. Apakah berkat-berkat yang dijanjikan oleh Yehuwa kepada Yerobeam jika dia mematuhi hukum-hukum-Nya? (1 Raj. 11:28, 38)

  2. Baca 1 Raja-Raja 12:1-33.

    1. Daripada contoh buruk Rehabeam, apakah yang boleh dipelajari oleh ibu bapa dan para penatua tentang penyalahgunaan kuasa? (1 Raj. 12:13, 14; Pkh. 7:7; 1 Ptr. 5:2, 3)

    2. Semasa pemuda-pemudi membuat keputusan yang besar dalam kehidupan mereka, mereka patut mendapat bimbingan siapa? (1 Raj. 12:6, 7; Ams. 1:8, 9; 2 Tim. 3:16, 17; Ibr. 13:7)

    3. Apakah yang mendorong Yerobeam untuk mendirikan dua buah tempat untuk menyembah patung anak lembu? Bagaimanakah tindakannya menunjukkan kepercayaannya yang tipis terhadap Yehuwa? (1 Raj. 11:37; 12:26-28)

    4. Siapakah yang mengetuai rakyat kerajaan sepuluh suku bangsa Israel dalam pemberontakan menentang penyembahan sejati? (1 Raj. 12:32, 33)

Cerita 66

Izebel—Permaisuri yang Fasiq

  1. Siapakah Izebel?

  2. Pada suatu hari, mengapakah Raja Ahab berasa sedih?

  3. Apakah yang dilakukan oleh Izebel supaya suaminya, Ahab boleh mendapatkan ladang anggur Nabot?

  4. Siapakah yang dihantar oleh Yehuwa untuk menghukum Izebel?

  5. Berdasarkan gambar, apakah yang berlaku apabila Yehu tiba di istana Izebel?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Raja-Raja 16:29-33 dan 18:3, 4.

    Ceritakan betapa buruknya keadaan di Israel sepanjang pemerintahan Raja Ahab. (1 Raj. 14:9)

  2. Baca 1 Raja-Raja 21:1-16.

    1. Bagaimanakah Nabot menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang berani? Bagaimanakah dia menunjukkan kesetiaannya kepada Yehuwa? (1 Raj. 21:1-3; Im. 25:23-28)

    2. Daripada pengalaman Ahab, apakah yang patut kita lakukan apabila kita menghadapi kekecewaan dalam hidup? (1 Raj. 21:4; Rm. 5:3-5)

  3. Baca 2 Raja-Raja 9:30-37.

    Yehu melaksanakan kehendak Yehuwa dengan semangat yang berbara. Apakah yang boleh kita pelajari daripadanya? (2 Raj. 9:4-10; 2 Kor. 9:1, 2; 2 Tim. 4:2)

Cerita 67

Yosafat Percaya pada Yehuwa

  1. Siapakah Yosafat? Dia hidup sezaman dengan siapa?

  2. Mengapakah orang Israel berasa takut dan apakah yang dilakukan oleh mereka?

  3. Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa sebagai jawapan kepada doa Yosafat?

  4. Apakah yang dilakukan oleh Yehuwa sebelum pertempuran itu bermula?

  5. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada Yosafat?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Tawarikh 20:1-30.

    1. Berdasarkan pengalaman Yosafat, apakah yang patut dilakukan oleh hamba-hamba Tuhan yang setia apabila mereka berhadapan dengan situasi yang mengancam? (2 Taw. 20:12; Mzm. 25:15; 62:2)

    2. Yehuwa selalu menggunakan satu saluran yang tertentu untuk berkomunikasi dengan umat-Nya. Apakah saluran yang digunakan oleh Yehuwa hari ini? (2 Taw. 20:14, 15; Mat. 24:45-47; Yoh. 15:15)

    3. Bagaimanakah situasi kita semasa perang hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa bermula mirip dengan situasi Yosafat? (2 Taw. 20:15, 17; 32:8; Pny. 16:14, 16)

    4. Hari ini, para perintis di seberang laut dan perintis-perintis lain meniru teladan para Lewi. Apakah sumbangan yang diberikan oleh perintis-perintis ini kepada kerja penyebaran yang dijalankan di seluruh dunia? (2 Taw. 20:19, 21; Rm. 10:13-15; 2 Tim. 4:2)

Cerita 68

Dua Budak Hidup Semula

  1. Siapakah ketiga-tiga orang dalam gambar ini? Apakah yang berlaku kepada budak lelaki ini?

  2. Apakah yang didoakan oleh Elia berkaitan dengan budak lelaki ini? Selepas itu, apakah yang berlaku?

  3. Siapakah nama pembantu Elia?

  4. Mengapakah seorang wanita di Sunem meminta Elisa datang ke rumahnya?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Elisa di sana? Apakah yang berlaku kepada budak yang telah meninggal?

  6. Seperti apa yang ditunjukkan oleh Elia dan Elisa, Yehuwa mempunyai kuasa untuk membuat apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Raja-Raja 17:8-24.

    1. Bagaimanakah ketaatan dan kepercayaan Elia diuji? (1 Raj. 17:9; 19:1-4, 10)

    2. Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa kepercayaan yang diperlihatkan oleh balu dari Sarfat adalah luar biasa? (1 Raj. 17:12-16; Luk. 4:25, 26)

    3. Bagaimanakah pengalaman balu dari Sarfat membuktikan kebenaran kata-kata Yesus yang tercatat di Matius 10:41, 42? (1 Raj. 17:10-12, 17, 23, 24)

  2. Baca 2 Raja-Raja 4:8-37.

    1. Berkaitan dengan sifat suka menyambut tetamu dengan ramah, apakah yang boleh kita pelajari daripada contoh wanita Sunem? (2 Raj. 4:8; Luk. 6:38; Rm. 12:13; 1 Yoh. 3:17)

    2. Bagaimanakah kita dapat berbuat baik kepada hamba-hamba Tuhan hari ini? (Kis. 20:35; 28:1, 2; Gal. 6:9, 10; Ibr. 6:10)

Cerita 69

Gadis Membantu Lelaki yang Berkuasa

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang diberitahu oleh budak perempuan ini kepada wanita ini?

  2. Siapakah wanita dalam gambar ini? Mengapakah budak perempuan ini berada di rumah wanita ini?

  3. Elisa menghantar pembantunya untuk memberitahu Naaman apa? Mengapakah Naaman menjadi marah?

  4. Apakah yang berlaku apabila Naaman mengikut kata-kata hambanya?

  5. Mengapakah Elisa enggan menerima hadiah-hadiah Naaman? Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Gehazi?

  6. Apakah yang berlaku kepada Gehazi? Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Raja-Raja 5:1-27.

    1. Bagaimanakah contoh gadis Israel ini menggalakkan pemuda-pemudi hari ini? (2 Raj. 5:3; Mzm. 8:2, 3; 148:12, 13)

    2. Mengapakah contoh Naaman patut diingati apabila kita menerima teguran yang didasarkan pada prinsip-prinsip Bible? (2 Raj. 5:15; Ibr. 12:5, 6; Yak. 4:6)

    3. Apakah yang boleh kita pelajari apabila kita membandingkan contoh Elisa dengan contoh Gehazi? (2 Raj. 5:9, 10, 14-16, 20; Mat. 10:8; Kis. 5:1-5; 2 Kor. 2:17)

Cerita 70

Yunus dan Ikan Besar

  1. Siapakah Yunus? Yehuwa menyuruh Yunus membuat apa?

  2. Oleh sebab Yunus enggan pergi ke Niniwe, apakah yang dilakukan olehnya?

  3. Menurut Yunus, apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak kapal agar ribut itu berhenti?

  4. Seperti yang adik boleh nampak dalam gambar, apakah yang berlaku ketika Yunus sedang tenggelam ke dalam laut?

  5. Berapa lamakah Yunus berada di dalam perut ikan yang besar itu? Apakah yang dibuat oleh Yunus di dalam perut ikan?

  6. Setelah dimuntahkan keluar oleh ikan yang besar itu, ke manakah Yunus pergi? Apakah yang boleh kita belajar daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yunus 1:1-17.

    Apakah perasaan Yunus terhadap tugasnya untuk menyebarkan berita penghakiman Yehuwa di Niniwe? (Yun. 1:2, 3; Ams. 3:7; Pkh. 8:12)

  2. Baca Yunus 2:1, 2, 10.

    Bagaimanakah pengalaman Yunus memberi kita keyakinan bahawa Yehuwa akan menjawab doa-doa kita? (Mzm. 22:25; 34:7; 1 Yoh. 5:14)

  3. Baca Yunus 3:1-10.

    1. Walaupun pada mulanya Yunus gagal menjalankan tugasnya, Yehuwa masih menggunakannya untuk melaksanakan kehendak-Nya. Apakah galakan yang boleh kita dapat daripada pengalaman Yunus? (Mzm. 103:14; 1 Ptr. 5:10)

    2. Yunus membuat kesimpulan yang salah tentang orang di Niniwe. Apakah yang boleh kita pelajari daripada pengalaman Yunus tentang orang di kawasan penyebaran kita? (Yun. 3:6-9; Pkh. 11:6; Kis. 13:48)

Cerita 71

Tuhan Menjanjikan Sebuah Firdaus

  1. Siapakah Yesaya? Dia hidup selepas siapa? Apakah yang ditunjukkan oleh Yehuwa kepadanya?

  2. Apakah erti kata “firdaus”? Gambar firdaus ini mengingatkan adik tentang apa?

  3. Apakah yang ditulis oleh Yesaya tentang Firdaus yang baru seperti yang disuruh oleh Yehuwa?

  4. Mengapakah Adam dan Hawa kehilangan tempat kediaman mereka yang indah itu?

  5. Apakah yang dijanjikan oleh Yehuwa kepada mereka yang mengasihi-Nya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yesaya 11:6-9.

    1. Bagaimanakah Firman Tuhan menggambarkan kedamaian yang akan wujud antara manusia dan binatang di dunia baru? (Mzm. 148:10, 13; Yes. 65:25; Yeh. 34:25)

    2. Dari segi rohani, bagaimanakah nubuat Yesaya digenapi dalam kalangan umat Yehuwa dewasa ini? (Rm. 12:2; Ef. 4:23, 24)

    3. Siapakah yang patut diberi pujian untuk perubahan yang dibuat dalam keperibadian manusia sekarang dan di dunia baru yang bakal datang? (Yes. 48:17, 18; Gal. 5:22, 23; Flp. 4:7)

  2. Baca Penyingkapan 21:3, 4.

    1. Bagaimanakah ayat-ayat dalam Bible menunjukkan bahawa Tuhan akan tinggal bersama-sama manusia secara simbolik dan bukannya di bumi secara harfiah? (Im. 26:11, 12; 2 Taw. 6:18; Yes. 66:1; Pny. 21:2, 3, 22-24)

    2. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan tangisan dan kesakitan sekarang yang akan dilenyapkan di dunia baru? (Luk. 8:49-52; Rm. 8:21, 22; Pny. 21:4)

Cerita 72

Tuhan Membantu Raja Hizkia

  1. Siapakah lelaki dalam gambar ini? Mengapakah dia menghadapi masalah yang besar?

  2. Apakah surat-surat yang diletakkan oleh Hizkia di hadapan mazbah Tuhan? Hizkia berdoa untuk apa?

  3. Adakah Hizkia seorang raja yang baik? Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepadanya melalui seorang penubuat yang bernama Yesaya?

  4. Berdasarkan gambar, apakah yang telah dilakukan oleh malaikat Yehuwa terhadap askar-askar Asyur?

  5. Walaupun rakyat kerajaan dua suku bangsa Israel hidup aman untuk suatu jangka masa, apakah yang berlaku selepas Hizkia mati?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Raja-Raja 18:1-36.

    1. Bagaimanakah jurucakap orang Asyur berusaha melemahkan kepercayaan orang Israel? (2 Raj. 18:19, 21; Kel. 5:2; Mzm. 64:4)

    2. Apabila berurusan dengan orang yang menentang penyembahan sejati, bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa mengikut teladan Hizkia? (2 Raj. 18:36; Mzm. 39:2; Ams. 26:4; 2 Tim. 2:24)

  2. Baca 2 Raja-Raja 19:1-37.

    1. Hari ini, apabila umat Yehuwa menderita, bagaimanakah mereka boleh mengikut contoh Hizkia? (2 Raj. 19:1, 2; Ams. 3:5, 6; Ibr. 10:24, 25; Yak. 5:14, 15)

    2. Apakah tiga tamparan hebat yang dialami oleh Raja Sanherib daripada kekalahannya? Dia menggambarkan siapa? (2 Raj. 19:32, 35, 37; Pny. 20:2, 3)

  3. Baca 2 Raja-Raja 21:1-6, 16.

    Dalam kalangan raja-raja yang pernah memerintah di Yerusalem, mengapakah Manasye boleh dikatakan seorang raja yang sangat fasiq? (2 Taw. 33:4-6, 9)

Cerita 73

Raja Baik yang Terakhir di Israel

  1. Berapakah umur Yosia apabila dia menjadi raja? Apabila Yosia telah memerintah sebagai raja selama tujuh tahun, apakah yang mula dilakukan olehnya?

  2. Apakah yang sedang dilakukan oleh Yosia dalam gambar pertama?

  3. Semasa kerja membaik pulih Rumah Tuhan dilakukan, apakah yang dijumpai oleh penghentar agung?

  4. Mengapakah Yosia mengoyakkan pakaiannya?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa kepada Yosia melalui seorang penubuat wanita yang bernama Hulda?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Tawarikh 34:1-28.

    1. Apakah teladan baik yang disediakan oleh Yosia untuk mereka yang pernah mengalami zaman kanak-kanak yang susah? (2 Taw. 33:21-25; 34:1, 2; Mzm. 27:10)

    2. Apakah langkah-langkah penting yang diambil oleh Yosia untuk memajukan penyembahan sejati pada tahun ke-8, ke-12, dan ke-18 pemerintahannya? (2 Taw. 34:3, 8)

    3. Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada teladan Raja Yosia dan Penghentar Agung Hilkia berhubung dengan penyelenggaraan tempat penyembahan kita? (2 Taw. 34:9-13; Ams. 11:14; 1 Kor. 10:31)

Cerita 74

Lelaki yang Tidak Takut

  1. Siapakah pemuda dalam gambar ini?

  2. Apakah perasaan Yeremia apabila dia disuruh oleh Yehuwa untuk menjadi seorang penubuat? Walau bagaimanapun, apakah yang diberitahu oleh Yehuwa kepadanya?

  3. Amaran apakah yang disampaikan oleh Yeremia kepada orang Israel berkali-kali?

  4. Bagaimanakah penghentar-penghentar mencuba menghalang usaha Yeremia? Bagaimanakah Yeremia menunjukkan bahawa dia tidak takut akan mereka?

  5. Apakah yang berlaku kepada orang Israel apabila mereka tidak mengubah sikap buruk mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yeremia 1:1-8.

    1. Seperti yang diperlihatkan oleh Yeremia, apakah yang melayakkan seseorang untuk berkhidmat kepada Yehuwa? (2 Kor. 3:5, 6)

    2. Bagaimanakah teladan Yeremia menggalakkan pemuda-pemudi Kristian hari ini? (Pkh. 12:1; 1 Tim. 4:12)

  2. Baca Yeremia 10:1-5.

    Apakah perumpamaan yang baik yang digunakan oleh Yeremia untuk menunjukkan bahawa mempercayai patung-patung berhala ialah perbuatan yang sia-sia sahaja? (Yer. 10:5; Yes. 46:7; Hab. 2:19)

  3. Baca Yeremia 26:1-16.

    1. Yehuwa memberitahu Yeremia bahawa dia tidak boleh ‘mengurangi sepatah kata pun’ semasa mengumumkan amaran-Nya. Bagaimanakah saki-baki kaum terurap meniru teladan Yeremia? (Yer. 26:2; Ul. 4:2; Kis. 20:27)

    2. Apakah teladan baik yang diberikan oleh Yeremia kepada Saksi-Saksi Yehuwa hari ini dalam hal menyerantakan amaran Yehuwa kepada bangsa-bangsa yang lain? (Yer. 26:8, 12, 14, 15; 2 Tim. 4:1-5)

  4. Baca 2 Raja-Raja 24:1-17.

    Ketidaksetiaan orang Yehuda kepada Yehuwa mendatangkan akibat apa? (2 Raj. 24:2-4, 14)

Cerita 75

Empat Pemuda di Babilon

  1. Siapakah keempat-empat orang pemuda dalam gambar ini? Mengapakah mereka berada di Babilon?

  2. Apakah rancangan Nebukadnezar bagi keempat-empat orang pemuda ini? Apakah arahan Nebukadnezar kepada hamba-hambanya?

  3. Apakah permintaan Daniel berhubung dengan makanan dan minuman bagi dirinya dan tiga orang kawannya?

  4. Selepas Daniel dan tiga orang kawannya makan sayur-sayuran selama sepuluh hari, siapakah yang lebih sihat—Daniel dan kawan-kawannya atau pemuda-pemuda yang lain?

  5. Mengapakah Daniel dan tiga orang kawannya berada di istana raja? Bandingkan Daniel dan tiga orang kawannya dengan semua penghentar dan orang berilmu Nebukadnezar.

Soalan tambahan:

  1. Baca Daniel 1:1-21.

    1. Usaha apakah yang harus dicurahkan untuk melawan godaan dan mengatasi kelemahan kita? (Dan. 1:8; Kej. 39:7, 10; Gal. 6:9)

    2. Bagaimanakah belia hari ini digoda atau didesak untuk menjamah apa yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai ‘hidangan mewah’? (Dan. 1:8; Ams. 20:1; 2 Kor. 6:17–7:1)

    3. Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah empat orang belia Ibrani ini tentang usaha menimba ilmu sekular? (Dan. 1:20; Yes. 54:13; 1 Kor. 3:18-20)

Cerita 76

Yerusalem Dimusnahkan

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang berlaku kepada Yerusalem dan orang Israel?

  2. Siapakah Yehezkiel? Apakah perkara-perkara mengejutkan yang ditunjukkan oleh Yehuwa kepadanya?

  3. Orang Israel tidak menghormati Yehuwa. Oleh itu, apakah yang akan dilakukan oleh Yehuwa terhadap mereka?

  4. Apakah yang dilakukan oleh Raja Nebukadnezar selepas orang Israel memberontak menentangnya?

  5. Mengapakah Yehuwa mengizinkan kemusnahan yang dahsyat ini untuk menimpa orang Israel?

  6. Apakah yang menyebabkan negeri Israel tidak berpenghuni? Untuk berapa lama?

Soalan tambahan:

  1. Baca 2 Raja-Raja 25:1-26.

    1. Siapakah Zedekia dan apakah yang berlaku kepadanya? Bagaimanakah hal ini menggenapi nubuat dalam Bible? (2 Raj. 25:5-7; Yeh. 12:13-15)

    2. Pada pandangan Yehuwa, siapakah yang bertanggungjawab ke atas ketidaksetiaan orang Israel? (2 Raj. 25:9, 11, 12, 18, 19; 2 Taw. 36:14, 17)

  2. Baca Yehezkiel 8:1-18.

    Bagaimanakah agama Kristian yang palsu meniru kelakuan orang Israel murtad yang menyembah matahari? (Yeh. 8:16; Yes. 5:20, 21; Yoh. 3:19-21; 2 Tim. 4:3)

Cerita 77

Mereka Enggan Bersujud

  1. Apakah perintah yang diberikan oleh Raja Nebukadnezar kepada rakyatnya?

  2. Mengapakah ketiga-tiga orang kawan Daniel tidak bersujud menyembah patung emas itu?

  3. Apabila Nebukadnezar memberi ketiga-tiga orang pemuda Ibrani satu lagi peluang untuk menyembah patung itu, bagaimanakah mereka menunjukkan bahawa mereka percaya pada Yehuwa?

  4. Nebukadnezar mengarahkan askar-askarnya untuk melakukan apa terhadap Sadrakh, Mesakh, dan Abednego?

  5. Apabila Nebukadnezar melihat ke dalam relau berapi, apakah yang dilihat oleh dia?

  6. Mengapakah Raja Nebukadnezar memuji Tuhan yang disembah oleh Sadrakh, Mesakh, dan Abednego? Apakah teladan baik yang telah diberikan oleh mereka kepada kita?

Soalan tambahan:

  1. Baca Daniel 3:1-30.

    1. Apabila integriti ketiga-tiga orang pemuda Ibrani diuji, apakah sikap yang diperlihatkan oleh mereka yang patut ditiru oleh semua hamba Tuhan? (Dan. 3:17, 18; Mat. 10:28; Rm. 14:7, 8)

    2. Apakah pengajaran penting yang diajarkan oleh Tuhan Yehuwa kepada Nebukadnezar? (Dan. 3:28, 29; 4:34, 35)

Cerita 78

Tulisan pada Dinding

  1. Apakah yang berlaku apabila raja Babilon mengadakan sebuah jamuan yang besar dan menggunakan cawan-cawan dan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah Yehuwa di Yerusalem?

  2. Apakah yang dikatakan oleh Belsyazar kepada orang berilmunya? Dapatkah mereka melakukan apa yang disuruh oleh Belsyazar?

  3. Ibu raja menyuruh raja melakukan apa?

  4. Menurut kata-kata Daniel kepada Raja Belsyazar, mengapakah Tuhan menyebabkan tangan itu menulis pada dinding?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Daniel untuk menjelaskan erti tulisan pada dinding?

  6. Apakah yang berlaku semasa Daniel masih bercakap?

Soalan tambahan:

  1. Baca Daniel 5:1-30.

    1. Apakah perbezaan antara rasa takut yang soleh dengan ketakutan yang dirasai oleh Belsyazar apabila dia nampak tulisan pada dinding? (Dan. 5:6, 7; Ams. 9:10; Rm. 8:35-39)

    2. Bagaimanakah Daniel menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang berani semasa dia bercakap kepada Belsyazar dan orang kenamaannya? (Dan. 5:17, 18, lihat juga nota kaki, 22, 26-28; Kis. 4:29)

    3. Bagaimanakah kedaulatan Yehuwa di alam semesta ditekankan di Daniel bab 5? (Dan. 4:17, 25; 5:21)

Cerita 79

Daniel di dalam Lubang Singa

  1. Siapakah Darius? Apakah pandangannya terhadap Daniel?

  2. Pegawai-pegawai di dalam kerajaan Darius yang cemburu akan Daniel berjaya mendapatkan Darius untuk membuat apa?

  3. Apabila Daniel mengetahui tentang undang-undang baru yang telah diluluskan, apakah yang dilakukan olehnya?

  4. Mengapakah Darius berasa begitu gelisah sehingga dia tidak dapat tidur? Apakah yang dilakukan olehnya pada keesokan paginya?

  5. Bagaimanakah Daniel menjawab pertanyaan Darius?

  6. Apakah yang berlaku kepada kumpulan lelaki yang jahat yang mencuba membunuh Daniel? Apakah yang tercatat dalam surat yang ditulis oleh Darius kepada semua orang dalam kerajaannya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Daniel 6:1-29.

    1. Bagaimanakah komplot untuk menentang Daniel mengingatkan kita tentang apa yang telah dilakukan oleh penentang kebenaran yang cuba menumpaskan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa pada zaman moden ini? (Dan. 6:8; Mzm. 94:20; Yes. 10:1; Rm. 8:31)

    2. Hari ini, bagaimanakah hamba-hamba Tuhan dapat meniru sikap Daniel yang “taat kepada pemerintah”? (Dan. 6:6, 11; Rm. 13:1; Kis. 5:29)

    3. Bagaimanakah kita dapat meniru Daniel yang berkhidmat kepada Yehuwa dengan setia? (Dan. 6:17, 21; Flp. 3:16; Pny. 7:15)

Cerita 80

Umat Tuhan Meninggalkan Babilon

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang dilakukan oleh orang Israel?

  2. Bagaimanakah Kores melakukan apa yang dinubuatkan tentangnya?

  3. Apakah yang diberitahu oleh Kores kepada orang Israel yang tidak dapat pulang ke Yerusalem?

  4. Apakah yang diberikan oleh Kores kepada orang Israel untuk dibawa pulang ke Yerusalem?

  5. Berapa lamakah masa yang diambil oleh orang Israel untuk pulang ke Yerusalem?

  6. Berapa tahunkah yang telah berlalu semenjak negeri itu dibiarkan kosong tanpa dihuni orang?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yesaya 44:28 dan 45:1-4.

    1. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa nubuat tentang Kores pasti akan digenapi? (Yes. 55:10, 11; Rm. 4:17)

    2. Daripada nubuat Yesaya tentang Kores, apakah yang boleh kita pelajari tentang keupayaan Tuhan Yehuwa untuk bernubuat tentang masa hadapan? (Yes. 42:9; 45:21; 46:10, 11; 2 Ptr. 1:20)

  2. Baca Ezra 1:1-11.

    Mengikut teladan mereka yang tidak dapat kembali ke Yerusalem, bagaimanakah kita boleh menyokong mereka yang dapat berkhidmat sepenuh masa kepada Yehuwa hari ini? (Ezr. 1:4, 6; Rm. 12:13; Kol. 4:12)

Cerita 81

Percaya akan Bantuan Tuhan

  1. Berapa ramai orangkah yang menyertai perjalanan dari Babilon ke Yerusalem? Apakah yang didapati oleh mereka apabila mereka sampai di sana?

  2. Apakah yang dibina oleh orang Israel selepas mereka sampai di Yerusalem? Tetapi, apakah yang dilakukan oleh musuh-musuh mereka?

  3. Siapakah Hagai dan Zakharia? Mereka menyuruh orang Israel membuat apa?

  4. Mengapakah Tatnai menghantar sepucuk surat ke Babilon? Apakah jawapan yang diterima oleh Tatnai?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Ezra apabila dia tahu bahawa Rumah Tuhan perlu dibaiki?

  6. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang didoakan oleh Ezra, dan bagaimanakah doanya dijawab? Apakah yang boleh kita pelajari daripada pengalamannya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Ezra 3:1-13.

    Jika kita berpindah ke sebuah kawasan yang tidak mempunyai sidang Saksi-Saksi Yehuwa, apakah yang tidak patut kita abaikan? (Ezr. 3:3, 6; Kis. 17:16, 17; Ibr. 13:15)

  2. Baca Ezra 4:1-7.

    Apakah contoh yang diberikan oleh Zerubabel berkenaan penyertaan umat Yehuwa dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agama-agama yang lain? (Kel. 34:12; 1 Kor. 15:33; 2 Kor. 6:14-17)

  3. Baca Ezra 5:1-5, 17 dan 6:1-22.

    1. Mengapakah penentang-penentang umat Tuhan tidak dapat menghentikan kerja pembinaan Rumah Tuhan? (Ezr. 5:5; Yes. 54:17)

    2. Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh tua-tua Yahudi menggalakkan penatua-penatua Kristian hari ini untuk mendapatkan bantuan Yehuwa semasa menghadapi tentangan? (Ezr. 6:14; Mzm. 32:8; Rm. 8:31; Yak. 1:5)

  4. Baca Ezra 8:21-23, 28-36.

    Berdasarkan teladan Ezra, apakah yang perlu kita lakukan sebelum membuat keputusan dalam hidup kita? (Ezr. 8:23; Mzm. 127:1; Ams. 10:22; Yak. 4:13-15)

Cerita 82

Mordekhai dan Ester

  1. Siapakah Mordekhai dan Ester?

  2. Mengapakah Raja Ahasyweros mahu seorang isteri yang baru? Siapakah yang dipilihnya?

  3. Siapakah Haman? Apakah yang membuat Haman menjadi sangat marah?

  4. Apakah undang-undang yang dibuat oleh Raja Ahasyweros? Apakah yang dilakukan oleh Ester selepas dia menerima pesanan Mordekhai?

  5. Apakah yang berlaku kepada Haman? Apakah yang berlaku kepada Mordekhai?

  6. Bagaimanakah orang Israel diselamatkan daripada musuh-musuh mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Ester 2:12-18.

    Bagaimanakah Ester menunjukkan pentingnya untuk memupuk “budi pekerti yang lembut”? (Est. 2:15; 1 Ptr. 3:1-5)

  2. Baca Ester 4:1-17.

    Sepertimana Ester diberi peluang untuk bertindak bagi pihak umat Tuhan, apakah peluang yang terbuka kepada kita untuk menunjukkan kasih dan kesetiaan kita kepada Yehuwa dewasa ini? (Est. 4:13, 14; Mat. 5:14-16; 24:14)

  3. Baca Ester 7:1-6.

    Bagaimanakah banyak orang Kristian hari ini sanggup membahayakan diri demi kebenaran sepertimana yang telah dilakukan oleh Ester? (Est. 7:4; Mat. 10:16-22; 1 Ptr. 2:12)

Cerita 83

Tembok Yerusalem

  1. Apakah perasaan orang Israel yang tinggal di kota Yerusalem tanpa tembok di sekeliling kota mereka?

  2. Siapakah Nehemia?

  3. Apakah pekerjaan Nehemia, dan mengapakah kerjanya penting?

  4. Apakah berita yang menyebabkan Nehemia berasa sedih? Jadi, apakah yang dilakukan olehnya?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Artahsasta yang menunjukkan bahawa dia baik hati terhadap Nehemia?

  6. Bagaimanakah Nehemia menguruskan kerja pembinaan supaya musuh-musuh orang Israel tidak dapat menghentikan kerja pembinaan mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Nehemia 1:4-6 dan 2:1-20.

    Bagaimanakah Nehemia meminta bimbingan daripada Yehuwa? (Neh. 2:4, 5; Rm. 12:12; 1 Ptr. 4:7)

  2. Baca Nehemia 3:3-5.

    Sikap orang Tekoa berbeza daripada sikap para pemimpin mereka. Apakah pengajaran yang boleh diambil oleh para penatua dan pembantu-pembantu sidang daripada hal ini? (Neh. 3:5, 27; 2 Tes. 3:7-10; 1 Ptr. 5:5)

  3. Baca Nehemia 4:1-23.

    1. Apakah yang menggerakkan orang Israel untuk meneruskan kerja pembinaan mereka walaupun mereka menghadapi tentangan yang kuat? (Neh. 4:6, 8, 9; Mzm. 50:15; Yes. 65:13, 14)

    2. Bagaimanakah teladan baik orang Israel dapat menggalakkan kita hari ini?

  4. Baca Nehemia 6:15.

    Bagaimanakah cerita tembok Yerusalem yang siap dibina dalam masa dua bulan menunjukkan pentingnya bagi seseorang untuk memiliki kepercayaan yang kuat? (Mzm. 56:4, 5; Mat. 17:20; 19:26)

Cerita 84

Malaikat Melawat Maria

  1. Siapakah wanita di dalam gambar?

  2. Apakah yang diberitahu oleh Gabriel kepada Maria?

  3. Apakah yang dikatakan oleh Gabriel kepada Maria untuk menjelaskan bagaimana Maria boleh melahirkan seorang anak walaupun dia tidak pernah hidup bersama-sama seorang lelaki?

  4. Apakah yang berlaku apabila Maria melawat saudaranya yang bernama Elisabet?

  5. Apakah yang difikirkan oleh Yusuf apabila dia tahu bahawa Maria sedang mengandung? Tetapi, mengapakah dia mengubah fikirannya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Lukas 1:26-56.

    1. Adakah Anak Tuhan mewarisi ketidaksempurnaan daripada Adam apabila nyawanya dipindahkan ke dalam rahim Maria? Bagaimanakah hal ini dijelaskan di Lukas 1:35? (Hag. 2:11-13; Ibr. 7:26; 10:5)

    2. Bagaimanakah Yesus diberi penghormatan sebelum dia dilahirkan? (Luk. 1:32, 33)

    3. Hari ini, bagaimanakah orang Kristian yang diberikan peluang khas untuk berkhidmat kepada Yehuwa dapat mencontohi teladan baik Maria? (Luk. 1:38, 46-49; 17:10; Ams. 11:2)

  2. Baca Matius 1:18-25.

    Walaupun Yesus tidak dinamai Imanuel, bagaimanakah peranannya di bumi sebagai seorang manusia sesuai dengan erti nama itu? (Mat. 1:22, 23; Ibr. 1:1-3)

Cerita 85

Yesus Dilahirkan dalam Kandang

  1. Siapakah bayi kecil di dalam gambar ini? Di manakah Maria meletakkannya?

  2. Mengapakah Yesus dilahirkan di dalam sebuah kandang?

  3. Berdasarkan gambar, siapakah yang datang mengunjungi Yesus? Apakah yang telah diberitahu oleh malaikat kepada mereka?

  4. Mengapakah Yesus seorang manusia yang istimewa?

  5. Mengapakah Yesus boleh dipanggil Anak Tuhan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Lukas 2:1-20.

    1. Apakah peranan Kaisar Agustus dalam penggenapan nubuat yang berkaitan dengan kelahiran Yesus? (Luk. 2:1-4; Mi. 5:1)

    2. Bagaimanakah seorang individu boleh tergolong dalam kumpulan orang yang dipanggil “manusia yang menyenangkan hati [Tuhan]”? (Luk. 2:14; Mat. 16:24; Yoh. 17:3; Kis. 3:19; Ibr. 11:6)

    3. Jika gembala-gembala Yehuda yang rendah hati mempunyai alasan untuk bersukacita atas kelahiran seorang Penyelamat, apakah alasan yang lebih baik bagi hamba-hamba Tuhan untuk bersukacita hari ini? (Ef. 3:8, 9; Pny. 11:15; 14:6)

Cerita 86

Bintang Menunjukkan Jalan

  1. Siapakah penunggang-penunggang unta di dalam gambar ini? Mengapakah salah seorang lelaki sedang menunjuk ke arah sebuah bintang yang terang?

  2. Mengapakah Raja Herodes menjadi gelisah? Jadi, apakah yang dilakukan olehnya?

  3. Bintang yang terang itu membawa mereka ke mana? Mengapakah mereka menggunakan jalan yang lain untuk pulang ke tanah air mereka?

  4. Apakah perintah yang diberikan oleh Herodes dan mengapa?

  5. Yehuwa menyuruh Yusuf membuat apa?

  6. Siapakah yang menyebabkan bintang baru itu bersinar, dan mengapa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 2:1-23.

    Berapakah umur Yesus dan di manakah dia tinggal apabila ahli-ahli nujum melawatnya? (Mat. 2:1, 11, 16)

Cerita 87

Yesus di Rumah Tuhan

  1. Berapakah umur Yesus sekarang? Dia berada di mana?

  2. Setiap tahun, apakah yang dilakukan oleh Yusuf bersama-sama keluarganya?

  3. Semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Nasaret, mengapakah Yusuf dan Maria berpatah balik ke Yerusalem?

  4. Di manakah Yusuf dan Maria menjumpai Yesus? Mengapakah semua orang di sana sangat kagum dengan Yesus?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada ibunya, Maria?

  6. Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Yesus dalam usahanya untuk belajar tentang Tuhan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Lukas 2:41-52.

    1. Walaupun kaum lelaki sahaja diwajibkan untuk menghadiri perayaan tahunan di bawah Hukum Musa, apakah teladan yang disediakan oleh Yusuf dan Maria kepada ibu bapa masa kini? (Luk. 2:41; Ul. 16:16; 31:12; Ams. 22:6)

    2. Bagaimanakah Yesus yang mentaati ibu bapanya menjadi contoh yang baik bagi orang muda hari ini? (Luk. 2:51; Ul. 5:16; Ams. 23:22; Kol. 3:20)

  2. Baca Matius 13:53-56.

    Siapakah empat orang adik lelaki Yesus yang dinamakan dalam Bible? Apakah tanggungjawab dua orang adik lelakinya dalam sidang Kristian? (Mat. 13:55; Kis. 12:17; 15:6, 13; 21:18; Gal. 1:19; Yak. 1:1; Yud. 1)

Cerita 88

Yohanes Membaptiskan Yesus

  1. Siapakah kedua-dua orang lelaki di dalam gambar ini?

  2. Bagaimanakah seseorang dibaptiskan?

  3. Biasanya, Yohanes membaptiskan siapa?

  4. Apakah sebabnya Yesus meminta Yohanes untuk membaptiskannya?

  5. Bagaimanakah Tuhan menunjukkan bahawa Dia senang hati dengan pembaptisan Yesus?

  6. Apakah yang berlaku apabila Yesus pergi ke sebuah tempat yang sunyi selama 40 hari?

  7. Siapakah pengikut-pengikut, atau murid-murid Yesus yang pertama? Apakah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 3:13-17

    Apakah pola yang telah disediakan oleh Yesus untuk murid-muridnya dalam hal pembaptisan? (Mzm. 40:8, 9; Mat. 28:19, 20; Luk. 3:21, 22)

  2. Baca Matius 4:1-11.

    Bagaimanakah teladan Yesus yang menggunakan Bible dengan mahir boleh menggerakkan kita untuk mengadakan pembelajaran Bible secara tetap? (Mat. 4:5-7; 2 Ptr. 3:17, 18; 1 Yoh. 4:1)

  3. Baca Yohanes 1:29-51.

    Yohanes Pembaptis menghalakan perhatian murid-muridnya kepada siapa? Bagaimanakah kita dapat meniru contohnya pada hari ini? (Yoh. 1:29, 35, 36; 3:30; Mat. 23:10)

  4. Baca Yohanes 2:1-12.

    Bagaimanakah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus menunjukkan bahawa Yehuwa tidak “menahan apa-apa yang baik” daripada hamba-hamba-Nya? (Yoh. 2:9, 10; Mzm. 84:12; Yak. 1:17)

Cerita 89

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

  1. Mengapakah binatang-binatang dijual di dalam Rumah Tuhan?

  2. Apakah yang menjadikan Yesus marah?

  3. Berdasarkan gambar, apakah yang sedang dilakukan oleh Yesus? Apakah arahan yang diberikan oleh Yesus kepada penjual burung merpati?

  4. Pengikut-pengikut Yesus diingatkan tentang apa apabila mereka melihat perbuatan Yesus?

  5. Apakah daerah yang dilalui oleh Yesus dalam perjalanannya ke Galilea?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yohanes 2:13-25.

    Memandangkan Yesus menjadi sangat marah terhadap penukar wang di dalam Rumah Tuhan, apakah pandangan yang betul terhadap aktiviti-aktiviti jual beli di dalam Dewan Perjumpaan? (Yoh. 2:15, 16; 1 Kor. 10:24, 31-33)

Cerita 90

Wanita di Perigi

  1. Mengapakah Yesus berhenti di tepi sebuah perigi di Samaria? Apakah kata-kata Yesus kepada wanita itu?

  2. Mengapakah wanita itu terkejut? Apakah yang dikatakan oleh Yesus kepadanya dan mengapa?

  3. Wanita itu menyangka bahawa Yesus sedang bercakap tentang apa? Tetapi sebenarnya, apakah yang dimaksudkan oleh Yesus?

  4. Mengapakah wanita itu kagum dengan apa yang diketahui oleh Yesus tentang dirinya? Bagaimanakah Yesus mendapat maklumat tentang wanita itu?

  5. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yohanes 4:5-43.

    1. Berdasarkan teladan Yesus, bagaimanakah kita patut memperlakukan orang yang bukan sebangsa atau setaraf dengan kita? (Yoh. 4:9; 1 Kor. 9:22; 1 Tim. 2:3, 4; Tit. 2:11)

    2. Apakah manfaat rohani yang diperoleh oleh seseorang yang menjadi murid Yesus? (Yoh. 4:14; Yes. 58:11; 2 Kor. 4:16)

    3. Wanita Samaria sangat menghargai kebenaran yang dipelajarinya sehingga dia tergerak untuk memberitahu kebenaran kepada orang lain. Bagaimanakah kita boleh meniru teladannya untuk menunjukkan bahawa kita juga menghargai kebenaran yang telah kita pelajari? (Yoh. 4:6-8, 28; Mat. 6:33)

Cerita 91

Yesus Mengajar di Atas Bukit

  1. Berdasarkan gambar, di manakah Yesus? Siapakah mereka yang duduk paling dekat dengannya?

  2. Yesus mempunyai 12 orang hawari. Berikan nama-nama mereka.

  3. Kerajaan apakah yang diberitakan oleh Yesus?

  4. Yesus mengajar pendengar-pendengarnya untuk berdoa tentang apa?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Yesus tentang bagaimana kita harus melayan orang lain?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 5:1-12.

    Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita sedar akan keperluan rohani kita? (Mat. 5:3; Rm. 10:13-15; 1 Tim. 4:13, 15, 16)

  2. Baca Matius 5:21-26.

    Bagaimanakah Matius 5:23, 24 menekankan bahawa hubungan kita dengan saudara saudari kita boleh memberi kesan kepada hubungan kita dengan Yehuwa? (Mat. 6:14, 15; Mzm. 133:1; Kol. 3:13; 1 Yoh. 4:20)

  3. Baca Matius 6:1-8.

    Sesetengah orang Kristian berpendapat bahawa mereka lebih soleh daripada orang lain. Apakah yang perlu kita hindari supaya kita tidak menjadi seperti mereka? (Luk. 18:11, 12; 1 Kor. 4:6, 7; 2 Kor. 9:7)

  4. Baca Matius 6:25-34.

    Apakah yang diajarkan oleh Yesus tentang pentingnya bagi kita menaruh kepercayaan kepada Yehuwa untuk keperluan hidup kita? (Kel. 16:4; Mzm. 37:25; Flp. 4:6)

  5. Baca Matius 7:1-11.

    Perumpamaan yang terdapat di Matius 7:5 mengajar kita tentang apa? (Ams. 26:12; Rm. 2:1; 14:10; Yak. 4:11, 12)

Cerita 92

Yesus Membangkitkan Orang

  1. Siapakah bapa kepada gadis di dalam gambar ini? Mengapakah dia dan isterinya sangat bimbang?

  2. Apakah yang dilakukan oleh Yairus apabila dia menemui Yesus?

  3. Apakah yang berlaku semasa Yesus dalam perjalanan ke rumah Yairus? Apakah berita yang Yairus terima daripada seorang pesuruh?

  4. Mengapakah orang yang berada di rumah Yairus mentertawakan Yesus?

  5. Selepas Yesus membawa tiga orang hawarinya dan ibu bapa gadis itu ke tempat gadis itu dibaringkan, apakah yang dilakukan olehnya?

  6. Selain daripada gadis ini, siapa lagi yang dibangkitkan oleh Yesus? Dan hal ini menunjukkan apa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Lukas 8:40-56.

    Bagaimanakah Yesus menunjukkan belas kasihan dan timbang rasa kepada wanita yang mengalami penyakit pendarahan? Apakah yang boleh dipelajari oleh penatua Kristian daripada kejadian ini? (Luk. 8:43, 44, 47, 48; Im. 15:25-27; Mat. 9:12, 13; Kol. 3:12-14)

  2. Baca Lukas 7:11-17.

    Yesus berasa kasihan melihat balu dari Nain yang kehilangan anak tunggalnya. Bagaimanakah hal ini boleh menjadi penawar hati bagi mereka yang kehilangan orang tersayang? (2 Kor. 1:3, 4; Ibr. 4:15)

  3. Baca Yohanes 11:17-44.

    Apakah yang dilakukan oleh Yesus yang merupakan reaksi biasa bagi seseorang yang kehilangan orang tersayang? (Yoh. 11:35, 36, 38; 2 Sam. 18:33; 19:1-4)

Cerita 93

Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

  1. Apakah perkara dahsyat yang telah berlaku kepada Yohanes Pembaptis? Apakah perasaan Yesus terhadap hal ini?

  2. Bagaimanakah Yesus memberikan makanan kepada orang ramai yang telah mengikutnya? Berapa banyakkah makanan yang tertinggal?

  3. Pada malam ribut melanda, mengapakah murid-murid Yesus takut? Apakah yang telah berlaku kepada Petrus?

  4. Bagaimanakah Yesus memberikan makanan kepada ribuan orang sekali lagi?

  5. Mengapakah kita dapat hidup dengan bahagia apabila Yesus memerintah sebagai raja Kerajaan Tuhan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 14:1-32.

    1. Apakah yang boleh kita pelajari tentang keperibadian Petrus daripada Matius 14:23-32?

    2. Petrus seorang lelaki yang suka bertindak mengikut gerak hatinya. Bagaimanakah ayat-ayat dalam Bible menunjukkan bahawa Petrus mengubah sikapnya dan menjadi seorang Kristian yang matang? (Yoh. 18:10; Kis. 2:14, 37-40; 1 Ptr. 5:6, 10)

  2. Baca Matius 15:29-38.

    Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia menghargai keperluan fizikal yang telah dibekalkan oleh Bapanya? (Mat. 15:37; Yoh. 6:12; Kol. 3:15)

  3. Baca Yohanes 6:1-21.

    Bagaimanakah orang Kristian hari ini dapat mencontohi sikap Yesus terhadap kerajaan-kerajaan yang sedang memerintah di bumi? (Yoh. 6:15; Mat. 22:21; Rm. 12:2; 13:1-4)

Cerita 94

Dia Mengasihi Kanak-kanak

  1. Dalam perjalanan mereka, hawari-hawari Yesus bertengkar tentang apa?

  2. Mengapakah Yesus memanggil seorang budak dan menyuruhnya berdiri di hadapan hawari-hawarinya?

  3. Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus apabila dia menyuruh hawari-hawarinya untuk menjadi seperti kanak-kanak?

  4. Beberapa bulan kemudian, bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mengasihi kanak-kanak?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 18:1-4.

    Mengapakah Yesus menggunakan perumpamaan semasa dia mengajar? (Mat. 13:34, 36; Mrk. 4:33, 34)

  2. Baca Matius 19:13-15.

    Jika kita mahu menikmati berkat-berkat di bawah Kerajaan Tuhan, apakah sikap yang dipunyai oleh kanak-kanak yang harus kita tiru? (Mzm. 25:9; 138:6; 1 Kor. 14:20)

  3. Baca Markus 9:33-37.

    Apakah yang telah diajarkan oleh Yesus kepada murid-muridnya tentang usaha mengejar kemasyhuran dan kedudukan tinggi? (Mrk. 9:35; Mat. 20:25, 26; Gal. 6:3; Flp. 2:5-8)

  4. Baca Markus 10:13-16.

    Adakah Yesus seorang lelaki yang ramah dan mudah didekati orang? Jelaskan. Apakah yang boleh dipelajari oleh penatua-penatua Kristian daripada teladan Yesus? (Mrk. 6:30-34; Flp. 2:1-4; 1 Tim. 4:12)

Cerita 95

Cara Yesus Mengajar

  1. Apakah soalan yang telah ditanyakan oleh seorang lelaki kepada Yesus dan mengapa?

  2. Kadangkala, apakah cara yang digunakan oleh Yesus untuk mengajar? Apakah yang telah kita pelajari tentang orang Yahudi dan orang Samaria?

  3. Dalam cerita yang diberitahukan oleh Yesus, apakah yang berlaku kepada seorang lelaki Yahudi dalam perjalanannya ke Yerikho?

  4. Apakah yang berlaku apabila seorang guru agama orang Yahudi dan seorang lelaki Lewi lalu di situ?

  5. Berdasarkan gambar, siapakah yang sedang membantu orang Yahudi yang cedera itu?

  6. Selepas Yesus mengakhiri ceritanya, apakah soalan yang ditanyakan oleh Yesus dan apakah jawapan lelaki tersebut?

Soalan tambahan:

  1. Baca Lukas 10:25-37.

    1. Yesus tidak menjawab soalan yang diajukan oleh seorang guru Taurat dengan terus terang. Sebaliknya, bagaimanakah Yesus membantunya berfikir tentang soalan yang telah diajukan? (Luk. 10:26; Mat. 16:13-16)

    2. Bagaimanakah Yesus menggunakan perumpamaan untuk menangkis sikap prasangka yang ada pada pendengar-pendengarnya? (Luk. 10:36, 37; 18:9-14; Tit. 1:9)

Cerita 96

Yesus Menyembuhkan Orang Sakit

  1. Apakah yang dilakukan oleh Yesus sepanjang perjalanannya?

  2. Lebih daripada tiga tahun selepas Yesus dibaptiskan, apakah yang diberitahu oleh Yesus kepada hawari-hawarinya?

  3. Siapakah orang di dalam gambar dan apakah yang dilakukan oleh Yesus untuk wanita itu?

  4. Mengapakah jawapan Yesus kepada bantahan ketua-ketua agama membuat mereka berasa malu?

  5. Apabila Yesus dan hawari-hawarinya berada tidak jauh dari kota Yerikho, apakah yang dilakukan oleh Yesus untuk dua orang pengemis yang buta?

  6. Mengapakah Yesus melakukan mukjizat-mukjizat?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 15:30, 31.

    Bagaimanakah kuasa Yehuwa yang mengagumkan diperlihatkan oleh Yesus? Bagaimanakah hal ini patut mempengaruhi pemahaman kita terhadap janji-janji-Nya bagi dunia baru? (Mzm. 37:29; Yes. 33:24)

  2. Baca Lukas 13:10-17.

    Antara mukjizat-mukjizat Yesus yang paling menakjubkan dilakukan pada hari Sabat. Hakikat ini menunjukkan apa tentang berkat-berkat yang akan dinikmati oleh manusia semasa Pemerintahan Seribu Tahun Yesus? (Luk. 13:10-13; Mzm. 46:10; Mat. 12:8; Kol. 2:16, 17; Pny. 21:1-4)

  3. Baca Matius 20:29-34.

    Bagaimanakah kisah ini menunjukkan bahawa Yesus tidak pernah terlalu sibuk untuk membantu orang? Apakah yang boleh kita pelajari daripada hal ini? (Ul. 15:7; Yak. 2:15, 16; 1 Yoh. 3:17)

Cerita 97

Yesus Datang sebagai Raja

  1. Apabila Yesus tiba di sebuah pekan kecil yang berdekatan dengan Yerusalem, dia menyuruh murid-muridnya membuat apa?

  2. Berdasarkan gambar, apakah yang berlaku apabila Yesus menghampiri kota Yerusalem?

  3. Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam cerita ini apabila mereka melihat Yesus menyembuhkan orang yang buta dan yang tempang?

  4. Apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada penghentar-penghentar yang marah?

  5. Bagaimanakah kita boleh meniru teladan kanak-kanak yang telah memuji Yesus?

  6. Apakah yang hendak diketahui oleh murid-murid Yesus?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 21:1-17.

    1. Bagaimanakah cara Yesus memasuki Yerusalem sebagai Raja berbeza dengan cara panglima-panglima tentera Roma disambut selepas meraih kemenangan ke atas musuh mereka? (Mat. 21:4, 5; Za. 9:9; Flp. 2:5-7)

    2. Apakah yang boleh dipelajari oleh pemuda-pemudi hari ini daripada kanak-kanak yang telah memetik kata-kata daripada Mazmur 118 semasa Yesus memasuki Rumah Tuhan? (Mat. 21:9, 15; Mzm. 118:25, 26; 2 Tim. 3:15)

  2. Baca Yohanes 12:12-16.

    Apakah yang dilambangkan dengan penggunaan dahan-dahan palma oleh mereka yang mengalu-alukan Yesus sebagai raja? (Yoh. 12:13; Flp. 2:10; Pny. 7:9, 10)

Cerita 98

Di Atas Bukit Zaitun

  1. Berdasarkan gambar, lelaki yang manakah ialah Yesus? Siapakah mereka yang ada bersamanya?

  2. Apakah yang cuba dilakukan oleh penghentar-penghentar kepada Yesus di Rumah Tuhan dan apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada mereka?

  3. Apakah yang ditanyakan oleh hawari-hawari Yesus kepadanya?

  4. Mengapakah Yesus memberitahu hawari-hawarinya beberapa perkara yang akan berlaku di bumi apabila dia memerintah sebagai Raja?

  5. Menurut Yesus, apakah yang akan berlaku sebelum dia mengakhiri semua kejahatan di bumi?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 23:1-39.

    1. Walaupun Bible menunjukkan bahawa gelaran-gelaran sekular boleh digunakan, apakah yang ditunjukkan di Matius 23:8-11 tentang penggunaan gelaran yang mengangkat-angkat seseorang di dalam sidang Kristian? (Kis. 26:25; Rm. 13:7; 1 Ptr. 2:13, 14)

    2. Apakah muslihat-muslihat yang digunakan oleh orang Farisi yang mencuba menghalang orang lain daripada menjadi orang Kristian? Bagaimanakah ketua-ketua agama hari ini menggunakan muslihat-muslihat yang serupa? (Mat. 23:13; Luk. 11:52; Yoh. 9:22; 12:42; 1 Tes. 2:16)

  2. Baca Matius 24:1-14.

    1. Bagaimanakah Matius 24:13 menekankan pentingnya untuk bertahan?

    2. Apakah maksud perkataan “akhir” yang digunakan di Matius 24:13? (Mat. 16:27; Rm. 14:10-12; 2 Kor. 5:10)

  3. Baca Markus 13:3-10.

    Apakah ungkapan yang didapati di Markus 13:10 yang menunjukkan bahawa kerja penyebaran perlu dijalankan dengan segera? Bagaimanakah kata-kata Yesus patut mempengaruhi kita? (Rm. 13:11, 12; 1 Kor. 7:29-31; 2 Tim. 4:2)

Cerita 99

Bilik di Tingkat Atas

  1. Berdasarkan gambar, mengapakah Yesus dan 12 orang hawarinya berada di dalam bilik besar itu?

  2. Siapakah lelaki yang sedang meninggalkan bilik itu? Apakah yang hendak dilakukan olehnya?

  3. Apakah jamuan istimewa yang dimulakan oleh Yesus selepas jamuan Paska?

  4. Jamuan Paska mengingatkan orang Israel tentang apa? Jamuan yang istimewa ini mengingatkan pengikut-pengikut Yesus tentang apa?

  5. Apakah kata-kata Yesus kepada pengikut-pengikutnya selepas Perjamuan Malam Tuan? Selepas itu, apakah yang dilakukan oleh mereka?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 26:14-30.

    1. Bagaimanakah ayat di Matius 26:15 menunjukkan bahawa Yudas telah merancang untuk mengkhianati Yesus?

    2. Untuk dua tujuan apakah darah Yesus dicurahkan? (Mat. 26:27, 28; Yer. 31:31-33; Ef. 1:7; Ibr. 9:19, 20)

  2. Baca Lukas 22:1-39.

    Ayat di Lukas 22:3 menyatakan bahawa “Iblis memasuki Yudas.” Jelaskan maksud ayat ini. (Luk. 22:3; Yoh. 13:2; Kis. 1:24, 25)

  3. Baca Yohanes 13:1-20.

    1. Berdasarkan apa yang tercatat di Yohanes 13:2, bolehkah Yudas dipertanggungjawabkan atas tindakannya? Apakah yang boleh dipelajari oleh hamba-hamba Tuhan daripada hal ini? (Kej. 4:7; 2 Kor. 2:11; Gal. 6:1; Yak. 1:13, 14)

    2. Apakah pengajaran penting yang boleh kita ambil daripada teladan Yesus? (Yoh. 13:14, 15; Mat. 23:11; 1 Ptr. 2:21)

  4. Baca Yohanes 17:1-26.

    Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus apabila dia berdoa supaya pengikut-pengikutnya “menjadi satu”? (Yoh. 17:11, 21-23; Rm. 13:8; 14:19; Kol. 3:14)

Cerita 100

Yesus di Taman

  1. Selepas Yesus dan hawari-hawarinya meninggalkan bilik di tingkat atas itu, ke manakah mereka pergi dan dia menyuruh mereka membuat apa?

  2. Apakah yang sedang dilakukan oleh hawari-hawari Yesus apabila dia kembali ke tempat mereka berada? Hal ini berlaku untuk berapa kali?

  3. Siapakah yang datang ke taman itu? Berdasarkan gambar, apakah yang dilakukan oleh Yudas?

  4. Mengapakah Yudas mencium Yesus? Apakah yang dilakukan oleh Petrus?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada Petrus? Tetapi, mengapakah Yesus tidak meminta Tuhan menghantar malaikat dari syurga untuk membantunya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 26:36-56.

    1. Bagaimanakah cara Yesus menasihati murid-muridnya boleh ditiru oleh penatua-penatua Kristian hari ini? (Mat. 20:25-28; 26:40, 41; Gal. 5:17; Ef. 4:29, 31, 32)

    2. Apakah pandangan Yesus terhadap penggunaan senjata untuk melawan sesama manusia? (Mat. 26:52; Luk. 6:27, 28; Yoh. 18:36)

  2. Baca Lukas 22:39-53.

    Satu malaikat datang ke Taman Getsemani untuk menguatkan Yesus. Adakah hal ini menunjukkan bahawa kepercayaan Yesus tergoyah? Jelaskan. (Luk. 22:41-43; Yes. 49:8; Mat. 4:10, 11; Ibr. 5:7)

  3. Baca Yohanes 18:1-12.

    Bagaimanakah Yesus melindungi murid-muridnya daripada penentang-penentangnya? Apakah yang boleh kita pelajari daripada contohnya? (Yoh. 10:11, 12; 18:1, 6-9; Ibr. 13:6; Yak. 2:25)

Cerita 101

Yesus Dibunuh

  1. Siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas kematian Yesus?

  2. Apakah yang dilakukan oleh hawari-hawari semasa Yesus ditangkap oleh ketua-ketua agama?

  3. Apakah yang telah berlaku di rumah penghentar agung Kayafas?

  4. Mengapakah Petrus meninggalkan halaman rumah Kayafas lalu menangis?

  5. Setelah Yesus diserahkan sekali lagi kepada Pilatus, apakah yang dijerit oleh ketua-ketua penghentar?

  6. Pada awal tengah hari Jumaat, apakah yang telah berlaku kepada Yesus? Dan apakah janji Yesus kepada penjenayah yang digantung pada tiang kayu di sebelahnya?

  7. Di manakah letaknya Firdaus yang dikatakan oleh Yesus?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 26:57-75.

    Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli Majlis Agama yang menunjukkan bahawa mereka berhati busuk? (Mat. 26:59, 67, 68)

  2. Baca Matius 27:1-50.

    Bagaimanakah kita tahu bahawa Yudas tidak betul-betul menyesal atas perbuatannya? (Mat. 27:3, 4; Mrk. 3:29; 14:21; 2 Kor. 7:10, 11)

  3. Baca Lukas 22:54-71.

    Apakah yang dapat kita pelajari daripada perbuatan Petrus yang menafikan Yesus pada malam Yesus dikhianati dan ditangkap? (Luk. 22:60-62; Mat. 26:31-35; 1 Kor. 10:12)

  4. Baca Lukas 23:1-49.

    Apabila Yesus berhadapan dengan ketidakadilan, apakah reaksinya? Dan apakah yang boleh kita pelajari daripada hal ini? (Luk. 23:33, 34; Rm. 12:17-19; 1 Ptr. 2:23)

  5. Baca Yohanes 18:12-40.

    Petrus ditenggelami rasa takut akan manusia untuk sementara waktu. Kemudian dia menjadi seorang hawari yang setia. Apakah yang boleh kita pelajari daripada pengalamannya? (Yoh. 18:25-27; 1 Kor. 4:2; 1 Ptr. 3:14, 15; 5:8, 9)

  6. Baca Yohanes 19:1-30.

    1. Yesus mempunyai pandangan yang seimbang dalam soal kebendaan. Apakah pandangannya? (Yoh. 2:1, 2, 9, 10; 19:23, 24; Mat. 6:31, 32; 8:20)

    2. Bagaimanakah kata-kata Yesus yang terakhir menunjukkan bahawa dia berjaya menegakkan kedaulatan Yehuwa? (Yoh. 16:33; 19:30; 2 Ptr. 3:14; 1 Yoh. 5:4)

Cerita 102

Yesus Hidup Semula

  1. Siapakah wanita di dalam gambar? Siapakah kedua-dua orang lelaki itu? Di manakah mereka berada?

  2. Mengapakah Pilatus menyuruh para penghentar menghantar askar-askar untuk mengawal makam Yesus?

  3. Apakah yang dilakukan oleh malaikat Tuhan pada awal hari ketiga selepas Yesus mati, tetapi apakah yang dilakukan oleh para penghentar?

  4. Mengapakah beberapa orang wanita berasa terkejut apabila mereka menziarahi makam Yesus?

  5. Mengapakah Petrus dan Yohanes berlari ke makam Yesus dan apakah yang didapati oleh mereka apabila mereka sampai di sana?

  6. Apakah yang telah berlaku kepada mayat Yesus? Apakah yang dilakukan oleh Yesus untuk menunjukkan kepada murid-muridnya bahawa dia telah hidup semula?

Soalan tambahan:

  1. Baca Matius 27:62-66 dan 28:1-15.

    Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa ketua-ketua penghentar, para Farisi, dan orang tua-tua berdosa kerana melawan daya aktif Tuhan pada masa Yesus dibangkitkan? (Mat. 12:24, 31, 32; 28:11-15)

  2. Baca Lukas 24:1-12.

    Bagaimanakah kisah pembangkitan Yesus menunjukkan bahawa Yehuwa menganggap wanita-wanita sebagai saksi-saksi yang boleh dipercayai? (Luk. 24:4, 9, 10; Mat. 28:1-7)

  3. Baca Yohanes 20:1-12.

    Bagaimanakah ayat di Yohanes 20:8, 9 membantu kita menghargai pentingnya untuk bersabar walaupun kita tidak memahami penggenapan sesetengah nubuat dalam Bible? (Ams. 4:18; Mat. 17:22, 23; Luk. 24:5-8; Yoh. 16:12)

Cerita 103

Di dalam Bilik yang Terkunci

  1. Apakah yang dikatakan oleh Maria kepada lelaki yang disangkanya seorang tukang kebun, dan apakah yang menyebabkan Maria sedar bahawa lelaki itu ialah Yesus?

  2. Apakah yang telah berlaku kepada dua orang murid Yesus ketika mereka sedang berjalan ke pekan Emaus?

  3. Apakah kejadian menakjubkan yang telah berlaku semasa kedua-dua orang murid Yesus memberitahu hawari-hawari bahawa mereka telah nampak Yesus?

  4. Berapa kalikah Yesus menampakkan diri kepada pengikut-pengikutnya?

  5. Apakah yang dikatakan oleh Tomas apabila dia mendengar bahawa murid-murid Yesus telah nampak Yesus, dan apakah yang berlaku selepas lapan hari?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yohanes 20:11-29.

    Adakah kata-kata Yesus di Yohanes 20:23 bermaksud bahawa manusia mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa? Terangkan. (Mzm. 49:3, 8; Yes. 55:7; 1 Tim. 2:5, 6; 1 Yoh. 2:1, 2)

  2. Baca Lukas 24:13-43.

    Apakah yang boleh kita lakukan untuk mempersiapkan hati kita supaya kita dapat menerima kebenaran daripada Bible dengan mudah? (Luk. 24:32, 33; Ezr. 7:10; Mat. 5:3; Kis. 16:14; Ibr. 5:11-14)

Cerita 104

Yesus Kembali ke Syurga

  1. Pernah sekali, Yesus menampakkan diri kepada berapa orang murid? Apakah yang diberitahu oleh Yesus kepada mereka?

  2. Apakah Kerajaan Tuhan? Apabila Yesus memerintah sebagai Raja di syurga selama seribu tahun, bagaimanakah keadaan di bumi?

  3. Selama berapa harikah Yesus menampakkan diri kepada murid-muridnya? Tetapi sekarang masanya sudah tiba bagi Yesus untuk melakukan apa?

  4. Sebelum Yesus meninggalkan murid-muridnya, apakah pesanannya kepada mereka?

  5. Apakah yang dapat dilihat dalam gambar ini, dan bagaimanakah Yesus hilang daripada pandangan murid-muridnya?

Soalan tambahan:

  1. Baca 1 Korintus 15:3-8.

    Mengapakah hawari Paulus dapat memberitahu orang lain tentang pembangkitan Yesus dengan yakin sekali? Hari ini, apakah yang boleh dikhabarkan oleh orang Kristian dengan penuh yakin? (1 Kor. 15:4, 7, 8; Yes. 2:2, 3; Mat. 24:14; 2 Tim. 3:1-5)

  2. Baca Kisah 1:1-11.

    Seperti yang telah dinubuatkan dalam Kisah 1:8, sejauh manakah kerja penyebaran telah disebarkan? (Kis. 6:7; 9:31; 11:19-21; Kol. 1:23)

Cerita 105

Menunggu di Yerusalem

  1. Berdasarkan gambar, apakah yang berlaku kepada pengikut-pengikut Yesus yang sedang menunggu di Yerusalem?

  2. Apakah yang menyebabkan pelawat-pelawat di Yerusalem berasa hairan?

  3. Apakah yang diterangkan oleh Petrus kepada orang yang berada di situ?

  4. Apakah perasaan pendengar-pendengar Petrus selepas mereka mendengar kata-kata Petrus? Petrus menyuruh mereka melakukan apa?

  5. Berapa banyak orangkah yang telah dibaptiskan pada Pentakosta 33 Masihi?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 2:1-47.

    1. Bagaimanakah kata-kata Petrus yang tercatat di Kisah 2:22, 36 menunjukkan bahawa bangsa Yahudi bertanggungjawab atas pembunuhan Yesus? (1 Tes. 2:14, 15)

    2. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Petrus menggunakan Bible untuk membantu pendengar-pendengarnya membuat kesimpulan yang betul? (Kis. 2:16, 17, 29, 31, 36, 39; Kol. 4:6)

    3. Seperti yang telah dijanjikan oleh Yesus, Petrus telah diberi “kunci-kunci” kerajaan di syurga. Bagaimanakah Petrus menggunakan kunci yang pertama? (Kis. 2:14, 22-24, 37, 38; Mat. 16:19)

Cerita 106

Dibebaskan dari Penjara

  1. Pada suatu petang, apabila Petrus dan Yohanes berjalan masuk ke dalam Rumah Tuhan, apakah yang berlaku kepada mereka?

  2. Apakah yang dikatakan oleh Petrus kepada seorang lelaki yang lumpuh, dan apakah yang diberikan oleh Petrus kepadanya yang lebih bernilai daripada wang?

  3. Mengapakah ketua-ketua agama marah, dan apakah yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Petrus dan Yohanes?

  4. Apakah yang dikatakan oleh Petrus kepada ketua-ketua agama itu? Apakah amaran para penghentar kepada hawari-hawari?

  5. Mengapakah ketua-ketua agama berasa cemburu, tetapi apakah yang telah berlaku apabila hawari-hawari dimasukkan ke dalam penjara untuk kali kedua?

  6. Apakah jawapan hawari-hawari kepada soalan yang diajukan kepada mereka semasa mereka dibawa ke dewan Majlis Agama?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 3:1-10.

    Hari ini, walaupun kita tidak diberi kuasa untuk melakukan mukjizat-mukjizat, bagaimanakah kata-kata Petrus di Kisah 3:6 membantu kita menghargai pentingnya berita Kerajaan Tuhan? (Yoh. 17:3; 2 Kor. 5:18-20; Flp. 3:8)

  2. Baca Kisah 4:1-31.

    Jika kita menghadapi tentangan dalam aktiviti penyebaran, bagaimanakah kita boleh meniru teladan saudara saudari Kristian kita yang hidup pada abad pertama? (Kis. 4:29, 31; Ef. 6:18-20; 1 Tes. 2:2)

  3. Baca Kisah 5:17-42.

    Bagaimanakah sesetengah orang yang bukan Saksi-Saksi Yehuwa pada zaman lampau mahupun sekarang menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat tolak ansur terhadap kerja penyebaran kita? (Kis. 5:34-39)

Cerita 107

Stefanus Dilontari Batu

  1. Siapakah Stefanus? Tuhan membantu Stefanus untuk melakukan apa?

  2. Apakah yang dikatakan oleh Stefanus yang menyebabkan ketua-ketua agama menjadi sangat marah?

  3. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang jahat itu selepas mereka mengheret Stefanus ke luar kota?

  4. Berdasarkan gambar, siapakah pemuda yang berdiri dekat dengan jubah-jubah itu?

  5. Sebelum Stefanus meninggal, apakah yang diucapkan dalam doanya kepada Yehuwa?

  6. Berdasarkan teladan Stefanus, apakah yang harus kita lakukan apabila seseorang berbuat jahat kepada kita?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 6:8-15.

    Apakah tipu muslihat yang digunakan oleh ketua-ketua agama untuk menghentikan kerja penyebaran Saksi-Saksi Yehuwa? (Kis. 6:9, 11, 13)

  2. Baca Kisah 7:1-60.

    1. Apakah yang membantu Stefanus untuk mempertahankan berita baik dengan jayanya apabila dia menghadap anggota-anggota Majlis Agama? Apakah yang boleh kita pelajari daripada teladannya? (Kis. 7:51-53; Rm. 15:4; 2 Tim. 3:14-17; 1 Ptr. 3:15)

    2. Apakah sikap yang patut kita perlihatkan terhadap mereka yang menentang aktiviti penyebaran kita? (Kis. 7:58-60; Mat. 5:44; Luk. 23:33, 34)

Cerita 108

Perjalanan ke Damsyik

  1. Apakah yang dilakukan oleh Saulus selepas Stefanus dibunuh?

  2. Dalam perjalanan Saulus ke Damsyik, apakah yang berlaku?

  3. Yesus menyuruh Saulus membuat apa?

  4. Apakah arahan yang diberikan oleh Yesus kepada Ananias? Bagaimanakah Saulus dapat melihat semula?

  5. Saulus kemudiannya dikenali sebagai siapa? Bagaimanakah Saulus digunakan oleh Yehuwa?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 8:1-4.

    Sidang Kristian yang baru ditubuhkan dilanda ribut penganiayaan. Bagaimanakah hal ini membuka jalan supaya kebenaran disebarkan ke merata-rata tempat pada masa itu? Bagaimanakah perkara yang serupa terjadi dewasa ini? (Kis. 8:4; Yes. 54:17)

  2. Baca Kisah 9:1-20.

    Yesus menghantar Saulus untuk mengkhabarkan berita baik kepada tiga kumpulan orang yang berbeza. Siapakah mereka? (Kis. 9:15; 13:5; 26:1; 27:24; Rm. 11:13)

  3. Baca Kisah 22:6-16.

    Bagaimanakah kita dapat mencontohi teladan Ananias, dan mengapakah penting untuk kita berbuat demikian? (Kis. 22:12; 1 Tim. 3:7; 1 Ptr. 1:14-16; 2:12)

  4. Baca Kisah 26:8-20.

    Bagaimanakah tindakan Saulus yang memeluk agama Kristian menjadi galakan kepada mereka yang mempunyai teman hidup yang tidak sekepercayaan? (Kis. 26:11; 1 Tim. 1:14-16; 2 Tim. 4:2; 1 Ptr. 3:1-3)

Cerita 109

Petrus Mengunjungi Kornelius

  1. Berdasarkan gambar, siapakah lelaki yang sedang bersujud di hadapan Petrus?

  2. Apakah yang diberitahu oleh satu malaikat kepada Kornelius?

  3. Apabila Petrus berada di atas bumbung rumah Simon di Yope, Tuhan membolehkan Petrus melihat apa?

  4. Mengapakah Petrus memberitahu Kornelius bahawa dia tidak patut bersujud menyembahnya?

  5. Mengapakah murid-murid berbangsa Yahudi yang ada bersama-sama Petrus berasa hairan?

  6. Apakah perkara penting yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 10:1-48.

    Apakah yang boleh dipelajari daripada kata-kata Petrus di Kisah 10:42 tentang kerja penyebaran berita baik Kerajaan Tuhan? (Mat. 28:19; Mrk. 13:10; Kis. 1:8)

  2. Baca Kisah 11:1-18.

    Apakah sikap yang diperlihatkan oleh Petrus apabila arahan yang diberikan oleh Yehuwa berkenaan orang bukan Yahudi difahami olehnya dengan jelas? Bagaimanakah kita boleh meniru teladannya? (Kis. 11:17, 18; 2 Kor. 10:5; Ef. 5:17)

Cerita 110

Timotius—Pembantu Baru Paulus

  1. Siapakah pemuda di dalam gambar? Di manakah tempat tinggalnya? Siapakah nama ibu dan neneknya?

  2. Apakah jawapan Timotius apabila dia ditanya sama ada dia mahu menyertai Paulus dan Silas dalam kerja menyebarkan berita baik ke tempat-tempat yang terletak jauh dari Listra?

  3. Di manakah tempatnya pengikut-pengikut Yesus mula-mula dipanggil orang Kristian?

  4. Apakah nama kota-kota yang dikunjungi oleh Paulus, Silas, dan Timotius selepas mereka meninggalkan Antiokhia?

  5. Bagaimanakah Timotius membantu Paulus? Apakah soalan yang patut ditanya oleh pemuda-pemudi hari ini?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 9:19-30.

    Bagaimanakah hawari Paulus menunjukkan sikap berwaspada apabila dia menghadapi tentangan kerana menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan? (Kis. 9:22-25, 29, 30; Mat. 10:16)

  2. Baca Kisah 11:19-26.

    Bagaimanakah peristiwa di Kisah 11:19-21, 26 menunjukkan bahawa daya aktif Tuhan sedang membimbing dan mengarahkan umat-Nya dalam kerja penyebaran?

  3. Baca Kisah 13:13-16, 42-52.

    Bagaimanakah kata-kata yang tercatat di Kisah 13:51, 52 menunjukkan bahawa murid-murid Yesus tidak mengizinkan tentangan untuk mematahkan semangat mereka? (Mat. 10:14; Kis. 18:6; 1 Ptr. 4:14)

  4. Baca Kisah 14:1-6, 19-28.

    Bagaimanakah ungkapan “mereka menyerahkan jemaah kepada pemeliharaan Tuhan” boleh membantu meredakan kekhuatiran kita semasa membantu mereka yang baru? (Kis. 14:21-23; 20:32; Yoh. 6:44)

  5. Baca Kisah 16:1-5.

    Bagaimanakah kerelaan Timotius untuk disunat menekankan pentingnya untuk ‘melakukan semua perkara demi berita baik’? (Kis. 16:3; 1 Kor. 9:23; 1 Tes. 2:8)

  6. Baca Kisah 18:1-11, 18-22.

    Bagaimanakah Matius 28:20 menunjukkan bahawa Yesus sendiri sedang mengarahkan kerja penyebaran? Apakah keyakinan yang boleh kita dapat daripada ayat ini? (Mat. 28:18-20)

Cerita 111

Budak yang Tertidur

  1. Berdasarkan gambar, siapakah budak lelaki yang terbaring di atas tanah? Apakah yang telah berlaku kepadanya?

  2. Apakah yang dilakukan oleh Paulus apabila dia sedar bahawa budak itu telah mati?

  3. Paulus, Timotius, dan rakan-rakan seperjalanannya sedang pergi ke mana? Apakah yang berlaku apabila mereka berhenti di Miletus?

  4. Apakah yang dikatakan oleh Agabus kepada Paulus? Jadi, apakah yang telah berlaku?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 20:7-38.

    1. Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita tidak bertanggungjawab atas kematian sesiapa pun? (Yeh. 33:8; Kis. 18:6, 7; Kis. 20:26, 27)

    2. Mengapakah penatua-penatua ‘mesti berpegang teguh pada perkhabaran yang dapat dipercayai’ semasa mengajar? (Kis. 20:17, 29, 30; Tit. 1:7-9; 2 Tim. 1:13)

  2. Baca Kisah 26:24-32.

    Bagaimanakah Paulus menggunakan kewarganegaraannya sebagai rakyat Roma untuk melaksanakan kerja penyebaran yang telah diamanahkan kepadanya oleh Yesus? (Kis. 9:15; 16:37, 38; 25:11, 12; 26:32; Luk. 21:12, 13)

Cerita 112

Kapal Terkandas di Pulau

  1. Semasa kapal yang dinaiki Paulus lalu di Pulau Kreta, apakah yang terjadi?

  2. Apakah yang dikatakan oleh Paulus kepada mereka yang berada di atas kapal tersebut?

  3. Bagaimanakah kapal mereka hancur berpecah?

  4. Apakah arahan yang diberikan oleh pegawai tentera itu? Berapa ramaikah orang yang berjaya sampai ke pantai dengan selamat?

  5. Mereka sampai di sebuah pulau. Apakah nama pulau itu? Apakah yang terjadi kepada Paulus apabila keadaan cuaca makin baik?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 27:1-44.

    Bagaimanakah keyakinan kita terhadap ketepatan catatan Bible diperkuatkan selepas membaca kisah pelayaran Paulus ke Roma? (Kis. 27:16-19, 27-32; Luk. 1:3; 2 Tim. 3:16, 17)

  2. Baca Kisah 28:1-14.

    Jika penduduk Malta yang kafir tergerak untuk melayan hawari Paulus dan rakan-rakannya yang terkandas dengan ramah mesra, apakah sikap yang harus diperlihatkan oleh orang Kristian hari ini dan bagaimanakah sikap ini boleh diperlihatkan? (Kis. 28:1, 2; Ibr. 13:1, 2; 1 Ptr. 4:9)

Cerita 113

Paulus di Roma

  1. Apabila Paulus ditahan di Roma, dia menyebarkan berita baik kepada siapa?

  2. Dalam gambar, siapakah pelawat yang sedang menulis di meja? Apakah yang sedang dilakukan olehnya untuk Paulus?

  3. Siapakah Epafroditus? Semasa dia balik ke Filipi apakah yang dibawa bersamanya?

  4. Mengapakah Paulus menulis surat kepada sahabat karibnya, Filemon?

  5. Apakah yang dilakukan oleh Paulus apabila dia dibebaskan? Apakah yang berlaku kepadanya selepas itu?

  6. Siapakah yang disuruh oleh Yehuwa untuk menulis buku-buku terakhir di dalam Bible? Apakah yang diceritakan dalam buku Penyingkapan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Kisah 28:16-31 dan Filipi 1:13.

    Bagaimanakah Paulus menghabiskan masanya sewaktu ditahan di Roma? Bagaimanakah sidang Kristian dipengaruhi oleh kepercayaan Paulus yang teguh? (Kis. 28:23, 30; Flp. 1:14)

  2. Baca Filipi 2:19-30.

    Apakah yang dikatakan oleh Paulus tentang Timotius dan Epafroditus yang menunjukkan bahawa dia menghargai mereka? Bagaimanakah kita dapat mencontohi teladan Paulus? (Flp. 2:20, 22, 25, 29, 30; 1 Kor. 16:18; 1 Tes. 5:12, 13)

  3. Baca Filemon 1-25.

    1. Atas dasar apakah Paulus menggalakkan Filemon untuk melakukan apa yang betul? Bagaimanakah hal ini menjadi garis panduan kepada penatua-penatua pada masa kini? (Flm. 9; 2 Kor. 8:8; Gal. 5:13)

    2. Bagaimanakah kata-kata Paulus di Filemon 13, 14 menunjukkan bahawa dia menghormati keputusan yang dibuat oleh saudara saudari berdasarkan hati nurani mereka? (1 Kor. 8:7, 13; 10:31-33)

  4. Baca 2 Timotius 4:7-9.

    Hawari Paulus yakin bahawa dia akan diberkati Yehuwa sekiranya dia taat kepada-Nya sehingga akhir. Bagaimanakah kita boleh mempunyai keyakinan yang sama seperti hawari Paulus? (Mat. 24:13; Ibr. 6:10)

Cerita 114

Segala Kejahatan Berakhir

  1. Mengapakah Bible menyatakan tentang kuda di syurga?

  2. Apakah nama perang antara Tuhan dengan orang jahat di bumi? Apakah tujuan perang ini?

  3. Berdasarkan gambar, siapakah yang akan mengetuai perang tersebut? Mengapakah dia memakai sebuah mahkota? Apakah yang dilambangkan oleh pedangnya?

  4. Seperti yang ditunjukkan di Cerita 10, 15, dan 33 mengapakah kita tidak patut berasa hairan bahawa Tuhan akan memusnahkan orang jahat?

  5. Bagaimanakah Cerita 36 dan Cerita 76 menunjukkan bahawa Tuhan akan memusnahkan orang jahat walaupun mereka mengatakan bahawa mereka menyembah-Nya?

Soalan tambahan:

  1. Baca Penyingkapan 19:11-16.

    1. Bagaimanakah ayat-ayat Bible dengan jelas menunjukkan bahawa Yesus Kristus ialah penunggang kuda putih? (Pny. 1:5; 3:14; 19:11; Yes. 11:4)

    2. Bagaimanakah percikan darah pada jubah Yesus menunjukkan bahawa dia pasti akan menang dengan jayanya? (Pny. 14:18-20; 19:13)

    3. Siapakah yang mungkin tergolong dalam bala tentera yang akan mengikut Yesus, iaitu penunggang kuda putih? (Pny. 2:26, 27; 12:7; 19:14; Mat. 25:31, 32)

Cerita 115

Firdaus Baru di Bumi

  1. Apakah keadaan yang akan kita nikmati di Firdaus di bumi seperti yang digambarkan dalam Bible?

  2. Apakah janji Tuhan kepada mereka yang akan hidup di Firdaus?

  3. Bilakah Yesus akan memastikan bahawa perubahan yang menakjubkan ini berlaku?

  4. Apabila Yesus berada di bumi, apakah yang telah dilakukan olehnya untuk menunjukkan perkara-perkara yang akan dilakukan olehnya apabila dia menjadi Raja Kerajaan Tuhan?

  5. Apakah yang pasti dilakukan oleh Yesus dan pemerintah-pemerintah lain di syurga semasa mereka memerintah bumi?

Soalan tambahan:

  1. Baca Penyingkapan 5:9, 10.

    Mengapakah kita boleh yakin bahawa mereka yang memerintah bumi semasa Pemerintahan Seribu Tahun akan memerintah dengan penuh simpati dan belas kasihan? (Ef. 4:20-24; 1 Ptr. 1:7; 3:8; 5:6-10)

  2. Baca Penyingkapan 14:1-3.

    Apakah yang dilambangkan dengan nama Bapa dan nama Bebiri Tuhan yang tertulis pada dahi 144,000 orang Kristian terurap? (1 Kor. 3:23; 2 Tim. 2:19; Pny. 3:12)

Cerita 116

Bagaimana Kita Dapat Hidup Selama-lamanya

  1. Apakah yang perlu kita pelajari jika kita mahu hidup untuk selama-lamanya?

  2. Bagaimanakah kita dapat belajar tentang Yehuwa dan Yesus, seperti yang dilakukan oleh budak perempuan ini bersama-sama kawan-kawannya?

  3. Apakah sebuah lagi buku yang boleh adik lihat di dalam gambar, dan mengapakah kita patut membaca buku itu tiap-tiap hari?

  4. Selain daripada mempelajari tentang Yehuwa dan Yesus, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mendapat kehidupan yang kekal?

  5. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada Cerita 69?

  6. Apakah yang boleh kita pelajari daripada teladan baik Samuel di dalam Cerita 55?

  7. Bagaimanakah kita dapat mencontohi teladan Yesus Kristus? Jika kita mencontohinya, kita akan berpeluang untuk melakukan apa pada masa hadapan?

Soalan tambahan:

  1. Baca Yohanes 17:3.

    Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa usaha menimba pengetahuan tentang Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus merangkumi lebih daripada sekadar menghafal fakta? (Mat. 7:21; Yak. 2:18-20; 1 Yoh. 2:17)

  2. Baca Mazmur 145:1-21.

    1. Apakah antara sebab-sebab kita patut memuji Yehuwa? (Mzm. 145:8-11; Pny. 4:11)

    2. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa Dia “baik terhadap setiap orang”? Bagaimanakah hal ini membantu kita menghampiri-Nya? (Mzm. 145:9; Mat. 5:43-45)

    3. Jika kita mengasihi Yehuwa dari lubuk hati kita, kita akan tergerak untuk melakukan apa? (Mzm. 119:171, 172, 175; 145:11, 12, 21)