Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pendahuluan

Pendahuluan

Pembaca yang Dikasihi,

Adakah anda berasa dekat dengan Tuhan? Banyak orang berasa bahawa hal ini mustahil. Ada yang berasa bahawa Dia terlalu jauh daripada kita. Ada pula yang berasa bahawa mereka tidak layak untuk menghampiri-Nya. Tetapi Bible menyatakan, “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.” (Yakobus 4:8) Tuhan bahkan meyakinkan kita dengan berfirman, “Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmu dan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’”​—Yesaya 41:13.

Untuk membina persahabatan dengan seseorang, kita perlu mengenalinya dan menghargai sifat-sifatnya. Begitu juga, untuk menjadi sahabat Yehuwa, kita perlu mengenali-Nya dan menghargai sifat-sifat-Nya dengan mempelajari Bible. Kita perlu merenungkan cara Yehuwa menunjukkan sifat-sifat-Nya, melihat bagaimana Yesus mencerminkan sifat-sifat Bapanya, dan mempelajari bagaimana kita dapat memupuk sifat-sifat itu. Kita akan memahami bahawa Yehuwa layak memerintah alam semesta. Dia ialah Bapa kita yang pengasih, berkuasa, bijaksana, dan adil, dan Dia tidak sekali-kali akan meninggalkan kita.

Semoga buku ini dapat membantu anda menghampiri Yehuwa dan menjadi sahabat rapat-Nya agar anda dapat hidup untuk memuji-Nya buat selama-lamanya.

Para Penerbit