Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAMPIRAN

Melancap—Tabiat Buruk yang Boleh Diatasi

Melancap—Tabiat Buruk yang Boleh Diatasi

Dari pandangan Tuhan, pelancapan ialah tabiat buruk yang menyebabkan seseorang memupuk sikap mementingkan diri dan menyebabkannya berfikir tentang perkara-perkara yang kotor. * Seseorang yang melancap mungkin akan memandang orang lain hanya sebagai alat atau objek untuk mencapai kepuasan seks. Hubungan seks tidak dipandang sebagai luahan kasih antara dua orang tetapi dipandang sebagai reaksi fizikal sekadar untuk membawa keseronokan, dan untuk melegakan tekanan seksual. Tetapi kelegaan ini hanya bersifat sementara. Sebenarnya, pelancapan tidak mematikan keinginan duniawi seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, dan hawa nafsu yang tidak patut. Sebaliknya pelancapan merangsang semua keinginan ini.Kolose 3:5.

Hawari Paulus menulis, ‘Sahabat-sahabat yang aku kasihi, kita harus menyucikan diri daripada segala yang menajiskan jiwa dan raga kita. Hendaklah kita takut akan Tuhan, supaya kita dapat mengamalkan hidup yang khas untuk Dia dengan sepenuhnya.’ (2 Korintus 7:1) Jika anda sedang bergelut untuk menurut nasihat ini tetapi kadangkala gagal, janganlah putus asa. Yehuwa “suka mengampuni” dan bersedia membantu anda. (Mazmur 86:5; Lukas 11:9-13) Sebenarnya hati nurani yang menyalahkan anda serta usaha anda untuk membuang tabiat ini menunjukkan bahawa anda mempunyai sikap yang baik. Jangan lupa bahawa ‘Tuhan lebih besar daripada hati nurani kita, dan Dia mengetahui semuanya.’ (1 Yohanes 3:20) Tuhan tidak bertumpu pada dosa kita; Dia melihat kita secara keseluruhan. Oleh itu, Dia dapat mendengar rayuan kita untuk mendapatkan belas kasihan-Nya dengan penuh simpati. Seperti seorang anak yang akan berlari kepada bapanya semasa berdepan dengan masalah, janganlah berhenti berdoa kepada Tuhan dengan rendah hati dan dengan bersungguh-sungguh. Yehuwa akan memberkati anda dengan hati nurani yang bersih. (Mazmur 51:3-14, 19; Yesaya 1:18) Sudah tentu, anda mesti mengambil langkah-langkah yang positif selaras dengan doa anda. Sebagai contoh, anda patut berikhtiar untuk mengelakkan segala bentuk pornografi dan pergaulan buruk. *

Jika anda tidak berjaya membuang tabiat melancap, sila bincangkan masalah ini dengan ibu bapa Kristian atau seorang sahabat yang matang secara rohani. *Amsal 1:8, 9; 1 Tesalonika 5:14; Titus 2:3-5.

^ per. 1 Pelancapan, atau pengonanian, merupakan perbuatan mengusap atau meraba organ seks yang biasanya menyebabkan seseorang mencapai puncak syahwat (orgasma).

^ per. 1 Satu langkah yang praktikal untuk mengawal penggunaan komputer adalah dengan meletakkan komputer di tempat yang terbuka di rumah. Selain itu, sesetengah keluarga membeli perisian untuk menapis bahan yang tidak diingini. Namun begitu, perisian sebegini tidak memberi jaminan seratus peratus.

^ per. 2 Untuk cadangan praktikal mengenai cara untuk mengatasi pelancapan, lihat rencana dalam Awake! November 2006, muka surat 18-20, dan buku “Pertanyaan Kaum Muda” (Questions Young People Ask—Answers That Work), Jilid 1, muka surat 205-211.