Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ringkasan—Mesej Bible

Ringkasan—Mesej Bible
  1. Yehuwa menciptakan Adam dan Hawa dengan harapan untuk hidup selama-lamanya di Firdaus di bumi. Syaitan memfitnah nama baik Tuhan dan mempersoalkan hak-Nya untuk memerintah. Adam dan Hawa menyertai Syaitan dalam pemberontakannya. Maka, mereka membawa dosa dan kematian kepada diri mereka dan anak cucu mereka

  2. Yehuwa menjatuhkan hukuman atas pemberontak-pemberontak itu dan menjanjikan kedatangan seorang Penyelamat, atau Benih, yang akan meremukkan Syaitan dan membatalkan semua kesan yang dibawa oleh dosa akibat pemberontakan di Eden

  3. Yehuwa berjanji kepada Abraham dan Daud bahawa mereka akan menjadi nenek moyang kepada Benih, atau Mesias, yang akan memerintah sebagai Raja untuk selama-lamanya

  4. Yehuwa mengilhami nabi-nabi-Nya untuk menubuatkan bahawa Mesias akan membawakan penawar bagi dosa dan kematian. Sebagai Raja Kerajaan Tuhan, Yesus dan pemerintah-pemerintah yang akan memerintah bersamanya akan membasmi peperangan, penyakit, mahupun kematian

  5. Yehuwa mengutus Anak-Nya, iaitu Yesus, ke bumi dan menunjukkan bahawa dia ialah Mesias. Yesus menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan mengorbankan nyawanya. Kemudian, Yehuwa membangkitkannya sebagai makhluk roh

  6. Yehuwa menabalkan Anak-Nya sebagai Raja di syurga. Hal ini menandakan permulaan hari-hari terakhir sistem dunia ini. Yesus membimbing pengikut-pengikutnya di bumi seraya mereka menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ke seluruh pelosok dunia

  7. Yehuwa mengarahkan Anak-Nya untuk memerintah bumi. Kerajaan Tuhan menghancurkan semua kerajaan yang jahat, menjadikan bumi ini sebuah Firdaus, dan membantu manusia yang setia kepada Tuhan untuk menjadi sempurna. Kedaulatan Yehuwa ditegakkan dan nama-Nya disucikan untuk selama-lamanya