BAHAGIAN 4

Mereka Mendengar Cakap Syaitan?​—Apakah Akibatnya?

Mereka Mendengar Cakap Syaitan?​—Apakah Akibatnya?

Adam dan Hawa tidak mentaati Tuhan. Maka, mereka mati. Kejadian 3:6, 23

Hawa mendengar cakap ular dan memakan buah itu. Kemudian, dia memberikannya kepada Adam, dan Adam juga memakannya.

Mereka berdosa kerana tidak mendengar cakap Tuhan. Maka, Tuhan menghalau mereka daripada Firdaus, tempat tinggal mereka.

Mereka dan anak-anak mereka hidup susah. Mereka menjadi tua lalu mati. Mereka tidak pergi ke mana-mana. Mereka tidak wujud lagi.

Seperti tanah, orang mati tidak bernyawa. Kejadian 3:19

Kita akan mati kerana kita semua anak cucu Adam dan Hawa. Orang mati tidak dapat lihat, dengar, atau berbuat apa-apa.​—Pengkhutbah 9:5, 10.

Yehuwa tidak ingin orang mati. Seketika lagi, Dia akan menghidupkan semula orang yang telah mati. Jika mereka mendengar cakap-Nya, mereka akan hidup selama-lamanya.