Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 8

Bagaimanakah Kematian Yesus Mempengaruhi Anda?

Bagaimanakah Kematian Yesus Mempengaruhi Anda?

Yesus mati supaya kita boleh hidup. Yohanes 3:16

Tiga hari selepas Yesus mati, beberapa orang wanita melawat kuburnya dan mendapati kuburnya kosong. Yehuwa telah membangkitkan Yesus.

Kemudian, Yesus muncul di hadapan rasul-rasulnya.

Yehuwa telah membangkitkan Yesus dan menjadikannya makhluk roh yang perkasa dan tidak boleh mati. Pengikut-pengikut Yesus melihatnya kembali ke syurga.

Tuhan membangkitkan Yesus dan menjadikannya Raja Kerajaan Tuhan. Daniel 7:13, 14

Yesus mengorbankan nyawanya sebagai tebusan untuk menyelamatkan manusia. (Matius 20:28) Dengan ini, Tuhan memberi kita peluang untuk hidup selama-lamanya.

Yehuwa melantik Yesus sebagai Raja ke atas bumi. Yesus akan memerintah bersama 144,000 orang dari bumi yang telah dibangkitkan ke syurga. Mereka akan membentuk Kerajaan Tuhan di syurga.​—Wahyu 14:1-3.

Kerajaan Tuhan akan menjadikan bumi ini sebuah firdaus. Peperangan, jenayah, kemiskinan, dan kelaparan akan lenyap. Semua orang akan hidup bahagia.​—Mazmur 145:16.