Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 11

Adakah Yehuwa Mendengar Doa Kita?

Adakah Yehuwa Mendengar Doa Kita?

Tuhan betul-betul mendengar doa kita. 1 Petrus 3:12

Yehuwa ialah “Pendengar doa.” (Mazmur 65:2) Dia ingin kita berdoa kepada-Nya dari hati.

Kita hanya boleh berdoa kepada Yehuwa.

Kita boleh berdoa tentang banyak perkara. 1 Yohanes 5:14

Berdoalah agar kehendak Tuhan terjadi di syurga dan di bumi.

Berdoa atas nama Yesus untuk menunjukkan bahawa anda menghargai apa yang dilakukan olehnya untuk anda.

Mohon Yehuwa agar membantu anda berbuat baik. Anda juga boleh berdoa tentang makanan, pekerjaan, tempat tinggal, pakaian, dan kesihatan.