Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 2

Mengapakah Kami Digelar Saksi-Saksi Yehuwa?

Mengapakah Kami Digelar Saksi-Saksi Yehuwa?

Nuh

Abraham dan Sara

Musa

Yesus Kristus

Ramai orang berfikir bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ialah nama agama yang baharu. Namun begitu, lebih daripada 2,700 tahun dahulu, penyembah Tuhan yang benar dikenali sebagai ‘saksi-saksi-Nya.’ (Yesaya 43:10-12) Pada mulanya, kami dikenali sebagai Pelajar Bible. Tetapi sejak tahun 1931, kami menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa. Mengapa?

Nama kami menunjukkan siapa Tuhan kami. Menurut naskhah kuno, nama Tuhan, iaitu Yehuwa, muncul ribuan kali dalam Bible. Dalam banyak terjemahan, nama ini digantikan dengan gelaran seperti Tuan atau Tuhan. Tetapi Tuhan yang benar pernah memberitahu Musa bahawa nama-Nya ialah Yehuwa. Dia berkata, “Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya.” (Keluaran 3:15) Dengan ini, Dia membezakan diri-Nya daripada semua tuhan palsu. Kami bangga menyandang nama suci Tuhan.

Nama kami menyingkapkan azam kami. Sejak zaman kuno, ramai orang telah membuktikan iman mereka terhadap Yehuwa, bermula dengan Habel, lelaki yang melakukan apa yang benar. Seraya masa berlalu, Nuh, Abraham, Sara, Musa, dan Daud, juga menyertai barisan saksi ini. (Ibrani 11:4–12:1) Seperti saksi di mahkamah yang membela seseorang yang tidak bersalah, kami berazam untuk memberitakan kebenaran tentang Tuhan.

Kami meniru teladan Yesus. Bible memanggil Yesus “saksi yang setia dan benar.” (Wahyu 3:14) Yesus mengatakan bahawa dia terus “memberikan kesaksian tentang kebenaran” dan ‘membuat nama Tuhan nyata.’ (Yohanes 17:26; 18:37) Oleh itu, pengikut sejati Kristus mesti menyandang nama Yehuwa dan memberitakannya. Saksi-Saksi Yehuwa sedang berusaha untuk melakukan hal ini.

  • Mengapakah Pelajar Bible menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa?

  • Sejak bilakah Yehuwa mempunyai saksi-saksi di bumi?

  • Siapakah Saksi Yehuwa yang teragung?