Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 22

Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?

Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?

Kepulauan Solomon

Kanada

Afrika Selatan

Ahli keluarga Bethel berkhidmat di pelbagai bahagian bagi menyokong aktiviti penyebaran di satu atau beberapa negara. Mereka mungkin menterjemah, mencetak majalah, menjilid buku, mengendalikan stok bahan bacaan, menghasilkan bahan audio/video, atau menguruskan hal ehwal kawasan di bawah jagaan pejabat cawangan.

Jawatankuasa Cawangan menyelia aktiviti pejabat cawangan. Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada tiga atau lebih orang penatua yang layak. Mereka ditugaskan oleh Badan Pimpinan untuk mengawasi aktiviti di pejabat cawangan mereka. Mereka memaklumkan Badan Pimpinan tentang kemajuan aktiviti di negara di bawah pengawasan mereka atau masalah yang mungkin timbul. Laporan mereka membantu Badan Pimpinan untuk menentukan topik-topik yang sesuai dibincangkan dalam bahan bacaan, perjumpaan, dan perhimpunan. Wakil-wakil Badan Pimpinan akan melawat pejabat cawangan dari masa ke masa dan membantu Jawatankuasa Cawangan melaksanakan tugas mereka. (Amsal 11:14) Wakil ibu pejabat itu akan menyampaikan ceramah dalam satu program khas yang diadakan untuk menggalakkan saudara saudari yang tinggal di kawasan pejabat cawangan.

Bantuan diberikan kepada sidang tempatan. Saudara yang bertanggungjawab di pejabat cawangan meluluskan pembentukan sidang baharu. Mereka mengaturkan aktiviti perintis, perintis seberang laut, dan penyelia litar yang berkhidmat di kawasan pejabat cawangan. Mereka juga mengaturkan perhimpunan dan konvensyen, menguruskan pembinaan Dewan Perjumpaan yang baharu, dan memastikan bahawa sidang tempatan menerima bahan bacaan yang diperlukan. Melalui kerja yang dilakukan di pejabat cawangan, kerja penyebaran dapat dijalankan dengan teratur.​—1 Korintus 14:33, 40.

  • Bagaimanakah Jawatankuasa Cawangan membantu Badan Pimpinan?

  • Apakah kerja yang dilakukan di pejabat cawangan?