Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 6

Daud Tidak Takut

Daud Tidak Takut

Apakah yang adik akan buat semasa berasa takut?— Adik mungkin akan minta bantuan ayah dan ibu. Tetapi, ada se-orang lagi yang dapat membantu adik. Dia lebih berkuasa daripada sesiapa pun. Tahukah adik siapa dia?— Ya, Tuhan Yehuwa. Mari kita belajar tentang seorang lelaki muda dalam Bible, iaitu Daud. Dia tahu Yehuwa akan selalu menolongnya. Jadi, dia tidak takut.

Sejak bayi lagi, ibu bapa Daud mengajar dia untuk mengasihi Yehuwa. Oleh itu, dia tidak takut walaupun mengalami keadaan yang menakutkan. Daud tahu Yehuwa ialah Sahabat yang akan membantunya. Pada suatu hari, Daud sedang menjaga beberapa ekor biri-biri. Tiba-tiba, singa yang besar datang dan menerkam seekor biri-biri! Apakah yang Daud buat? Dia mengejar dan bunuh singa itu dengan tangannya sendiri! Daud juga membunuh seekor beruang yang menyerang biri-birinya! Siapakah yang membantu Daud?— Ya, Yehuwa yang membantunya.

Pada suatu ketika, Daud benar-benar menunjukkan keberanian. Orang Israel perlu berlawan dengan orang Filistin. Seorang tentera Filistin sangat tinggi seperti gergasi! Namanya Goliat. Gergasi ini mengejek tentera Israel dan Yehuwa. Goliat mencabar tentera Israel untuk berlawan dengannya. Tetapi semua orang Israel sangat takut. Semasa Daud mendengar hal itu, dia berkata kepada Goliat, “Aku akan melawan kamu! Yehuwa pasti membantu aku, dan aku akan mengalahkan kamu!” Adakah Daud berani?— Ya, dia sangat berani. Adakah adik ingin tahu apa yang berlaku seterusnya?

Daud mengambil lima biji batu yang licin dan ali-alinya yang digunakan untuk melempar batu. Kemudian, dia pergi melawan gergasi itu. Semasa Goliat nampak Daud yang sangat muda, dia mengejek Daud! Tetapi Daud berkata, “Engkau datang melawan aku dengan pedang, tetapi aku melawan engkau dengan nama Yehuwa.” Lalu dia meletakkan batu itu pada ali-alinya, berlari ke arah Goliat, dan melemparkan ke arahnya. Batu itu kena dahi Goliat lalu dia jatuh dan mati! Orang Filistin berasa sangat takut lalu melarikan diri. Bagaimanakah seorang lelaki muda seperti Daud dapat mengalahkan gergasi itu?— Yehuwa telah membantunya, dan Yehuwa lebih berkuasa daripada gergasi itu!

Daud tidak takut kerana dia tahu Yehuwa akan membantunya

Apakah yang adik dapat belajar daripada cerita Daud?— Yehuwa lebih berkuasa daripada sesiapa pun. Dia ialah Sahabat adik. Lain kali jika adik berasa takut, ingatlah Yehuwa dapat membantu adik menjadi berani.

BACALAH AYAT-AYAT INI