Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 9

Yeremia Tidak Berhenti Bercakap tentang Yehuwa

Yeremia Tidak Berhenti Bercakap tentang Yehuwa

Mengapakah mereka marah terhadap Yeremia?

Yehuwa menyelamatkan Yeremia

Kadangkala, orang mengejek atau marah apabila kita bercakap tentang Yehuwa. Hal ini dapat membuat kita mahu berhenti bercakap tentang Tuhan. Pernahkah adik berasa begitu?— Bible ada memberitahu tentang seorang lelaki muda yang mengasihi Yehuwa. Tetapi, dia hampir berhenti bercakap tentang Yehuwa. Namanya Yeremia. Mari kita belajar lebih banyak tentang dia.

Semasa Yeremia masih muda, Yehuwa menyuruh dia memberi amaran supaya orang berhenti berbuat jahat. Yeremia takut dan berasa susah untuk melakukan tugas itu. Dia berkata kepada Yehuwa, “Aku tidak pandai bercakap. Aku masih muda.” Tetapi, Yehuwa berkata, “Jangan takut. Aku akan menolongmu.”

Jadi, Yeremia mula memberikan amaran. Jika mereka tidak berubah, mereka akan dihukum. Adakah mereka mendengar kata-kata Yeremia?— Tidak. Mereka mengejek atau marah terhadap Yeremia. Ada yang mahu membunuhnya! Apakah perasaan Yeremia?— Dia takut dan berkata, “Aku tidak mahu lagi bercakap tentang Yehuwa.” Adakah dia benar-benar putus asa?— Tidak, dia tidak putus asa. Dia sangat mengasihi Yehuwa. Dia tidak dapat berhenti bercakap tentang-Nya. Yehuwa menyelamatkan Yeremia, kerana dia tidak berputus asa.

Contohnya, beberapa lelaki yang jahat pernah membuang Yeremia ke dalam sebuah lubang yang penuh dengan lumpur. Dia tiada makanan atau air. Mereka mahu membiarkan Yeremia mati di sana. Tetapi dengan bantuan Yehuwa, dia selamat!

Apakah yang adik dapat belajar daripada contoh Yeremia?— Walaupun dia takut, dia tidak berhenti bercakap tentang Yehuwa. Apabila adik bercakap tentang Yehuwa, orang mungkin mengejek atau marah adik. Adik mungkin berasa malu atau takut. Tetapi, janganlah berhenti bercakap tentang Yehuwa. Dia akan selalu membantu adik, sama seperti Dia membantu Yeremia.