Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 12

Anak Buah Paulus Berani

Anak Buah Paulus Berani

Mari kita belajar tentang seorang lelaki muda. Dia menyelamatkan nyawa pak ciknya. Pak ciknya ialah rasul Paulus. Kita tidak tahu nama lelaki muda ini. Tetapi, kita tahu dia telah melakukan sesuatu yang sangat berani. Mahukah adik tahu apa yang dia lakukan?—

Paulus dipenjarakan di Yerusalem. Dia ditangkap kerana menginjil tentang Yesus. Beberapa orang yang jahat membenci Paulus. Jadi mereka membuat rancangan jahat. Mereka kata, “Mari kita jumpa ketua askar dan meminta supaya askarnya membawa Paulus ke mahkamah. Kita akan bersembunyi di tepi jalan. Apabila Paulus lalu, kita akan bunuh dia!”

Anak buah Paulus memberitahu Paulus dan ketua askar tentang rancangan jahat itu

Anak buah Paulus terdengar tentang rancangan itu. Apakah yang akan dia lakukan? Dia pergi ke penjara dan memberitahu Paulus tentang hal itu. Paulus segera menyuruh dia memberitahu ketua askar tentang rancangan jahat itu. Adakah senang bagi anak buah Paulus untuk bercakap dengan ketua askar?— Tidak, sebab ketua askar itu ialah orang yang penting. Tetapi, anak buah Paulus berani dan dia bercakap dengan ketua askar itu.

Ketua askar itu tahu apa yang perlu dilakukan. Dia mendapatkan hampir 500 orang askar untuk melindungi Paulus! Pada malam itu juga, dia menyuruh askar-askar membawa Paulus ke Kaisarea. Adakah Paulus selamat?— Ya, orang jahat itu tidak dapat menyerang Paulus! Rancangan jahat mereka gagal.

Apakah yang adik dapat belajar daripada cerita ini?— Adik juga dapat berani seperti anak buah Paulus. Kita perlu berani semasa memberitahu orang tentang Yehuwa. Adakah adik akan berani dan terus bercakap tentang Yehuwa?— Jika ya, adik mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang.