Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 14

Kerajaan yang akan Memerintah Seluruh Bumi

Kerajaan yang akan Memerintah Seluruh Bumi

Cuba adik teka apakah Kerajaan itu?— Ya, Kerajaan Tuhan. Kerajaan ini akan mengubah bumi menjadi firdaus. Mahukah adik belajar lebih banyak tentang Kerajaan ini?—

Setiap kerajaan mempunyai seorang raja. Raja itu memerintah rakyat di negaranya. Tahukah adik siapa Raja Kerajaan Tuhan?— Dia ialah Yesus Kristus. Dia tinggal di syurga. Tidak lama lagi, dia akan menjadi Raja bagi semua orang di bumi! Adakah kita akan gembira semasa Yesus menjadi Raja bagi seluruh bumi?—

Apakah yang adik mahu lihat di Firdaus?

Kita akan berasa sangat gembira! Di Firdaus, orang tidak akan bergaduh atau berperang lagi. Semua orang akan saling mengasihi. Tiada orang akan sakit atau mati. Orang buta akan melihat, yang pekak akan mendengar. Mereka yang tidak boleh berjalan akan dapat berlari dan melompat. Semua orang akan dapat banyak makanan. Semua binatang akan hidup dengan damai dan menjadi kawan kita. Orang yang telah mati akan hidup semula. Ramai lelaki dan wanita yang adik belajar dalam brosur ini seperti Ribka, Rahab, Daud, dan Elia akan hidup semula. Adakah adik mahu berjumpa dengan mereka?—

Yehuwa mengasihi adik. Dia mahu adik gembira. Jika adik terus belajar tentang Yehuwa dan mentaati-Nya, adik dapat hidup selama-lamanya di firdaus yang cantik! Adakah ini yang adik mahu?—