Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Seorang saudari yang berkhidmat sebagai peneraju di Korea, 1931; kanan: Menginjil dalam bahasa isyarat di Korea hari ini

BAHAGIAN 2

Kerja Penyebaran Kerajaan Tuhan—Menyebarkan Berita Baik ke Seluas Dunia

Kerja Penyebaran Kerajaan Tuhan—Menyebarkan Berita Baik ke Seluas Dunia

ANDA sedang bersiap untuk menyertai aktiviti penyebaran pada awal pagi. Anda tidak bekerja pada hari itu. Anda berasa sedikit letih dan tidak pasti sama ada mahu keluar atau tidak. Alangkah baiknya kalau anda dapat berehat sahaja pada pagi itu! Tetapi anda berdoa dan bertekad untuk keluar menginjil. Pagi itu, anda bekerja bersama seorang saudari tua yang setia. Ketabahan dan kebaikannya menyentuh hati anda. Semasa menyampaikan berita baik dari rumah ke rumah, anda menyedari bahawa saudara saudari anda di seluas dunia juga menyampaikan mesej yang sama, menggunakan bahan bacaan yang sama, dan mendapat manfaat daripada latihan yang sama. Selepas bergiat dalam kerja penyebaran, anda berasa puas dan segar!

Hari ini, kerja menginjil ialah tumpuan utama Kerajaan Tuhan. Yesus menubuatkan bahawa pada hari-hari terakhir, kerja ini akan dijalankan di seluruh dunia. (Mat. 24:14) Bagaimanakah nubuat Yesus menjadi kenyataan? Bahagian ini akan membincangkan bagaimana Raja Mesias mendapatkan sekumpulan penyebar untuk menginjil, dan membincangkan pelbagai kaedah dan alat-alat bantu yang telah digunakan dalam kerja penyebaran. Semua ini telah membantu jutaan orang untuk melihat bahawa Kerajaan Tuhan benar-benar wujud.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 6

Orang yang Menginjil—Para Penyebar Menawarkan Diri dengan Sukarela

Mengapakah Yesus berasa yakin bahawa dia akan mendapatkan sepasukan orang untuk menjalankan kerja penyebaran sepanjang hari-hari terakhir? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda sedang mengutamakan Kerajaan Tuhan?

BAB 7

Kaedah Menginjil—Menggunakan Segala Cara untuk Menyampaikan Berita Baik

Kenalilah teknik-teknik yang digunakan oleh umat Tuhan untuk menyampaikan berita baik kepada seberapa ramai orang yang mungkin sebelum akhir tiba.

BAB 8

Alat Bantuan Menginjil—Menghasilkan Bahan Bacaan untuk Kerja Sedunia

Bagaimanakah kerja terjemahan kita membuktikan bahawa Yesus sedang menyokong kita? Apakah fakta-fakta tentang bahan bacaan kita yang meyakinkan anda bahawa Kerajaan Tuhan adalah nyata?

BAB 9

Hasil Kerja Penyebaran—Ladang Sudah Menguning dan Siap untuk Dituai

Yesus mengajar murid-muridnya dua perkara penting tentang tuaian rohani yang terbesar. Bagaimanakah dua perkara itu mempengaruhi kita hari ini?