Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Seorang saudara yang ditahan semasa menginjil di Eindhoven, Belanda, 1945; kanan: Adakah undang-undang di negara anda melindungi hak anda untuk menjalankan aktiviti penyebaran?

BAHAGIAN 4

Perjuangan Kerajaan Tuhan—Memperoleh Hak yang Sah di Sisi Undang-undang untuk Menyebarkan Berita Baik

Perjuangan Kerajaan Tuhan—Memperoleh Hak yang Sah di Sisi Undang-undang untuk Menyebarkan Berita Baik

SEMASA menginjil dari rumah ke rumah, anda terdengar bunyi siren dari jauh. Bunyi itu semakin lama semakin kuat. Ketika anda bercakap dengan penghuni rumah, rakan penyebaran anda menoleh ke belakang untuk melihat kereta polis yang datang. Seorang pegawai polis keluar dan menghampiri anda berdua lalu bertanya, “Adakah kamu berdua bercakap tentang Bible dari rumah ke rumah? Kami mendapat aduan tentang kamu!” Anda menjawab dengan penuh hormat, dan memberitahu pegawai polis itu bahawa anda Saksi-Saksi Yehuwa. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sebahagian besar jawapannya bergantung pada perkembangan sejarah. Selama ini, apakah pandangan pihak kerajaan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda? Dapatkah anda menjalankan ibadat dengan bebas? Jika ya, kemungkinan besar saudara saudari anda telah berusaha keras selama bertahun-tahun untuk ‘mempertahankan berita baik dan memperoleh hak yang sah di sisi undang-undang untuk menyebarkan berita baik.’ (Flp. 1:7) Tidak kira di mana pun kita tinggal, dengan merenungkan kisah kemenangan mahkamah Saksi-Saksi Yehuwa, iman kita dapat dikuatkan. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji beberapa kes mahkamah. Kemenangan kita merupakan bukti bahawa Kerajaan Tuhan adalah nyata kerana kejayaan sedemikian mustahil dicapai dengan tangan sendiri!

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 13

Memperjuangkan Hak Kita di Mahkamah

Pada zaman moden, hakim-hakim di beberapa mahkamah tinggi mempunyai pendirian yang sama seperti Gamaliel, seorang guru Hukum pada zaman dahulu.

BAB 14

Kesetiaan yang Tidak Berbelah Bahagi

Penganiayaan yang bagaikan deruan “air sungai” telah melanda Saksi-Saksi Yehuwa kerana keneutralan mereka. Namun, “air sungai” itu ditelan oleh pihak yang tidak terduga.

BAB 15

Memperjuangkan Kebebasan Beragama

Umat Tuhan telah memperjuangkan hak untuk mentaati hukum Kerajaan Tuhan.