Apakah Kehendak Tuhan bagi Kita?

Apakah Kehendak Tuhan bagi Kita?

APABILA anda membaca surat khabar, menonton TV, mendengar radio, atau melayari Internet, anda dapat melihat dan mendengar banyak berita tentang jenayah, perang, dan keganasan. Anda sendiri mungkin menderita akibat penyakit atau kematian orang tersayang.

Tanyalah diri:

  • Adakah ini kehendak Tuhan bagi saya dan keluarga saya?

  • Dari manakah saya boleh mendapat bantuan untuk mengatasi masalah saya?

  • Adakah dunia ini akan aman?

Bible memberi kita jawapan bagi soalan-soalan itu.

BIBLE MENGAJAR KITA BAHAWA TUHAN AKAN MEMBAWA PERUBAHAN YANG LUAR BIASA.

  • Orang tidak lagi akan rasa sakit, menjadi tua, atau mati.​—Wahyu 21:4

  • “Orang yang tempang akan melompat seperti rusa.”​—Yesaya 35:6

  • “Mata orang yang buta akan dapat melihat.”​—Yesaya 35:5

  • Orang mati akan hidup semula.​—Yohanes 5:28, 29

  • Orang tidak akan jatuh sakit lagi.​—Yesaya 33:24

  • Semua orang akan ada banyak makanan.​—Mazmur 72:16

MANFAAT BELAJAR BIBLE

Anda mungkin berasa bahawa apa yang digambarkan tadi hanyalah mimpi. Namun Tuhan berjanji bahawa tidak lama lagi Dia akan mengubah bumi, dan Bible menjelaskan cara Dia akan melakukannya.

Bible juga mengajar kita cara untuk hidup bahagia sekarang. Fikirkan beberapa masalah yang membuat anda risau seperti masalah kewangan, keluarga, kesihatan, atau kematian orang tersayang. Bible dapat membantu anda menghadapi semua itu, dan melegakan anda dengan menjawab soalan seperti:

Anda sedang membaca buku ini kerana anda ingin mengetahui ajaran Bible. Buku ini akan membantu anda. Bagi setiap perenggan, terdapat soalan-soalan yang membantu anda lebih memahami Bible. Jutaan orang suka membincangkan Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Kami berharap anda juga berasa begitu. Semoga Tuhan memberkati anda semasa anda mempelajari Bible!