Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 3

Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Pada suatu hari, semasa Hawa seorang diri, seekor ular bercakap kepadanya, “Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah daripada semua pokok?” Hawa menjawab, “Kami boleh makan semua buah, kecuali buah daripada satu pokok. Jika kami memakannya, kami akan mati.” Tetapi, ular berkata, “Kamu tidak akan mati. Sebaliknya, kamu akan menjadi seperti Tuhan.” Adakah hal itu benar? Tidak! Tetapi, Hawa mempercayai ular itu. Semakin lama Hawa melihat buah itu, semakin kuat keinginannya untuk memakannya. Akhirnya, Hawa makan buah itu dan memberikannya kepada Adam. Adam tahu bahawa mereka akan mati jika mereka tidak mentaati Yehuwa. Namun, dia tetap makan buah itu.

Pada petang itu, Yehuwa menanya Adam dan Hawa mengapa mereka tidak mengikut perintah-Nya. Hawa menyalahkan ular itu. Adam pula menyalahkan Hawa. Oleh sebab mereka telah mengingkari Yehuwa, atau tidak mengikut cakap-Nya, mereka dihalau dari taman itu. Yehuwa meletakkan malaikat-Nya dan pedang berapi di Taman Eden agar mereka tidak dapat memasuki taman itu lagi.

Yehuwa berkata bahawa ular yang menipu Hawa juga akan dihukum. Sebenarnya, ular tidak dapat bercakap. Tetapi, satu malaikat yang jahat telah menyebabkan ular itu berkata-kata dan menipu Hawa. Malaikat itu dipanggil Syaitan Si Iblis. Pada masa depan, Yehuwa akan menghapuskan Syaitan agar dia tidak dapat menipu orang untuk melakukan perkara yang jahat.

“Si Iblis . . . itu pembunuh sejak mula lagi. Dia tidak berpegang teguh pada kebenaran kerana kebenaran tidak ada dalam dirinya.”​—Yohanes 8:44, nota kaki