Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 6

Lapan Orang Terselamat

Lapan Orang Terselamat

Yehuwa menutup pintu bahtera selepas Nuh sekeluarga dan binatang-binatang masuk ke dalamnya. Hujan turun dengan lebat sehingga bahtera mula terapung. Seluruh bumi ditenggelami air dan semua orang yang berada di luar bahtera mati. Hanya Nuh dan keluarganya yang terselamat. Dapatkah adik bayangkan betapa gembiranya mereka kerana mematuhi perintah Yehuwa?

Hujan turun dengan lebat selama 40 hari dan 40 malam. Kemudian, hujan berhenti dan air mula surut. Akhirnya, bahtera mendarat di atas sebuah gunung. Tetapi, paras air masih tinggi. Jadi, Nuh dan keluarganya tidak dapat keluar dari bahtera.

Lama-kelamaan, air semakin surut. Setelah Nuh sekeluarga berada di dalam bahtera selama lebih daripada setahun, Yehuwa menyuruh mereka untuk keluar. Kini, tiada lagi orang jahat di bumi. Alangkah gembiranya mereka kerana Yehuwa telah menyelamatkan mereka semua! Oleh itu, mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa.

Yehuwa gembira dengan pemberian Nuh. Tuhan berjanji bahawa Dia tidak akan mendatangkan banjir untuk memusnahkan bumi lagi. Maka, Yehuwa menempatkan pelangi yang pertama di langit sebagai tanda perjanjian-Nya. Pernahkah adik melihat pelangi?

Yehuwa juga memberitahu Nuh dan keluarganya untuk beranak cucu dan memenuhi seluruh bumi.

“Mereka tidak ambil peduli, sehingga Banjir melanda dan melenyapkan mereka semua.”​—Matius 24:39