Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 27

Mereka Memberontak terhadap Yehuwa

Mereka Memberontak terhadap Yehuwa

Beberapa lama kemudian, semasa umat Israel berada di padang belantara, Korah, Datan, Abiram, dan 250 orang yang lain, memberontak terhadap Musa dan Harun. Mereka berkata, “Kami sudah bosan dengan kamu berdua! Mengapa kamu yang menjadi pemimpin kami dan Harun yang menjadi imam agung? Yehuwa menyertai kita semua, bukan kamu dan Harun sahaja.” Yehuwa tidak gembira. Dia berasa bahawa mereka sedang memberontak terhadap-Nya!

Musa berkata kepada Korah dan para penyokongnya, “Datanglah esok ke khemah suci, dan bawalah bekas yang sudah diisi dengan kemenyan. Yehuwa akan menunjukkan orang yang dipilih-Nya.”

Pada keesokan hari, Korah dan 250 orang itu pergi berjumpa dengan Musa di khemah suci. Mereka membakar kemenyan seolah-olah mereka ialah imam. Maka, Yehuwa memberitahu Musa dan Harun, “Jauhilah Korah dan penyokongnya.”

Semasa Korah pergi ke khemah suci, Datan, Abiram, dan keluarga mereka, masih berada di khemah masing-masing. Mereka tidak mahu mengikut cakap Musa untuk pergi ke khemah suci. Kemudian, Yehuwa menyuruh orang Israel untuk menjauhi khemah Korah, Datan, dan Abiram. Orang Israel mematuhi perintah Yehuwa dengan segera. Tiba-tiba, tanah terbelah dan menelan Datan, Abiram, dan keluarga mereka! Di khemah suci pula, api turun lalu membinasakan Korah dan 250 orang penyokongnya.

Kemudian, Yehuwa berkata kepada Musa, “Ambillah sebatang tongkat daripada setiap ketua suku dan tuliskan nama mereka pada tongkat masing-masing. Tetapi tuliskan nama Harun pada tongkat yang mewakili orang Lewi. Letakkan semua tongkat itu di dalam khemah suci. Tongkat orang yang Aku pilih akan berbunga.”

Pada hari yang berikut, Musa mengeluarkan semua tongkat itu di hadapan ketua-ketua suku. Tongkat Harun telah berbunga, dan terdapat buah badam pada tongkatnya. Dengan cara itu, Yehuwa menunjukkan bahawa Dia telah memilih Harun sebagai imam agung.

“Patuhilah mereka yang mengambil pimpinan dalam kalangan kamu dan tunduklah kepada mereka.”​—Ibrani 13:17