Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 30

Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Semasa dua pengintip Israel pergi ke kota Yerikho, mereka tinggal di rumah seorang wanita yang bernama Rahab. Selepas mengetahui hal ini, raja Yerikho menghantar askar-askarnya ke rumah wanita itu. Rahab segera menyembunyikan dua pengintip itu di bumbung rumahnya dan memberitahu askar-askar bahawa pengintip itu sudah pergi dari situ. Kemudian, Rahab memberitahu dua pengintip itu, “Saya akan tolong kamu kerana saya tahu Yehuwa bersama kamu. Dia akan merampas negeri ini. Berjanjilah bahawa kamu akan menyelamatkan keluarga saya.”

Dua pengintip itu pun menjawab, “Baiklah. Kami berjanji. Ikatlah tali merah pada tingkap kamu, dan semua orang dalam rumah ini akan selamat.”

Selepas itu, dua pengintip itu menggunakan tali untuk turun melalui tingkap rumah Rahab. Mereka bersembunyi di kawasan pergunungan selama tiga hari sebelum mereka pulang. Kemudian, orang Israel menyeberangi Sungai Yordan dan bersedia untuk merampas negeri itu. Yehuwa menyuruh mereka untuk mengelilingi kota Yerikho, sekali sehari selama enam hari. Pada hari ketujuh, mereka mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Apabila para imam meniup trompet, semua askar berteriak dengan sekuat hati. Tiba-tiba, seluruh tembok kota itu roboh, kecuali rumah Rahab! Dia dan keluarganya selamat kerana dia percaya kepada Yehuwa.

“Demikian juga halnya dengan Rahab . . . Bukankah dia diterima sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya? Dia telah menyambut pengintip-pengintip dengan ramah dan menghantar mereka keluar melalui jalan lain.”​—Yakobus 2:25