Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 75

Si Iblis Menguji Yesus

Si Iblis Menguji Yesus

Selepas Yesus dibaptis, kuasa suci Tuhan memimpinnya ke padang belantara. Dia tidak makan selama 40 hari. Jadi, dia berasa sangat lapar. Kemudian, Si Iblis datang untuk menggoda Yesus. Dia berkata, “Jika kamu Anak Tuhan, tukarlah batu-batu ini menjadi roti.” Tetapi Yesus menjawab dengan menggunakan ayat Bible, “Ada tertulis, ‘Kamu bukan hanya perlukan makanan untuk hidup. Sebaliknya, kamu mesti mendengarkan kata-kata Yehuwa.’”

Selepas itu, Si Iblis mencabar Yesus. Dia berkata, “Jika kamu Anak Tuhan, terjunlah dari Rumah Tuhan, kerana ada tertulis, ‘Tuhan akan menyuruh malaikat-Nya untuk menyambut kamu.’” Tetapi Yesus menjawab dengan memetik ayat Bible sekali lagi, “Ada tertulis, ‘Kamu tidak patut menguji Yehuwa.’”

Kemudian, Syaitan Si Iblis menunjukkan semua kerajaan di dunia serta kekayaan dan kegemilangannya kepada Yesus. Dia berkata, “Semua ini akan saya berikan kepadamu jika kamu menyembah saya satu kali saja.” Tetapi Yesus menjawab, “Pergilah, Syaitan! Ada tertulis, ‘Kamu mesti menyembah Yehuwa sahaja.’”

Setelah itu, Si Iblis pun meninggalkan Yesus. Kemudian, malaikat-malaikat datang untuk memberi Yesus makanan. Selepas kejadian itu, Yesus mula menginjil tentang berita baik Kerajaan Tuhan. Yesus telah dihantar ke bumi untuk melakukan tugas itu. Orang ramai suka mendengar ajaran Yesus, dan mereka mengikutinya ke mana sahaja dia pergi.

“[Si Iblis] berdusta menurut sifatnya sendiri kerana dia ialah pendusta dan bapa segala dusta.”​—Yohanes 8:44