Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 76

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Sekitar bulan April tahun 30 M, Yesus pergi ke Yerusalem. Banyak orang mengunjungi kota itu untuk menyambut Perayaan Paska. Mereka mempersembahkan korban binatang sempena perayaan itu. Sesetengah orang membawa binatang sendiri. Yang lain pula membelinya di Yerusalem.

Apabila Yesus tiba di Rumah Tuhan, dia melihat orang yang menjual binatang di sana. Mereka sedang mencari keuntungan di Rumah Tuhan! Apakah yang akan dilakukan oleh Yesus? Dia membuat cemeti daripada tali, lalu menggunakannya untuk menghalau semua bebiri dan lembu dari situ. Dia menterbalikkan meja dan menghamburkan duit syiling para penukar wang. Yesus memberitahu mereka yang menjual burung merpati, “Bawa semua ini pergi dari sini! Jangan jadikan Rumah Bapaku sebagai tempat perniagaan!”

Orang terkejut apabila melihat apa yang dilakukan oleh Yesus. Pada masa itu, pengikutnya teringat akan nubuat tentang Mesias yang berbunyi, “Semangatku untuk Rumah Yehuwa akan berkobar-kobar.”

Kemudian, pada tahun 33 M, Yesus membersihkan Rumah Tuhan buat kali kedua. Dia tidak membiarkan sesiapa pun untuk menghina Rumah Bapanya.

“Kamu tidak dapat menjadi hamba Tuhan dan hamba Kekayaan pada masa yang sama.”​—Lukas 16:13