Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CERITA 93

Yesus Kembali ke Syurga

Yesus Kembali ke Syurga

Di Galilea, Yesus memberitahu pengikutnya perintah ini: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikan mereka pengikutku. Ajar mereka apa yang telah saya ajar kamu, dan baptislah mereka. Saya akan sentiasa menyertai kamu.”

Selama 40 hari selepas dibangkitkan, Yesus muncul kepada ratusan muridnya di Galilea dan Yerusalem. Dia melakukan banyak mukjizat dan mengajar mereka hal-hal yang penting. Kemudian, Yesus dan rasulnya berjumpa buat kali terakhir di Gunung Zaitun.

Yesus pernah berkata, “Jangan tinggalkan Yerusalem. Teruslah nantikan apa yang dijanjikan oleh Bapaku.” Namun, rasulnya tidak memahami kata-kata itu lalu bertanya, “Adakah Guru akan menjadi Raja Israel sekarang?” Yesus menjawab, “Sekarang bukan masa yang ditentukan Yehuwa bagi saya untuk menjadi Raja. Tidak lama lagi, kamu akan menerima kuasa suci Tuhan dan menjadi saksi-saksiku di Yerusalem, Yudea, Samaria, dan sampai ke hujung bumi.”

Tiba-tiba, Yesus diangkat ke syurga. Kemudian, sekepul awan menutupinya. Para pengikutnya terus memandang ke langit, tetapi mereka tidak dapat melihatnya lagi.

Setelah itu, pengikut Yesus berangkat ke Yerusalem. Mereka selalu berkumpul di sebuah bilik di tingkat atas dan berdoa bersama-sama. Mereka menunggu arahan yang seterusnya daripada Yesus.

“Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”​—Matius 24:14