Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 1

Pengenalan kepada Bahagian 1

Catatan Bible bermula dengan mengisahkan penciptaan Tuhan. Kita dapat mengamati ciptaan Yehuwa yang indah, di langit dan di bumi. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, didiklah anak anda tentang pelbagai jenis ciptaan Yehuwa. Jelaskan bahawa Tuhan telah menciptakan manusia jauh lebih istimewa daripada binatang. Manusia dapat bercakap, berfikir, menghasilkan sesuatu, bernyanyi, dan juga berdoa. Bantulah anak anda untuk menghargai kuasa, kebijaksanaan, dan terutamanya, kasih Yehuwa terhadap semua ciptaan-Nya, termasuk kita masing-masing.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 1

Tuhan Menciptakan Langit dan Bumi

Bible menyatakan bahawa Tuhan menciptakan langit dan bumi. Mengapakah Dia menciptakan satu malaikat sebelum Dia menciptakan benda-benda lain?

CERITA 2

Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama

Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan yang pertama dan meletakkan mereka di Taman Eden. Dia ingin mereka mempunyai anak cucu dan menjadikan bumi sebuah firdaus.