Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 3

Pengenalan kepada Bahagian 3

Selepas Banjir, Bible hanya mencatatkan beberapa nama penyembah Yehuwa. Antaranya ialah Abraham, yang dikenali sebagai sahabat Yehuwa. Mengapakah dia dipanggil sebagai sahabat Yehuwa? Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, jelaskan bahawa Yehuwa mengambil berat terhadap anak anda dan Dia ingin membantunya. Seperti Abraham, Lot, Yakub, dan orang lain yang setia, kita juga dapat meminta bantuan Yehuwa pada bila-bila masa. Kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan menunaikan setiap janji-Nya.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 7

Menara Babel

Manusia ingin membina kota dan menara yang puncaknya mencapai langit. Mengapakah Tuhan menyebabkan mereka bercakap dalam bahasa-bahasa yang berlainan?

CERITA 8

Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan

Mengapakah Abraham dan Sara sanggup meninggalkan kehidupan yang selesa di kota Ur dan hidup sebagai pengembara di tanah Kanaan?

CERITA 9

Seorang Anak Lelaki Dilahirkan!

Bagaimanakah Yehuwa akan menunaikan janji-Nya kepada Abraham? Siapakah yang terlibat dalam janji ini, Ishak atau Ismael?

CERITA 10

Ingatlah Isteri Lot

Tuhan menurunkan hujan belerang dan api ke atas kota Sodom dan Gomora. Mengapakah kota-kota itu dimusnahkan? Mengapakah kita harus ingat akan isteri Lot?

CERITA 11

Iman Abraham Diuji

Tuhan berfirman kepada Abraham, “Bawalah Ishak, anak tunggalmu, ke Moria.” Perintah ini menguji iman Abraham. Apakah yang akan dilakukannya?

CERITA 12

Yakub Menerima Warisan Keluarga

Ishak dan Ribka mempunyai anak kembar yang bernama Esau dan Yakub. Sebagai anak sulung, Esau berhak mendapat warisan yang istimewa. Mengapakah dia menyerahkan haknya itu demi semangkuk bubur?

CERITA 13

Yakub dan Esau Berdamai

Apakah yang dilakukan Yakub untuk mendapatkan berkat daripada satu malaikat? Bagaimanakah dia berdamai dengan Esau?