Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 4

Pengenalan kepada Bahagian 4

Bahagian ini menceritakan kisah Yusuf, Ayub, Musa, dan orang Israel. Mereka tabah apabila mengalami banyak cabaran daripada Syaitan Si Iblis. Ada yang dilayan dengan tidak adil, dipenjarakan, dijadikan hamba, malah dibunuh. Namun, Yehuwa melindungi mereka menerusi pelbagai cara. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk memahami sebabnya umat Tuhan masih beriman walaupun mereka menderita.

Yehuwa mendatangkan Sepuluh Tulah untuk menunjukkan bahawa Dia lebih berkuasa daripada tuhan-tuhan Mesir. Tonjolkan cara Yehuwa melindungi umat-Nya pada zaman dahulu dan sekarang.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 14

Hamba yang Mendengar Cakap Tuhan

Walaupun Yusuf melakukan apa yang betul, dia masih menghadapi banyak masalah. Mengapa?

CERITA 15

Yehuwa Tidak Pernah Melupakan Yusuf

Walaupun Yusuf jauh daripada keluarganya, Yehuwa sentiasa bersamanya.

CERITA 16

Siapakah Ayub?

Ayub mentaati Yehuwa walaupun susah.

CERITA 17

Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa

Semasa masih bayi, Musa terselamat kerana rancangan ibunya yang bijak.

CERITA 18

Pokok yang Bernyala

Mengapakah pokok itu tidak terbakar?

CERITA 19

Tiga Tulah yang Pertama

Firaun menyebabkan rakyatnya dilanda bencana kerana dia sombong dan enggan mendengar perintah Tuhan.

CERITA 20

Enam Tulah yang Seterusnya

Apakah perbezaan tulah-tulah ini daripada tiga tulah yang pertama?

CERITA 21

Tulah yang Terakhir

Tulah ini begitu teruk sehingga Firaun yang sombong akhirnya mengalah dan membebaskan orang Israel.

CERITA 22

Mukjizat di Laut Merah

Firaun selamat mengharungi 10 tulah, tetapi dapatkah dia terlindung daripada mukjizat Tuhan kali ini?