Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 5

Pengenalan kepada Bahagian 5

Dua bulan selepas menyeberangi Laut Merah, orang Israel tiba di Gunung Sinai. Di sana, Yehuwa berjanji bahawa orang Israel akan menjadi bangsa yang dipilih-Nya. Yehuwa melindungi mereka dan menyediakan keperluan mereka. Misalnya, Dia memberi mereka manna sebagai makanan, memastikan pakaian mereka tidak usang, dan menyediakan tempat tinggal yang selamat. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk memahami tujuan Yehuwa memberikan hukum-hukum-Nya kepada orang Israel. Jelaskan juga sebabnya Yehuwa menyuruh mereka untuk membina khemah suci dan menyediakan aturan imam. Tekankan kepentingan untuk menepati janji kita, sentiasa rendah hati, dan taat kepada Yehuwa.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 23

Janji Orang Israel kepada Yehuwa

Umat Israel telah membuat suatu janji kepada Yehuwa semasa di Gunung Sinai.

CERITA 24

Mereka Mungkir Janji

Orang Israel telah berdosa terhadap Tuhan semasa Musa berada di atas gunung untuk mendapatkan Sepuluh Hukum daripada Yehuwa.

CERITA 25

Khemah Suci untuk Menyembah Tuhan

Tabut perjanjian terletak di dalam khemah yang istimewa ini.

CERITA 26

Dua Belas Orang Pengintip

Yosua dan Kaleb sangat berbeza daripada 10 orang pengintip lain yang pergi ke negeri Kanaan.

CERITA 27

Mereka Memberontak terhadap Yehuwa

Korah, Datan, Abiram, dan 250 orang yang lain gagal untuk memahami sesuatu hal yang penting tentang Yehuwa.

CERITA 28

Keldai Bileam Bercakap

Keldai Bileam dapat melihat malaikat yang tidak dapat dilihat oleh Bileam.