Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 6

Pengenalan kepada Bahagian 6

Di Tanah yang Dijanjikan, khemah suci menjadi pusat ibadat sejati. Imam-imam mengajar tentang Hukum Musa. Para hakim pula memimpin rakyat. Dalam bahagian ini, kita akan belajar bahawa keputusan dan kelakuan seseorang dapat mempengaruhi orang lain. Orang Israel harus setia kepada Yehuwa dan kepada satu sama lain. Tonjolkan teladan baik Debora, Naomi, Yosua, Hana, Samuel, dan anak perempuan Yefta. Selain itu, orang yang bukan berbangsa Israel, seperti Rahab, Rut, Yael, dan orang Gibeon, menyertai orang Israel kerana Yehuwa ada bersama bangsa itu.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 29

Yehuwa Memilih Yosua

Perintah yang diberikan Tuhan kepada Yosua dapat membantu kita juga pada hari ini.

CERITA 30

Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip

Rumah Rahab tidak dimusnahkan apabila tembok Yerikho roboh.

CERITA 31

Yosua dan Orang Gibeon

Yosua berdoa kepada Yehuwa, “Matahari, berhentilah bergerak!” Adakah Tuhan mendengar doanya?

CERITA 32

Seorang Pemimpin Baharu dan Dua Wanita yang Berani

Selepas Yosua meninggal, orang Israel mula menyembah berhala. Mereka hidup susah, tetapi Yehuwa memberikan bantuan melalui Hakim Barak, seorang nabi wanita yang bernama Debora, serta Yael dan pasaknya!

CERITA 33

Rut dan Naomi

Dua wanita yang kematian suami membuat perjalanan untuk pulang ke Israel. Salah seorangnya ialah Rut. Semasa bekerja di ladang, Boaz mula memperhatikannya.

CERITA 34

Gideon Mengalahkan Orang Midian

Orang Midian menyebabkan orang Israel menderita. Maka mereka pun mohon bantuan daripada Yehuwa. Bagaimanakah askar Gideon yang kecil bilangannya dapat mengalahkan 135,000 askar Midian?

CERITA 35

Hana Berdoa untuk Mendapat Seorang Anak

Elkana membawa Hana, Penina, dan anak-anaknya ke khemah suci di Silo untuk beribadat. Di sana, Hana berdoa untuk seorang anak. Pada tahun seterusnya, Samuel dilahirkan!

CERITA 36

Janji Yefta

Apakah janji yang dibuat oleh Yefta, dan mengapa? Apakah perasaan anak perempuan Yefta terhadap janji ayahnya?

CERITA 37

Yehuwa Bercakap kepada Samuel

Dua orang anak lelaki Imam Agung Eli berkhidmat sebagai imam di khemah suci. Tetapi mereka tidak mentaati Tuhan. Samuel tidak seperti mereka. Pada suatu malam, Yehuwa bercakap kepada Samuel.

CERITA 38

Yehuwa Menjadikan Simson Kuat

Tuhan menjadikan Simson sangat kuat supaya dia dapat melawan orang Filistin. Tetapi, Simson melakukan sesuatu yang kurang bijak yang menyebabkannya ditangkap oleh orang Filistin.