Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 7

Pengenalan kepada Bahagian 7

Bahagian ini meliputi jangka masa 80 tahun dan mengandungi kisah Raja Saul dan Raja Daud. Mula-mula, Saul rendah hati dan takut kepada Tuhan. Tetapi, dia mula berubah dan enggan mentaati Yehuwa. Jadi Yehuwa tidak lagi menerimanya sebagai raja. Kemudian, Tuhan menyuruh Samuel untuk melantik Daud sebagai raja Israel yang baharu. Saul berasa cemburu lalu mencuba untuk membunuh Daud. Namun, Daud tidak membalas dendam. Anak Saul, iaitu Yonatan, sedar bahawa Yehuwa telah memilih Daud. Dia tetap setia kepada Daud. Walaupun Daud telah melakukan kesalahan yang besar, dia sudi menerima disiplin daripada Yehuwa. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk memahami kepentingan untuk selalu menyokong aturan Tuhan.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 39

Raja yang Pertama di Israel

Tuhan melantik para hakim untuk memimpin orang Israel, tetapi mereka menginginkan seorang raja. Samuel melantik Saul sebagai raja yang pertama, namun Yehuwa kemudian menolak Saul. Mengapa?

CERITA 40

Daud dan Goliat

Yehuwa memilih Daud sebagai raja Israel yang seterusnya. Daud membuktikan bahawa dia merupakan pilihan yang tepat.

CERITA 41

Daud dan Saul

Mengapakah Saul membenci Daud? Biarpun begitu, bagaimanakah Daud melayani Saul?

CERITA 42

Yonatan ialah Lelaki yang Setia dan Berani

Anak Raja Saul menjadi kawan baik Daud.

CERITA 43

Dosa Raja Daud

Satu keputusan yang buruk telah membawa banyak masalah.