Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 9

Pengenalan kepada Bahagian 9

Bahagian ini mengajar kita tentang orang muda, nabi-nabi, dan raja-raja, yang beriman kepada Yehuwa. Seorang gadis Israel di Siria percaya bahawa nabi Yehuwa dapat menyembuhkan Naaman. Nabi Elisa yakin bahawa Yehuwa akan melindunginya daripada tentera musuh. Imam Agung Yehoyada bergadai nyawa untuk melindungi Yehoas yang masih muda daripada Atalya, nenek Yehoas yang jahat. Raja Hizkia yakin bahawa Yehuwa pasti melindungi Yerusalem. Dia tidak menyerah apabila diancam orang Assyria. Raja Yosia menghapuskan penyembahan berhala dan memulihkan Rumah Yehuwa. Dia juga membimbing rakyat untuk mengamalkan ibadat sejati semula.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 51

Pahlawan Siria dan Gadis Israel

Seorang gadis Israel memberitahu majikan perempuannya tentang kuasa Yehuwa. Hasilnya, suatu hal yang menakjubkan berlaku.

CERITA 52

Tentera Yehuwa yang Berapi

Bagaimanakah pembantu Elisa mengetahui bahawa ‘yang menyertai mereka lebih banyak daripada yang menyertai para musuh’?

CERITA 53

Keberanian Yehoyada

Seorang imam yang setia berani melawan permaisuri yang jahat.

CERITA 54

Yehuwa Menunjukkan Kesabaran terhadap Yunus

Mengapakah salah seorang nabi Tuhan ditelan oleh seekor ikan besar? Bagaimanakah dia melepaskan diri? Apakah pengajaran yang diberikan oleh Yehuwa kepada nabi itu?

CERITA 55

Malaikat Yehuwa Melindungi Hizkia

Musuh-musuh orang Yehuda berkata bahawa Yehuwa tidak akan melindungi umat-Nya. Tetapi, mereka terbukti salah!

CERITA 56

Yosia Mencintai Hukum Tuhan

Yosia menjadi raja semasa dia berumur lapan tahun. Dia membantu rakyatnya untuk menyembah Yehuwa semula.