Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 10

Pengenalan kepada Bahagian 10

Yehuwa ialah Raja Yang Maha Tinggi. Dia memiliki kuasa atas segala-galanya. Contohnya, Dia menyelamatkan Yeremia daripada maut. Dia menyelamatkan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, yang dibuang ke dalam relau api, serta Daniel daripada terkaman singa. Yehuwa juga melindungi Ester agar dia dapat menyelamatkan bangsanya. Tuhan tidak akan membenarkan kejahatan berterusan selama-lamanya. Nubuat-nubuat tentang patung dan pokok yang besar merupakan janji bahawa Kerajaan Yehuwa akan memerintah bumi dan melenyapkan semua kejahatan.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 57

Yehuwa Mengutus Yeremia untuk Menginjil

Kata-kata Yeremia menyebabkan para pemimpin Yehuda menjadi sangat marah.

CERITA 58

Yerusalem Dimusnahkan

Orang Yehuda asyik menyembah tuhan-tuhan palsu. Jadi Yehuwa pun meninggalkan mereka.

CERITA 59

Empat Pemuda yang Mentaati Yehuwa

Pemuda-pemuda dari Yehuda bertekad untuk tetap setia kepada Yehuwa, biarpun mereka berada di istana Babilon.

CERITA 60

Kerajaan yang Akan Kekal Selama-lamanya

Daniel menjelaskan erti mimpi Nebukadnezar kepadanya.

CERITA 61

Mereka Enggan Bersujud

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego enggan menyembah patung emas yang didirikan oleh raja Babilon.

CERITA 62

Sebuah Kerajaan yang bagaikan Pokok yang Besar

Mimpi Nebukadnezar adalah mengenai masa depannya!

CERITA 63

Tulisan pada Dinding

Bilakah tulisan misteri ini muncul dan apakah maksudnya?

CERITA 64

Daniel Dibuang Ke Dalam Gua Singa

Seperti Daniel, berdoalah kepada Yehuwa setiap hari!

CERITA 65

Ester Menyelamatkan Bangsanya

Ester merupakan anak yatim piatu. Meskipun Ester ialah orang asing, dia dipilih sebagai permaisuri.

CERITA 66

Ezra Mengajarkan Hukum Tuhan

Selepas orang Israel mendengar kata-kata Ezra, mereka membuat satu perjanjian dengan Tuhan.

CERITA 67

Tembok Yerusalem

Nehemia mengetahui rancangan musuh untuk menyerang mereka. Mengapakah dia tidak berasa takut?