Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 14

Pengenalan kepada Bahagian 14

Orang Kristian abad pertama menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan ke seluas bumi. Yesus memberitahu mereka di mana mereka harus menginjil dan memberi mereka kebolehan untuk bertutur dalam bahasa lain. Yehuwa mengurniai mereka keberanian untuk menghadapi tentangan.

Yesus memberi Rasul Yohanes penglihatan tentang kemuliaan Yehuwa. Dalam penglihatan lain, Yohanes melihat Kerajaan Tuhan menumpaskan Syaitan dan pemerintahannya. Dia juga melihat Raja Yesus dan 144,000 orang yang memerintah bersamanya. Yohanes melihat bumi menjadi sebuah firdaus, dan semua orang bersatu padu menyembah Yehuwa.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 94

Para Rasul Menerima Kuasa Suci Tuhan

Melalui kuasa suci Tuhan, apakah mukjizat yang dapat dilakukan oleh pengikut Yesus?

CERITA 95

Tiada Apa-Apa yang Dapat Menghalang Mereka

Para pemimpin agama telah membunuh Yesus. Sekarang, mereka cuba menghalang pengikut Yesus daripada menginjil. Tetapi rancangan mereka telah gagal.

CERITA 96

Yesus Memilih Saulus

Saulus membenci orang Kristian dan selalu menganiaya mereka. Tetapi sikapnya berubah selepas suatu kejadian menimpanya.

CERITA 97

Kornelius Menerima Kuasa Suci Tuhan

Mengapakah Tuhan menyuruh Petrus pergi ke rumah seorang lelaki yang bukan berbangsa Yahudi?

CERITA 98

Ajaran Kristian Tersebar ke Banyak Tempat

Rasul Paulus dan rakan-rakannya mula menginjil di kawasan yang jauh.

CERITA 99

Seorang Pengawal Penjara Menerima Kebenaran

Dalam cerita ini, kita akan membaca tentang roh jahat, gempa bumi, dan pedang.

CERITA 100

Paulus dan Timotius

Mereka ialah sahabat yang karib dan mereka berkhidmat kepada Yehuwa selama bertahun-tahun.

CERITA 101

Paulus Dihantar ke Roma

Biarpun menghadapi pelbagai bahaya, tiada apa-apa yang dapat mematahkan semangat rasul ini.

CERITA 102

Penglihatan yang Diterima oleh Yohanes

Yesus menunjukkan gambaran tentang masa depan kepadanya.

CERITA 103

“Datanglah Kerajaan-Mu”

Penglihatan yang diberikan kepada Yohanes menunjukkan perubahan di bumi yang akan dibawa oleh Kerajaan Tuhan.