LAGU 18
Bersyukur atas Kurniaan Tebusan
-
1. Ya Bapa Yehuwa,
Kami menghadap-Mu,
Kau korbankan nyawa
Anak kesayangan-Mu.
Ini ungkapan kasih
Yang paling luhur.
Hati kami melimpah
Dengan rasa syukur.
(KORUS)
Kristus serahkan nyawanya
Untuk menebus manusia.
Kami bersyukur
Atas kurniaan dari Bapa.
-
2. Yesus rela berkorban
Kerana kasih;
Membebaskan kami
Dari cengkaman maut.
Tebusannya anugerah
Yang terindah;
Memberikan hidup
Dan harapan yang cerah.
(KORUS)
Kristus serahkan nyawanya
Untuk menebus manusia.
Kami bersyukur
Atas kurniaan dari Bapa.
(Lihat juga Ibr. 9:13, 14; 1 Ptr. 1:18, 19.)