Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAGU 100

Sambutlah Mereka dengan Ramah

Sambutlah Mereka dengan Ramah

(Kisah 17:7)

  1. 1. Yah sambut orang dengan ramah mesra.

    Dia jaga semua dengan saksama.

    Hujan dan suria

    diterima semua;

    Kita puas hati, gembira.

    Mari kita tiru kebaikan Yah,

    Sambut mereka yang dipandang rendah.

    Kita akan dapat

    perkenan Yehuwa

    Kerana kebaikan kita.

  2. 2. Kita ingin bantu sesiapa saja,

    Walaupun kita tak kenal mereka.

    Kita sambut semua

    dengan ramah mesra,

    Tanpa mengharapkan balasan.

    Jemputlah mereka ke rumah kita;

    Bermurah hatilah seperti Lidia.

    Perbuatan kita

    yang belas kasihan

    Akan menggembirakan Tuhan.