Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 1B

Ringkasan Buku Yehezkiel

Ringkasan Buku Yehezkiel

Secara amnya, buku Yehezkiel boleh dibahagikan kepada:

BAB 1 HINGGA 3

Pada 613 SM, Yehezkiel mendapat penglihatan daripada Yehuwa semasa dia ditawan bersama orang Yahudi lain di Babilon. Dia ditugaskan untuk bernubuat kepada orang Yahudi yang tinggal berdekatan Sungai Khebar.

BAB 4 HINGGA 24

Dari 613 hingga 609 SM, Yehezkiel menyampaikan nubuat yang mengandungi penghakiman terhadap kota Yerusalem dan penduduknya yang suka memberontak dan menyembah berhala.

BAB 25 HINGGA 32

Bermula 609 SM, iaitu kali terakhir Yerusalem dikepung oleh Babilon, mesej penghakiman Tuhan mula ditujukan kepada musuh-musuh orang Israel, iaitu bangsa Ammon, Edom, Filistia, Mesir, Moab, Sidon, dan Tirus.

BAB 33 HINGGA 48

Bermula 606 SM, Yehezkiel telah menyampaikan mesej yang mengandungi harapan—ibadat sejati kepada Tuhan Yehuwa akan dipulihkan. Pada masa itu, dia berada ratusan kilometer dari Yerusalem dan Rumah Tuhan yang telah dimusnahkan.

Secara umum, buku Yehezkiel disusun berdasarkan urutan peristiwa dan topik. Nubuat tentang kemusnahan Yerusalem dan Rumah Tuhan dicatatkan sebelum nubuat tentang pemulihan ibadat sejati. Hal ini memang masuk akal kerana apabila ibadat di Rumah Tuhan tidak lagi dijalankan, barulah nubuat pemulihan ibadat sejati perlu disampaikan.

Selain itu, nubuat Yehezkiel mengenai musuh-musuh orang Israel (bab 25 hingga 32) dicatatkan antara mesej penghakiman terhadap Yerusalem dengan nubuat pemulihan ibadat sejati. Seorang pengulas berkata, “Urutan mesej ini amat sesuai kerana hal ini menunjukkan peralihan daripada kemurkaan Tuhan kepada belas kasihan terhadap umat-Nya. Sememangnya, hukuman terhadap musuh-musuh orang Israel ialah sebahagian daripada cara Tuhan menyelamatkan umat-Nya.”

Kembali ke bab 1, perenggan 18